Monday, March 31, 2008

Rakyat Negeri Perak yang aktif


Rakyat Negeri Perak yang aktif

Tahun-tahun lepas aku sentiasa dapat anugerah dari kerajaan negeri kerana pengelibatan aku sebagai penganjur dan pengelola acara-acara sukan bermotor, eco-challenge, kebudayaan dan sebagainya di dalam negeri Perak. Hampir 20 tahun aku bergiat dalam aktiviti-aktiviti luar, bukan sahaja di dalam negeri Perak dan di Malaysia malah melepasi sempadan negara-negara Asia. Antaranya (di Perak sahaja) ialah;

*Petronas Sprinta AAM Cub Prix Championship (Taiping/Ipoh)
*National Geographic Action Asia Eco-challenge (Bukit Merah)
*International Japan Enduro (Grik/Belum/Lasah/Cameron)
*World Vintage Car Rally, London-Sydney Marathon (Sumpitan/Ipoh)
*4x4 Asia Offroad Rally (Belum)
*Tarmac Rally (Taiping/Bukit Merah)
*Down Memory Lane (Taiping)
*Hari Bandaraya Ipoh
*Sambutan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah, dan banyak lagi.

Biasanya cenderahati disampaikan oleh MB parti BN. Adakah tahun ini aku akan dapat cenderahati dari MB parti PAS?

Teringat makan Nasi Kerabu di rumah MB Kelantan masa Cub Prix di Kota Bahru tahun lepas. Semua pelumba dan urusetia dijemput makan malam di rumah MB. Malah boss-boss promoter/penaja/penganjur (termasuk bukan Islam) dijemput ke surau untuk mendengar tazkirah Tok Guru selepas sholat Magrib.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Koleksi Joe Glover 3

Boleh anda cari perbezaan di antara kedua-dua gambar ini? Kereta dan lori itu tidak dikira.

To my father: "I love U"


To my father: "I love U"

Siratan asal pada 21-November-2007,
(http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)

Saya menerima email ini (To my father: "I love U") melalui “group mailing list” yang saya sertai. Kisahnya amat menyentuh hati saya terutama saya sendiri amat “membenci” ayah saya sendiri semasa saya kecil. Rujuk siratan
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/, pada bulan Jun 2007 di bawah tajuk bersiri ”Ayah Yang Ku Benci”. Siri siratan ini terhenti kerana keadaan ayah saya sekarang ini agak uzur untuk saya menzahirkan “kebencian” saya itu.

Sebagai seorang ayah yang bergaji askar berpangkat rendah, dengan kesemua gaji bulanannya diserahkan kepada ibu saya (hanya beberapa ringgit diambil untuk belanja harian), saya merasa hampa setiap kali permintaan saya sukar dipenuhi oleh ayah saya ketika itu.

Alhamdulillah, Allah itu Maha Kuasa. Umurnya dipanjangkan ke hari ini untuk melihat saya melangkah ke Gedung Akademik setelah hampir 20 tahun bergelumang dalam industri, dari bermula karier sebagai seorang operator pengeluaran hinggalah ke jawatan akhir sebagai pengurus kilang, dari hanya pemegang SPM yang kemudiannya secara PPJJ mengambil masa selama 2 tahun matrikulasi di USM (sebab saya tiada STPM), PPJJ lagi 6 tahun di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal USM (Tronoh dan Transkrian) dan seterusnya program Master di setiap hujung minggu di UKM.

Saya sedar ada titisan air mata yang mengalir apabila saya menyuakan skrol Ijazah Kejuruteraan Mekanikal saya kepada ayah saya semasa di konvo USM semasa saya berumur 35 tahun. ’”Saya minta maaf, Pak sebab gagal semasa di UM dulu!”, ucapan maaf yang pertama kali keluar dari mulut saya setelah gagal dari UM semasa usia 18 tahun.

Ketika itu baru saya sedar betapa bongkaknya saya yang tidak pernah meminta maaf di atas kegagalan saya 17 tahun lalu. Bukannya saya tidak tahu ayah saya ”mengadaikan” waran pencennya kepada Bengali Ceti semata-mata untuk membayar yuran kemasukan saya ke UM. Tetapi dia tidak pernah marah atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya disebabkan kegagalan itu. Diamnya sudah cukup menjelaskan kemarahannya.

Semoga Allah memanjangkan umurnya dengan kesihatan yang baik untuk melihat diri ini di atas pentas konvo UKM dalam masa dua tahun ini, insya-Allah, untuk skrol PhD saya.

Good story to share with all of you......

This story is about a man who tells how his booking an air ticket for his father, his first flight, brought emotions and made him realize that how much we all take for granted when it comes to our parents.

"My parents left for our native place on Thursday and we went to the airport to see them off. In fact, my father had never traveled by air before, so I just took this opportunity to make him experience the same.

In spite of being asked to book tickets by train, I got them tickets on Lufthansa.The moment I handed over the tickets to him, he was surprised to see that I had booked them by air. The excitement was very apparent on his face, waiting for the time of travel. Just like a school boy, he was preparing himself on that day and we all went to the airport, right from using the trolley for his luggage, the baggage check-in and asking for window seat and waiting restlessly for the security check-in to happen. He was thoroughly enjoying himself and I, too, was overcome with joy watching him experience all these things.

As they were about to go in for the security check-in, he walked up to me with tears in his eyes and thanked me. He became very emotional and it was not as if I had done something great but the fact that this meant a great deal to him.

When he said thanks, I told him there was no need to thank me.

But later, thinking about the entire incident, I looked back at my life.

As a child how many dreams our parents have made come true. Without understanding the financial situation, we ask for football, dresses, toys, outings, etc. Irrespective of their affordability, they have satisfied to all our needs. Did we ever think about the sacrifices they had to make to accommodate many of our wishes?

Did we ever say thanks for all that they have done for us?

