Friday, December 26, 2014

Anak Yatim Nurul Iman Kamunting Menyantuni Warga Tua Nurul Aida Kpg Ekspo Kamunting


Anak Yatim Nurul Iman Kamunting Menyantuni Warga Tua Nurul Aida Kpg Ekspo Kamunting

Penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Kampung Pinang, Kamunting akan melawat dan menyantuni Penghuni Pusat Jagaan Warga Tua Nurul Aida, Kampung Ekspo, Kamunting pada 1 Januari 2015, Khamis jam 10.00 pagi.

Program ini adalah kelolaan Komuniti Amal Taiping (Kat) sebagai aktiviti sulong tahun 2015 ini.

Program termasuk sumbangan kepada semua warga tua yang akan disampaikan sendiri oleh anak-anak yatim. Program akan berakhir di Rumah Nurul Iman dengan sumbangan pengelola kepada anak-anak yatim berupa barangan dan peralatan kelengkapan persekolahan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat Daud, 0195582626 atau lukmanw@gmail.com

Aktiviti kami 2014, Klik di sini


Program terbesar kami - tajaan pekerja Malaysia di Sykt Minyak Aramco Arab Saudi. Klik di sini

Thursday, December 25, 2014

Mom’s Prison Corner Taiping























Mom’s Prison Corner Taiping

Antara ciri-ciri restoran atau kedai makanan pilihan saya ialah masakan lauk-pauknya hanya terhad satu sesi sama ada untuk siang sahaja (tengahari) ataupun khusus untuk malam sahaja. Kalau masakan panas (bermasak)  tidak mengapa disediakan siang-malam.

Ciri yang lain ialah lauk-pauk tersedia dalam bekas untuk bahagian (portion) tertentu. Untuk hygiene pula, bekas ini (mangkuk atau piring) hendaklah dibalut dengan plastik (wrapper) terutama makanan yang kuat baunya seperti ikan masin goreng dan masakan tempoyak patin umpamanya.

Tiga ciri ini ada pada Kedai Makanan dan Minuman Mom’s Prison Corner (MPC), bersebelahan Muzium Taiping dan bersetentangan (opposite) pintu utama Penjara Taiping.

Saya mengenali Kak Nor, pemilik Kedai Makanan dan Minuman Mom’s Prison Corner ini ini seawal 1990. Ketika itu saya masih bujang dan berjiran dengan Kak Nor dan keluarganya. Kemudian apabila beristeri (1996), saya masih menyewa rumah yang sama sehinggalah saya berpindah ke rumah yang saya beli sekarang ini pada tahun 2002.

Kerap juga kami suami-isteri dan anak merasa masakan air tangan Kak Nor ini.

MPC sebelum ini beroperasi di warung berhanpiran persimpangan Lampu Isyarat Penjara Taiping. Kini berpindah ke premis baru yang mempunyai tempat letak kenderaan yang lebih luas.

Untuk makan tengahari di MPC, menu popularnya (setiap hari!) ialah Ikan Bakar dan Patin Masak Tempoyak di samping pelbagai lagi lauk-pauk. Air Asam Merahnya memang terbaik !

Kalau datang bersarapan di sini, saya selalu pilih menu Roti Gedik iaitu Set Roti Bakar dengan Telur Separuh Masak tersedia untuk dijamah bersama kicap, lada sulah dan juga madu.

Untuk masakan panas bermasak, tersedia pelbagai menu.

Lokasi terbaik untuk menjamu selera jika anda dari luar Taiping yang ingin berlibur di Zoo Taiping, Muzium Taiping dan Taman Tasik Taiping.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, December 01, 2014

CUSTOMER RELATIONSHIP Celcom Kamunting









CUSTOMER RELATIONSHIP Celcom Kamunting

Nak cuit sikit lagi Celcom Kamunting

Apa beza Parking Lot Celcom Kamunting dengan Parking Lot AEON (Seremban 2)? Memang betul Parking Lot Celcom tidak menyatakan untuk OKU, hanya untuk Exclusive for Celcom Customer First Elite. Adakah OKU juga dianggap Exclusive for Celcom Customer First Elite? Saya tidak pasti!. Ketika semua organisasi lain (saya ulangi – semua organisasi lain) mengganggap semua pelanggan adalah “elite”, Clecom pula ada kategori tertentu untuk pelanggannya.

Berbalik kepada soalan saya. Parking Lot AEON untuk OKU ada nombor telefon untuk dihubungi. Tetapi tidak ada pada Parking Lot Celcom. Mungkin maksud By Appointment Only itu adalah perlu telefon dahulu dari pejabat atau rumah sebelum sampai ke Pusat Celcom ini. Bagaimana kalau sudah sampai, adakah perlu turun dari kereta untuk mengalihkan papan tanda tersebut? Kalau hendak telefon staff Celcom (guard?) adakah nomhor untuk dihubungi?

Belajar-belajarlah dari AEON.

Apa beza anak tangga depan pejabat Celcom ini dengan beberapa buah kedai lain di sebelah pejabat Celcom ini?

Pastinya pelanggan ke Pusat Celcom jumlahnya berkali ganda dengan pelanggan yang berurusan kedai lain sebelahnya.

Memang betul (kalau pusat pengurusan Celcom tahu perundangan, kalaulah dia orang tahu!) mengikut UBBL 1984, anak tangga yang kurang dari empat anak tangga (premis perniagaan) tidak perlu pemegang tangan (hand railing). Tetapi kesianlah pelanggan yang berusia yang hendak berurusan dengan kaunter di Pusat Celcom ini. Jangan ingat anak muda sahaja pelanggan Celcom! Tak tahulah jika statistik demographic pelanggan yang ada pada Celcom hanya sekadar statistik “syok sendiri” bukannya untuk analysis penambahbaikan!

Janganlah pula bagi alasan, kedai di sebelah pusat ini adalah kedai besi, disebabkan itu kedai ini ada lebihan besi untuk dibuat anak tangga. Banyak lagi kedai lain selain dari kedai besi yang turut mempunyai pemegang tangan untuk kemudahan pelanggan melangkah naik atau turun anak tangga ini.

Anggap ini sebagai ruang untuk penambahbaikan (rooms for improvement) dan masih belum terlambat untuk dilaksanakan bak kata orang puteh - better late than never. Mungkin pedas sikit cadangan penambahbaikan saya ini tetapi anggaplah Pedas-pedas sambal Belacan, Pedas Macamanapun Dicari Orang.

Terima kasih Sambal Belacan.



Post sebelum ini di sini