Wednesday, May 16, 2012

Harap tiada pendidik yang menggunakan rujukan ini



Sumber asal

Harap tiada pendidik yang menggunakan rujukan ini

Selamat Hari Pendidik kepada semua pendidik termasuklah guru tabika, sekolah rendqh, sekolah menengah dan institut pendidikan (IP) yang lain serta ustaz, ustazah, guru mengaji Al Quran, guru silat, guru tuisyen, pengajar sekolah memandu, pengajar kursus kahwin dan sebagainya.

Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya sentiasa membuat rujukan sebagai persediaan. Pada masa yang sama saya sedaya upaya memastikan agar bahan rujukan yang digunakan bersesuaian dan bertepatan denganilmu yang akan disampaikan. Semasa melawat blog rakan maya Papan Kekunci Mk. Riza, saya tertarik untuk berkongsi kepada penghujung blog OKOB saya ini dengan satu bahan rujukan yang sepatutnya tidak digunakan oleh pendidik termasuklah ibubapa sendiri.

Posting berkaitan pendidik di sini, di sini, di sini dan di sini.

Posting mengenai "potong zaka" di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Thursday, May 03, 2012

Masih relevant lagi ke “akhbar dalam darjah”?


Masih relevant lagi ke “akhbar dalam darjah”?

Antara sebab mengapa aku belajar membaca ialah keinginan amat sangat untuk membaca dan memahami tulisan kartun (komik) di dalam akhbar. Kemudiannya keinginan ini berkembang ingin tahu apa berita yang dimuatkan di dalam akhbar.

Di sekolah rendah (awal 70an), aku didedahkan dengan program “akhbar dalam darjah”. Hampir kesemua berita di dalam helaian akhbar akan digunting guru dan kemudiannya dibincangkan bersama guru dan rakan-rakan sekelas yang lain. Ada kalanya akhbar yang sama terpaksa dibeli dua naskah kerana adanya berita di kedua-dua belah helaian mukasurat yang hendak dibincangkan.

Di sekolah menengah, tidak ada sangat program perbincangan sebegini tapi masih ada guru yang prihatin menggunakan akhbar untuk berkongsi isu semasa dengan kami sebagai anak murid. Di sekolah menengah juga helaian akhbar akan dipamerkan di papan kenyataan dan membolehkan murid-murid membacanya beramai-ramai.

Tetapi akhbar keluaran bertarikh 2 Mei 2012 semalam meloya dan menakutkan aku. Adakah selepas ini akhbar juga akan dikategorikan sebagai Umum, 18SX dan sebagainya?

Sebagai pembaca,aku merasakan pendedahan salah laku tidak kiralah pemimpin kerajaan ataupun pembangkang tidak menjadi kesalahan untuk dilaporkan di dalam akhbar. Tetapi cara laporam yang terlalu terperinci bukanlah bentuk laporan sebenar akhbar. Akhbar bukan majalah atau novel lucah atau dalam bahasa modennya porno! Akhbar dijual secara berleluasa tanpa kekangan umur pembacanya. Malah ramai wakil rakyat yang menaja akhbar-akhbar untuk sekolah di kawasan ADUN mereka termasuklahjuga akhbar yang tertera dalam gambar di atas.

Semasa isu liwat didedahkan dalam mahkamah dahulu, seorang guru sekolah rendah pernah memberitahu aku beliau tergaman apabila salah seorang anak muridnya di tahun tiga bertanyakan adakah sama maksud “oral taken medicine” dengan “oral sex” dalam kelas matapelajaran sains.

Semasa era 70an dahulu kami (pelajar sekolah kampong) selalu diperli oleh pelajar sekolah di Bandar dengan kata-kata; kalau nak cepat mahir belajar Bahasa Inggeris, belajarlah dengan kata-kata (vocabulary) di dinding dalam tandas awam ataupun di belakang kerusi bas sekolah barisan belakang sekali!

Nampaknya kini kata-kata (vocabulary) ini boleh dipelajari dari dada akhbar malah terus dari muka surat hadapan. Itu belum lagi dengan dedahan dari sumber internet!

Tinjauan aku hari ini mendapati penerbit akhbar harian di atas telah “mengelapkan” beberapa keping gambar yang amat keterlaluan dalam website arkib mereka. Adakah kerana rasa bersalah ataupun diarahkan berbuat demikian?

Di manakah akta penerbitan yang berkaitan dengan pempameran gambar-gambar lucah sebegini dan juga berita-berita seumpamanya? Jangan sampai akhbar-akhbar di atas bertarikh keluaran 2 Mei 2012 akan menjadi sebutan sedekad lagi seperti mana generasi murid sekolah 70an yang masih ada mengingati babak-babak memberahikan dalam buku Mona Gersang, Terbang Bebas Hinggap Tak berkaki dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/