Same way, today when it comes to our children, we always think that we should put them in a good school.

Regardless of the amount of donation, we will ensure that we will have to give the child the best, theme parks, toys, etc. But we tend to forget that our parents have sacrificed a lot for our sake to see us happy, so it is our responsibility to ensure that their dreams are realized and what they failed to see when they were young, it is our responsibility to ensure that they experience all those and their life is complete.

Many times, when my parents had asked me some questions, I have actually answered back without patience. When my daughter asks me something, I have been very polite in answering. Now I realize how they would have felt at those moments.

Let us realize that old age is a second childhood and just as we take care of our children, the same attention and same care need to be given to our parents and elders.Rather than my dad saying thank you to me, I would want to say sorry for making him wait so long for this small dream. I do realize how much he has sacrificed for my sake and I will do my best to give the best possible attention to all their wishes. Just because they are old does not mean that they will have to give up everything and keep sacrificing for their grandchildren also. They have wishes, too."

Take care of our parents.

To my father: "I love U"


Berikut adalah satu respon email rakan sekerja yang diterima setelah saya mengirimkan email ini kepada “mailing list” rakan sekerja saya;

Dear Lukman,

I have enjoyed most of your postings. Sometimes it is not us that do not live up to our parents' dreams. For eg., if you are qualified for promotion but being blocked by some evil people, you just could not live up to your parents' dreams. However, I take solace that God knows and our parents know that we did not fail them.

I noticed that emails on Islam are ever so frequently sent to everyone, but do you think these evil people actually learn anything from them? I doubt it.
Like one of my good Muslim colleagues told me, "Syaitan pun boleh lafazkan ayat-ayat suci dari Koran. Harap orang yang begitu zalim akan dihampakan oleh semua anak-anaknya".

Thanks for sharing this story with us.

TYK

Nota: Email ini juga sebenarnya dituju kepada rakan-rakan sekerja yang menghantar email-email edaran tanpa mengenalpasti siapa bakal penerimanya. pastikan anda tahu siapa yang bakal menerima email edaran anda sebelum menekan butang 'hantar'.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Ayah yang ku benci (Bhg. 4 dan Bhg. 5)


Ayah yang ku benci (Bhg. 4 dan Bhg. 5)

Ada yang meng-email kepada aku; sudah habiskah siratan ”Ayah yang ku benci”? Kebanyakan yang meng-email itu aku balas menjawab yang siratan topik ini akan berterusan dan bertanyakan khabar ayah masing-masing, agar mereka bersama-sama menunjukkan rasa kasih dan sayang semasa hidupnya ayah (dan juga ibu). Salah seorang peng-email membalas email aku. Katanya dia mengikuti topik ini dan menunggu-nunggu kesinambungannya kerana beliau adalah yatim-piatu, sudah tiada ibu bapa lagi. Mungkin disebabkan itu beliau ternanti-nanti kesinambungan topik ini.

Ini mengingatkan aku kepada adik Tan Sri Azman Hashim iaitu Puan Azian, Pengurus Besar AMDB yang tertawa dan diikuti lelehan air mata apabila mendengar cerita mengenai ayahku ini. Kebetulan aku di atas pentas semasa majlis makan malam itu menyelitkan kisah ayahku bersempena dengan Hari Bapa.

Bagiku tiada Hari Bapa untuk disambut tetapi hari-hari adanya bapa untuk dikenang dikasihi serta dihornati.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Ayah yang ku benci – Bhg. 4 (Sejarah berulang lagi!)

Nota: anak jantan seorang aku itu hilang kasut sekolah minggu lepas. Sebenarnya dia berselipar semasa balik kerana ada latihan sukan. Kasut yang tertinggal di sekolah itu entah diambil atau disimpan oleh orang lain, sehingga kini belum dijumpai.

Kalau masa aku kecil dulu, aku selalu hilang pembaris. Ayahku akan menebuk satu lubang di pembaris tersebut dan mengikat tali nylon ke beg sekolah. Agaknya kalau aku hilang kasut semasa kecil dahulu, ayah akan mengikat kasut itu ke kaki aku!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Ayah yang ku benci – Bhg. 4

Siratan asal 1-Julai-2007,
(http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)

Tahun 1979 di sebuah sekolah rendah di Perak. Ada seorang budak sekolah rendah darjah enam. Badannya gempal, berkaca mata bingkai tebal (subsidi dari Jabatan Pelajaran ketika itu), baju seragam puteh bernila biru dan seluar pendek biru yang kainnya sudah berbulu terutama di celah kangkang.

Stokin puteh yang sudah longgar pengikat betis dan kasut puteh kanvas yang ada tanda nipis “akan koyak” di bahagian hujung anak jari tapi bersih dengan diseliputi kapur tebal. (Kasut itu dibasuhnya sendiri pada setiap tengahari Jumaat sebaik sahaja habis sekolah dan disapu kapur apabila ianya kering)

Rambutnya berminyak dengan jalur sisir tepi yang ketara (Ibunya sendiri yang menyisir rambutya setiap hari sebelum ke sekolah walaupun sudah berusia hampir 12 tahun). Kocek kanan seluar sekolah agak menonjol dengan sehelai sapu tangan yang besar. Tali leher “ketua darjah“nya agak kusam kerana sering dibasuh tapi bersih dan “keras” berseterika..

Dia dikenali ramai sebagai “budak baru yang jadi ketua darjah“ tetapi dia lebih popular dengan adanya label namanya sendiri pada hampir semua pakaian dan alatan sekolahnya. Namanya ditulis dengan “art line marker“ warna biru pada kolar baju sebelah dalam tapi masih boleh dilihat dari luar. Singlet dalam juga turut ditulis nama dan amat ketara apabila dia menanggalkan baju seragam sewaktu mata pelajaran jasmani.

Beg silang warna hijaunya turut bernama, kali ini amat besar. Pada pensil dan pensil warna sama ada diukir dengan huruf-huruf awal namanya atau dikikis pada pangkal sebelum ditulis nama pada pangkal pensil yang berkikis itu.

Apa yang menjadi bahan jenaka sekolah ialah kayu pembaris atau pembaris plastik budak ini. Bukan sahaja bernama, tapi pada salah satu sisi terdapat tali nylon hijau yang diikat pada pembaris dan sebelah hujung tali nylon itu diikat pada beg sekolah. Khabarnya semasa tidak diikat setahun sebelumnya, kekerapan hilangnya pembaris ini melebihi jumlah bilangan bulan dalam setahun.

27 tahun kemudian pada tahun 2006, anak lelaki kepada budak tersebut (kini menjadi ayah kepada anak lelakinya itu yang berumur 9 tahun) telah tertukar kasut sekolah dengan rakan yang tidak diketahui semasa memasuki bilik sumber. Ayahnya itu memang bercadang untuk menulis nama pada kasut tersebut. Sementelah semua alatan lain; pensil, pembaris (ada nama sahaja tetapi tidak berikat) dan beg sekolah telah lengkap mempunyai nama. Malangnya kasut sekolah anaknya itu berwarna hitam bukannya putih. Si ayah membeli “artline marker“ wana perak tapi dakwat “permanent silver“ itu tidak tahan lama.

Apa yang menghairankan, kasut yang tertukar itu berbeza saiznya. Kaki anak lelaki itu bersaiz paling besar manakala kasut yang bertukar dan tidak diketahui pemilik asalnya itu agak kecil.

Bilakah paling akhir anda memeriksa beg sekolah anak anda?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Ayah yang ku benci – Bhg. 5

Siratan asal pada 19-Julai-2007,
(http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)


Ternoktahkah sudah kebencian itu?

Itu adalah antara kandungan email, pandangan bersemuka dan panggilan telefon yang aku terima minggu ini. selainnya bertanya;

sudah lesukah siratan? sudah bekukah idea yang sebelum itu bagaikan air beku di sungai empat musim yang dicairkan mentari terik?

Minggu ini adalah antara minggu yang padat. Persediaan mengajar ditambah dengan penyeliaan thesis pelajar master memenuhi jadual. Pendaftaran program PhD untuk sessi baru semester tiga di UKM juga terlewat kerana bertukar fakulti. Secara kebetulan di UUM juga akan mengalami senario yang hampir sama yang sedang hangat diperkatakan sesama pensyarah.

Undangan untuk satu ceramah motivasi untuk sebuah rumah anak yatim di Kulim terpaksa ditolak kerana bertembung dengan satu program kelolaan Jabatan Alam Sekitar Perak. Syarikat lama di Ipoh pula "berutus-utus" email dan "calling-calling" (istilah popular bukan saja remaja tapi dewasa masa kini!), menjemput (memanggil?) untuk membantu mereka beberapa perkara. Sudah hampir dua bulan aku meninggalkan kerjaya di sana tapi nampaknya masih sukar untuk mencari pengganti.

Dalam kesibukan itu sempat juga mencuri masa menghantar orang tua ku melawat seorang rakan setenteranya yang terlantar sakit di rumahnya sendiri. Itupun hampir waktu senja setelah habis mengajar di Perai. Malah aku dijemput untuk menjadi pemerhati kepada suatu mesyuarat yang akan berlangsung sebaik sahaja tamat masa mengajar. Agak keberatan tapi turut hadir memberi sokongan. Tiba di rumah orang tua sekitar hampir jam 6.30 petang. Seperti biasa ayahku sudah tercegat di hadapan rumah. Aku yakin dia sudah bersedia sejam dua awal. Janji asal pukul 5.00 petang dengan anggaran satu jam perjalanan dari Perai ke Taiping.

Rakannya hanya berbeza umur dua tahun. Terlantar setelah terjatuh di bilik air. Dia juga tidak mampu bersuara kerana menjalani suatu pembedahan kecil di kerongkong. Menurut ayah, rakannya ini digelar 'Mat Keramat" semasa mudanya kerana tidak pernah sakit. Malah demam pening pun boleh dikira dengan jari. Tanpa suara dan keuzuran yang ketara, sisakit masih dapat mengecam ayahku. Tangannya memegang erat seolah-olah tidak mahu melepaskan tangan ayahku sambil mengangguk-angguk kepala.

Ayahku juga sudah ketara uzurnya. Jalannya seolah-elok kekok mengatur langkah. Terpaksa dipimpin untuk masuk ke dalam kereta. Dia sering mengingatkan aku kalau hendak membawanya dengan kereta biarlah menggunakan Atos orang rumahku kerana Wira yang tempat duduknya rendah menyukarkan pengerakkannya.

Ternoktahkah sudah kebencian itu?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Anak jantan seorang aku tu ada CD “Blue” !


Rabu malam Khamis lepas, sebaik sahaja habis ujian kenaikan tali pinggang takwendo, anak jantan seorang aku itu menyelinap di sebalik tiang dewan Komplek Rakan Muda Kamunting itu.

Aku buat-buat tak nampak tapi jeling juga.

Rakan sebayanya menghulurkan sesuatu berbungkus. Apa pula ni?

Dalam kereta aku tanya anak jantan seorang aku itu.

”Hakim ambil apa dari kawan tadi?”

”Itu CD Blue yang sudah lama Hakim minta pinjam!”

CD Blue! Aku salah dengarkah ini! CD Blue ke atau CD Blues? Aku mengurut-urut steering kereta. Tak kan nak urut dada kut, aku tengah bawa kereta!

Aku jeling kat bini aku. Aku tengok dia buat-buat tak dengar. Panik juga dia tu.

Teringat aku masa umur anak jantan seorang aku ini lima, enam tahun dulu. Dia pernah tanya soalan ”cepu emas”; bagaimana dia boleh masuk dalam perut ibu dan ikut mana dia boleh keluar dari perut ibu.

Ibunya dengan tenang menjawab; bila besar nanti Hakim akan tahu semua ini. Nasib baik anak jantan seorang aku tu tak tanya soalan-soalan lain yang btak ada talian hayat ini.

Sebaik sahaja sampai ke laman rumah (masih dalam kereta) aku minta kat anak jantan aku seorang itu.

”Mai ayah tengok CD tu!”

”Nah!”, anak jantan seorang aku itu menyuanya tanpa rasa bersalah sikit pun.

Tu dia, bukannya CD ”Blue” yang aku takut-takut itu. Rupa-rupanya CD lagu kumpulan ”Blue”.

Tak ada nama lain ke kumpulan ini nak bubuh nama!

Moral of the story; janganlah cepat syak-wasangka yang buruk-buruk kepada anak sendiri (termasuklah kepada sesiapapun!)

lukmanw@gmail.com

What You Give, You Get Back


Kalau lagu Scorpion; What You Give, You Get Back, (dari album Scorpion, Eye II Eye) aku minat betul rangkap pertamanya, manakala lagu Eagle; Hotel California pula aku hanya tertarik kepada dua rangkap terakhir.

Pedulikan rangkap-rangkap yang lain dalam lagu Scorpion; What You Give, You Get Back ini, rangkap pertama ini seolah-olah mengingatkan aku tentang duniawi bukan untuk dikendong berseorangan tetapi hendaklah diketawakan dan ditangiskan bersama-sama insan dan mahluk yang lain, termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, alam sejagat dan sebagainya.

Aku mengenali Warga Kilang (www.wargakilang.com), sebuah NGO yang berdaftar sekitar tahun 2004/2005 di mana seorang rakan sekerja sering melanjutkan email-email yang diterimanya dari “mailing list group” WK kepada aku. Sehinggalah tahun lepas aku berdaftar kepada “mailing list group” ini.

Perkenalan dengan beberapa pengiat utama dalam WK (Azhar dan Hj Sabki, Intel) semasa aku bekerja di Kulim, memesrakan lagi aku dalam WK. Bagaimanapun aku hanya mengenali pendukong-pendukong utama WK ini secara bersemuka (Monier, Yusa, Azman dan lain-lain) setelah aku tidak lagi bekerja di industri perkilangan.

Ya, hampir kesemua mereka dalam komuniti ini adalah pekerja-pekerja kilang dari pelbagai lapisan peringkat jawatan. Dari setinggi-tinggi pangkat pengarah, pengurus hinggalah ke juruteknik dan operator pengeluaran. Selebihnya adalah dari sektor perkhidmatan sama ada kerajaan atau swasta seperti aku, dan kebanyakan mereka ini adalah mereka-mereka yang pernah bekerja di industri perkilangan.

Perhubungan sesama kami lebih di alam maya tetapi mesra. Ada yang berlainan ideologi politik tetapi kami mampu berbahas mungkin ada kalanya bertelagah dalam email “mailing list group” kami tetapi masih dalam suasana kekeluargaan WK.

Aktiviti kami pelbagai; dari hasrat utama menyediakan alternative platform kepada pekerja kilang untuk mencari pendapatan sampingan atau yang mungkin diberhentikan kerana VSS, kami juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Ini semua boleh dirujuk dalam blog yang di-tag-kan di laman blog saya ini; http:/moniermatdin.blogspot.com/ (Jalan-jalan Masuk Kampung).

“Mailing list group” ini bertambah keunikannya dengan sifat kekeluargaannya yang menyebabkannya sebagai medan untuk merujuk. Ada yang bertanya dan pastinya ramai yang menjawabnya. Tidak kira topik atau permasalahan. Dari hal-hal keluarga, peribadi, kesihatan, keagamaan hinggalah kepada perkara-perkara kecil seperti minta nasihat menghapuskan tikus, cara mengelakkan kucing berak merata-mara dan sebagainya.

Bagi aku (ingatan untuk diri aku) ingatlah; What You Give, You Get Back.

Kalau tidak di duniawi ini, insya-Allah di akhirat ada pulangannya. Tetapi aku percaya kadang-kadang (kerappun) Allah bayar “cash” di duniawi ini.

Ucapan terima kasih kepada WK yang membolehkan aku “memberi” sedikit yang aku mampu. Secara jujur dan tidak malu aku katakan, apa yang aku beri memang aku mengharapkan balasannya dari Allah.

(Lirik Eagle; Hotel California itu aku siratkan di lain hari)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Scorpion; What You Give, You Get Back

What you give, you get back
As long as I can think I've been
Running to be free
There's not a place that could have been too far
Had nothing but a bag of dreams
And this old guitar
A couple of songs to play for you an me
There's so much love inside of me
That wants to be released
I can't help it so I give it all away
What you give you get it back
So take my love just because it's all I have
Take my heart take my soul
I just never want it back
As long as I've been living
I've had music in my veins
I can't go on without it anymore
My suitcase is a wanderer
That takes me I believe
For a walk right across your heart
There's so much love inside of you
That wants to be released
And all you gotta do is let it go
What you give you get back
So take my love just because it's all I have
Take my heart take my soul
I just never want it back
Cause the love you give, is the love you'll get
There's so much love inside of me
That wants to be released
I can't help it so I gave it all away
What you give you get back
So take my love just because it's all I have
What you give you get back
So take my love just because it's all I have
Take my heart take my soul
I just never want it back
Cause your love, your love is all I have
All I have
Love is all we have
All I have

Eagle; Hotel California

On a dark desert highway, cool wind in my hair
Warm smell of colitas, rising up through the air
Up ahead in the distance, I saw a shimmering light
My head grew heavy and my sight grew dim
I had to stop for the night
There she stood in the doorway;
I heard the mission bell
And I was thinking to myself,
’this could be heaven or this could be hell’
Then she lit up a candle and she showed me the way
There were voices down the corridor,
I thought I heard them say...
Welcome to the hotel California
Such a lovely place
Such a lovely face
Plenty of room at the hotel California
Any time of year, you can find it here
Her mind is tiffany-twisted, she got the mercedes bends
She got a lot of pretty, pretty boys, that she calls friends
How they dance in the courtyard, sweet summer sweat.
Some dance to remember, some dance to forget
So I called up the captain,
’please bring me my wine’
He said, ’we haven’t had that spirit here since nineteen sixty nine’
And still those voices are calling from far away,
Wake you up in the middle of the night
Just to hear them say...

Welcome to the hotel California
Such a lovely place
Such a lovely face
They livin’ it up at the hotel California
What a nice surprise, bring your alibis
Mirrors on the ceiling,
The pink champagne on ice
And she said ’we are all just prisoners here, of our own device’
And in the master’s chambers,
They gathered for the feast
The stab it with their steely knives,
But they just can’t kill the beast
Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back
To the place I was before
’relax,’ said the night man,
We are programmed to receive.
You can checkout any time you like,
But you can never leave
!

Sunday, March 30, 2008

Anak jantan seorang aku itu sudah besar!


Aku curi-curi dengar apabila anak jantan seorang aku itu bersembang dengan rakan-rakannya yang datang ke rumah aku. Antara perbualan yag aku dengar ialah keseronokan mereka mengacau budak-budak perempuan berlatih tarian pom-pom. Sebenarnya itu tanda-tanda hendak mengurat!

Jadi sabtu lepas, di hari sukan tahunan sekolah anak jantan seorang aku itu, aku menunggu-nunggu acara tarian pom-pom.

Nampaknya semua boleh aku buat menantu! Semuanya bersopan-sopan belaka. Bukannya apa semenjak dua menjak ini anak aku suka tengok cerita American Football dalam Channel Astro Movie itu. Apa yang pasti setiap kali perlawanan American Football ini didahului dengan gadis-gadis tarian pom-pom.

Kalau yang itu aku tak mahu ambil buat menantu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sejarah berulang lagi



Kata orang (kalau orang tak kata, sapa lagi?) Sejarah Akan Berulang Lagi. Itulah yang terjadi kepada aku dan kini diulang sejarahnya kepada anak jantan seorang aku itu.

Tajuk 1; PBSM pun OK. Mancho juga!

Satu hari di tahun lepas anak jantan seorang aku itu balik sekolah dengan muka semoyok-moyoknya. Aku tanya mengapa?

Dia merunggut-runggut; bukan sahaja tak dapat masuk pengakap tapi dicalonkan pun tidak!

Aku tahu pengakap adalah lambang ke-mancho-an seorang budak lelaki. Dengan seragam berwarnanya, topi dan tali lehernya serta aktiviti kembaranya, sudah pasti menjadi idaman kanak-kanak lelaki dan mereka ini akan menjadi pujaan kanak-kanak perempuan. Bukan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dengan pakaian serba putehnya macam baju sekolah sahaja!

Malah aku dulupun seorang ahli PBSM yang mencemburui pasukan pengakap, dengan aktiviti lebih kepada tercegat di tepi padang sebagai pemerhati.

Tetapi tidak di alam dewasa, di alam pekerjaan di mana pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas sebagai aspek utama dalam aktiviti PBSM menjadi keutamaan jika hendak menjawat jawatan Chargeman, Jurutera Elektrik dan sebagainya. Malah aku yang terlibat di dalam beberapa NGO, instruktur pemanduan 4x4 dan persatuan sukarelawan pengurusan bencana alam memerlukan semua pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas ini. Itulah yang aku beritahu kepada anak jantan seorang aku itu. Aku tak pasti sama ada penerangan aku itu menceriakan dia.

Bagaimanaapun Sabtu lepas, anak jantan seorang aku itu dengan bangganya mendahului kontingen PBSM dalam Hari Sukan Tahunan Sekolahnya sebagai pembawa bendera. Lebih membanggakan kontingennya dipilih sebagai kontingen terbaik dalam kategori pasukan beruniform (mengalahkan pengakap!) kerana selain berarak mereka juga menunjukkan demo pertolongan cemas menyelamatkan mangsa pengsan!


Tajuk 2; Sponge Bob kontingen terbaik

Masa sukan sekolah aku pada 30 dan 20 tahun dahulu cuma ada rumah merah, hijau, kuning dan biru ataupun nama-nama seperti Pendekar, Laksamana, Panglima dan Hulubalang. Tetapi kini ada Sponge Bob dan Zorro!

Bagaimanapun aku terasa adanya mesej yang hendak disampaikan apabila juruacara memaklumkan Sponge Bob sebagai maskot Rumah Kuning yang melambangkan penghuni di dasar lautan (Sponge Bob dan Mermaid) yang mementingkan alam semulajadi.

Akhirnya Rumah Kuning dipilih sebagai kontingen terbaik dalam kategori rumah sukan.

Tetapi di hati kecil aku mungkin Sponge Bob dipilih sebagai maskot kerana bentuknya yang empat segi itu paling mudah dan paling ekonomikal hendak dibuat!


Tajuk 3; Kuasa Perut vs Kuasa Kaki

Semasa di alam persekolahannya, bini aku berkuasa kaki; di mana semua acara olahraga, bola jaring dan sebagainya dia sapu.

Semasa di alam persekolahan aku, aku berkuasa perut; di mana semua acara tarik tali, baling peluru dan sebagainya aku sapu.

Bini aku pernah bekerja kilang dan meneruskan kuasa kakinya. Aku pun pernah bekerja kilang dan meneruskan kuasa perutku. Kami pernah ditemukan dalam pertandingan sukan antara kilang anjuran FMM (Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia) awal 90-an tetapi masa itu tak sempat berkenalan. Kalau tidak sudah lama aku kahwin dengannya! Kilang bini aku menang acara menggunakan kaki (bola jaring) dan kilang aku berturut-turut selama beberapa tahun menang acara menggunakan perut (tarik tali)!

Anak jantan seorang aku itu nampaknya mewarisi kuasa perut jika dibandingkan dengan kuasa kaki. Dua minggu lepas dia balik sekolah dengan semoyok-moyoknya; sebabnya semua acara menggunakan kuasa kaki (olahraga, lompat jauh dan lompat tinggi) dia tak lepaspun ujian saringan. Tinggalah acara tarik tali.

Tengahari rembang Sabtu lepas, anak jantan seorang aku itu tak moyok lagi. Cikgu sukan dia lagi seronok sampai janji nak belanja hari isnin ini. Manakan tidak acara paling akhir hari sukan sabtu lepas tu adalah acara tarik tali. Sebelum acara, Rumah Merah (rumah anak aku) tertinggal di tempat ketiga. Tetapi kemenangan dalam acara tarik tali pada tengahari rembang panas lit-lit itu melonjakkan Rumah Merah sebagai Johan Rumah Sukan bersama-sama Rumah Biru.

Siapa kata Kuasa Perut tak penting?

Nampaknya sejarah berulang lagi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Friday, March 28, 2008

Jalan Wat Siam

Jalan Wat Siam

Jalan Wat Siam ini terletak di Kampung Pinang, Kamunting di mana aku menghabiskan zaman darjah 5 dan 6 di sini.

Kalau sesiapa yang pernah baca novel Salina, karya besar Sasterawan Negara yang berjambang dan berjanggut puteh itu, Jalan Wat Siam ini umpama Kampung Pisang. Komunitinya kecil dengan orang-orang kecil berjiwa besar.

Kalau di dalam kelas, sebut sahaja duduk di Jalan Wat Siam, bukan sahaja kawan sekelas, cikgupun akan terdiam sekejab sambil merenung.

Di Jalan Wat Siam ini penguninya pelbagai bangsa, Melayu, China, India, Siam, Punjabi dan sebagainya. Dari kerja guru, askar, jaga (bapak aku), budak pejabat, kerani bank, pelayan bar, bouncher kelab malam, peniaga pasar malam, penjual ubat, guru ngaji Quran, tok bomoh sepenuh masa dan lain-lain. Apa yang pasti kebanyakannya mereka ini bekerja di sebelah malam. Sebelah siangnya riuh seperti hari minggu.

Ada Wat Budha (mungkin sebab itu dikenali sebagai Jalan Wat Siam), ada kilang roti kelapa (sampai sekarang aku tak lalu makan roti kelapa!), ada dua kedai runcit, satu kedai basikal dan satu gelanggang badminton berlantai tanah dan garisan buat dari kayu dua, satu. Sampai sekarang geng badminton Jalan Wat Siam memang terkuat di Kamunting.

Kebanyakan komuniti di sini adalah penyewa termasuk mak bapak aku. Rumah yang sepatutnya sebiji dibuat penghadang yang boleh disewa dua keluarga. Malah ada yang sampai boleh disewa tiga, empat keluarga.

Tetapi komuniti pelbagai bangsa, agama dan kerja di Jalan Wat Siam saling hormati-menghormati sesama lain. Siam, bouncher kelab yang bertatoo di bahu, aku boleh nampak tatoo dia sebab selalu pakai singlet nampak bulu ketiak, akan menyapa bapak aku kalau dia balik dari jaga kilang jam 12.00 tengah malam. Kalau mak aku balik kedai dengan banyak barang, ada sahaja budak-budak Siam yang kerja malam ini menolong membimbitnya.

Tak pernah terdengar kes pecah rumah, ragut dan rogol jauhlah sekali. Kalau sekali-sekala kes perkena ganja dan kena angkut naik lori black maria memang adat anak muda.

Aku masih ingat kes anak jiran sebaya aku ketika itu yang lari rumah sebab kena pukul bapanya. Hanya kes kecil dan budak ini takut balik rumah sampai pukul 10 malam. Habis satu penghuni Jalan Wat Siam ini keluar masuk jalan dan lorong yang ada di Kampung Pinang pergi mencarinya. Akhirnya ”Kathy” yang belum sempat bersiap pergi kerja ”syift” lewat malam di Lake Garden terjumpa budak ini menyorok dalam longkang.

Walaupun sekarang bapa dan mak aku sudah lama meninggalkan Jalan Wat Siam itu tetapi kalau aku terjumpa komuniti-komuniti Jalan Wat Siam ini mesti dia orang tanya khabar bapa dan mak aku.

Sekali itu (dua, tiga tahun lepas) aku dalam kereta member, tiba-tiba masa nak parking depan restoran mamak, ada dua, tiga orang mari pegang member aku. Rupa-rupanya kaki tarik kereta nak tarik kereta member aku itu sebab empat bulan sudah tak bayar bank. Alih-alih seorang kaki tarik kereta itu kenal aku, sama-sama pernah menjadi penghuni Jalan Wat Siam. Tak apalah brother, katanya. Kali ini dia orang bagi chance, pergi settle mana patut tapi lain kali sorry. Makan free hari itu member yang sudah panik ini belanja aku!

Itulah komuniti Jalan Wat Siam.

lukmanw@gmail.com

Thursday, March 27, 2008

Anak Jantan Aku Ambil Tali Pinggang Hijau


Mula-mula dia dapat ”Black Belt” warna Puteh, betulkah cakap aku? Adakah ”Black Belt” warna Puteh? Tali Pinggang Puteh sebenarnya siapa daftar sahaja di kelas Takwendo Sir Rusli Askar Pencen di Kamunting depan BSN sebelah Restoran A Rahman 24 jam itu, akan dapat. Puteh itu kira tali pinggang asaslah.

Masa ujian hendak naik Tali Pinggang Kuning tahun lepas, aku tak ada sebab bawa Geng 4x4 Jabatan Kesihatan masuk Hutan Belum tiga malam, empat hari.

Jadi malam semalam dia hendak naik Tali Pinggang Hijau, aku sanggup balik dari Sintuk.

Aku bagi anak jantan aku seorang tu masuk takwendo bukan supaya dia boleh pukul orang lain. Itupun dia ada niat macam itu.

Aku nak dia ”berpeluh” banyak sikit. Kalau setakat main bola peringkat sekolah itu masih belum dapat bakar lemak dia yang sudah mula mewarisi ”baka” saiz badan aku laki bini.

Selain dari belajar takwendo, anak jantan aku seorang itu juga belajar ”ilmu angkat tangan” dan ”ilmu angkat kaki” dari aku. Jangan main-main, aku ada belajar dua-dua ilmu ini. Ilmu Angkat Kaki ialah ilmu melarikan diri. Manakala Ilmu Angkat Tangan boleh rujuk blog aku satu lagi (
http://oshthejourney.blogspot.com/).

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
Photo no. 4 itu anak jantan aku seorang. Lepas ini tali pinggang dia warna hijau dan untuk ujian ini saja aku kena keluar 3 keping duit warna merah. Tali pinggang harga lain pula!

Kawan aku nak kahwin satu lagi


Teringat aku si-Jamil (P. Ramlee) dalam Madu 3. Sebenarnya aku baru dapat khabar kawan aku sama satu kilang nak kahwin lagi. Aku ada ramai kawan yang kahwin lebih dari satu. Kawan-kawan aku sesama aktif motorsport ramai yang kahwin lebih dari satu sampai ada yang tanya aku bila lagi!

Bukan nak ”merendah diri” jauh sekali nak ”komankan” diri! Aku rasa rezeki aku beristeri satu ini sudah lebih baik dari baik. Aku tak boleh bayangkan hendak kena kerja kuat dari segi zahir dan batin kalau beristeri lebih dari satu. Rasanya tak terkejar aku!

Tok (bapa kepada bapa aku) kahwin 7! Jangan terkejut! Tapi semasa hidup dia hanya ada 4 bini serentak dan seorang pun tak bercerai. Cuma cerai mati sahaja. Lagi hebat lagi aku diberitahu semua bini tok aku berbaik semasa mereka (dalam hati tak tahulah!)

Bapaku cuma kahwin seorang! Mungkin sebab tok aku mati semasa umur bapa aku 10 tahun. Tak sempat dia nak belajar atau mewarisi ilmu kahwin banyak ini. Mungkin sebab itulah juga aku tak ada ilmu nak kahwin banyak ini.

Tok dan nenek belah mak aku pula masing-masing kahwin lebih dari satu! Tapi nenek aku kahwin cerai bukannya ada dua laki!

MD (Managing Director) aku di kilang simen di Ipoh dulu cukup pantang kalau ada manager dia komplen nak buang anak buah mereka sebab tak ada ”chemistry” antara pekerja dengan manager. MD aku ini (Cina, pernah jadi akauntan Bank Hong Leong) selalu bagi contoh ”chemistry” sesama laki-bini. Kahwin 10 tahun dengan anak lima enam tapi bila nak ceraikan bini (nak kahwin lagi) boleh beri alasan tak ada ”chemistry” dengan bini.

Walaupun dia bukan dari background chemist; MD ini selalu buat perbandingan air dengan minyak boleh duduk diam dalam satu gelas. Memanglah air di bawah, minyak di atas; katanya. Tapi gabungan dua unsur ini tak meletuppun! Lagipun laki bini memang seorang kena duduk atas, seorang kena duduk bawah; baru ada ”chemistry”; bukan aku kata tapi MD aku yang kata!

Satu sahaja nak pesan; kalau nak kahwin lain (mungkin sudah takdir) janganlah nak salahkan bini. Masa bercinta dulu kalau bini tersepak batu, awak maki batu itu; tak ada tempat lain ke nak ada batu ini. Lepas kahwin kalau bini tersepak batu, awak perlikan bini; batu besar itu pun tak nampak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, March 26, 2008

Koleksi Joe Glover 2

Ini bukan tempat kegemaran aku, jauh sekali tempat kerja impian aku semasa kecil!

Hendak jadi penghunipun aku tak mahu. Tetapi adik beradik aku ramai kat dalam, sebagai Warder dan seorang tu dikenali sebagai "Mat Main Belakang" sebab dia tukang rotan banduan.

Abu Bakar Juah (bapak yang tak mahu maaf anak yang mati dalam drama Insan*, arahan Murali Abdullah, drama TV3 Sabtu lepas bekas Boss Warder di sini).


*Agak aku dalam dua, tiga tahun ini, inilah drama Melayu pertama aku tengok. Itupun sebab hotel "cokia" yang tidur hanya ada 4 channel RTM1, 2, TV3, NTV7. Channel lain cerita hantu, nak tak nak, tengoklah drama ini. Macamanapun bagus juga Murali Abdullah ini.

Koleksi Joe Glover (1959)

Antara tempat kegemaran aku dan juga salah satu tempat kerja impian aku semasa kecil.

Sila ambik perhatian; aku maksudkan Panggung Wayang bukannya Tempat Latihan Snuker.




Kerjaya baru atau bila pencen nanti



Kemungkinan besar aku akan jadi Penulis Petisyen, Pencari Orang (dan kenderaan) Hilang serta Pemandu (Penasihat) Pelancong

(Kita dikejutkan dengan kanak-kanak Muhammad Nazrin bin Shamsul Ghazali (Yin), hilang tetapi selamat dijumpai semula. Bagaimanapun kehilangan Nurin Jazlin bt. Jazmin berakhir dengan penemuan mayat yang trajedis. Di mana pula Sharlinie bt. Mohd Nashar dan terbaru Mohammad Asmawi bin Jajaluddin? Diculik?)

Siratan sebelum ini pasai Catherine (Yow Ah Choy) lari dari rumahnya di Bukit Kiara Selangor semasa berumur 15 tahun (tahun 1943). Dia yang aku kenali melalui internet kembali ke Malaysia pada tahun 2004 untuk menjejak saudara-maranya. Walaupun gagal berjumpa adik-beradiknya, kepulangan itu terubat juga dengan penemuan beberapa jiran dan rakannya di Taiping.

Selain dari Catherine, aku juga “menyibuk” membantu beberapa veteran askar British yang pernah berkhidmat di Malaysia (sekitar 50an) dengan menemukan mereka ke tempat-tempat yang pernah mereka pergi semasa berkhidmat di Malaysia dahulu.

Antaranya mendiang Joe Glover yang menetapkan setiap dua tahun akan kembali ke Malaysia. Dia akan tinggal dua, tiga minggu di sebuah hotel di Penang dan akan datang berjumpa aku dan keluarga di Taiping, di samping mengajak aku dan keluarga bercuti di beberapa tempat di Malaysia.

Kesemua mereka ini mengenali aku melalui sebuah forum internet berkaitan dengan Bandar Taiping.

Mendiang Joe Glover sepatutnya datang lagi pada penghujung 2006 tetapi ajal menjemputnya lebih awal pada 24 Mei 2006. Antara hasratnya yang tidak kecapaian ialah ingin berjumpa dengan seorang kanak-kanak India yang banyak menolong mereka sebagai ”handy boy” pada akhir 50an. Kanak-kanak tersebut hanya dikenali sebagai ”Chocolate”. Sebagai seorang yang agak rapat dengannya, Joe Glover menghadiahkan aku dalam jumlah yang banyak photo-photo kenangan yang diambilnya semasa bertugas di Malaysia dahulu terutama di Taiping.

Ini bermakna bukan sahaja aku boleh cari orang, pemandu pelancong pun boleh!

Di samping itu aku juga ”menyibuk” diri membantu rakan-rakan yang di-black-listed-kan oleh institusi kewangan kerana menjadi penjamin dengan mencari orang yang mereka jamin.
Adalah ”rahsianya” bagaimana aku dapat cari peminjam-peminjam ini! Along? Tak, aku tak pakai Along! Dan Along pun tak pernah pakai khidmat aku. Hanya rakan-rakan sekerja.

Kerjaya lain, Penulis Petisyen.

Mungkin kerana ”kaki menyibuk” juga, semasa aku di kilang (mana-mana kilangpun), aku mesti jadi ”Penulis Petisyen” tak berupah duit (kalau teh tarik itu adalah!). Pelanggan-pelanggan aku dari serendah-rendah jawatan tukang sapu, operator kilang hinggalah pangkat menager! Yang tak minta tolong secara formal ialah CEO itupun dia pernah minta aku draft surat peribadi minta diskaun saman polis dia yang ada 9 keping!

Biasanya dia orang minta tolong aku buat surat sokongan nak minta kerja tempat lain (ini boss akulah mula, dia sign walaupun dia bukan HR Manager!). Ada juga minta surat pengesahan gaji (ini kes nak tipu gaji rendah sebab nak apply buku pinjaman!). Setakat ini surat nak kahwin dua sahaja yang belum pernah aku buat.

Aku rasa bila pencen nanti aku nak cari mana-mana meja bawah pokok depan pejabat kerajaan di Taiping itu. Sambil baca surat khabar atau sambil tulis blog boleh cari makan jadi Penulis Petisyen ini.

Kerjaya lain, Pencari Kenderaan Hilang.

Ini akan aku cerita di lain kali. Rekod terbaik aku (akhir 90an) ialah berjaya mendapatkan semula Suzuki Katana 750 cc kepunyaan Raymond (nama sebenar Abdul Rahman), yang berlakon dalam filem Azura (dia berlakon dengan Katananya juga!)

lukmanw@gmail.com
Caption photo;
Gambar adalah Menara Jam di Bandar Taiping. Wanita di sebelah Joe Glover adalah isterinya, Pat.

Tuesday, March 25, 2008

Ofis aku dan meja chetiar



Selain bilik pejabat aku di Sintuk, aku ada ofis di rumah di Taiping. Ofis ini adalah ofis motorsports cum bilik study kongsi ofis orang rumah aku yang jadi stokis R-Zac Hajah Kay yang glamour itu (sepupu diapun!).

Macamanapun ofis sebenar aku ialah depan tv di ruang tamu. Dulu aku duduk dengan perut! (Kata orang rumah aku sebab aku suka meniarap sambil buat kerja dengan laptop). Kini aku duduk dengan punggung balik sebab aku sudah beli tiga “meja chetiar”. Di Taiping, satu aku punya dan satu lagi anak aku punya. Satu lagi aku simpan rumah bujang aku di Changlung. Aku beli di Mydin Penang. Harganya murah kalau dibandingkan di Taiping.

Meja chetiar ini syok betul gunanya. Nak menaip laptop pun sedap. Nak menulis pun sedap. Kalau makan minum sambil buat kerja lagi sedap! Boring-boring buat meja karom pun jadi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, March 24, 2008

Mak Mertua aku Anita Sarawak!


Semasa menonton bersama-sama Berita TV3 sebentar tadi, orang rumah aku menyua majalah Astroview keluaran terbaru April 2008.

”Boleh abang bayangkan muka mak macam Anita Sarawak tak?”

”Kenapa pula?”, tanya aku.

”Anita Sarawak sebaya dengan mak (mak mertua aku lahir tahun 1951) tapi tengok kulit muka dia tak ada kendur pun. Mak pula dah berkedut, jalan pun dah tak larat.”

Aku cuba bayangkan mak mertua aku macam Anita Sarawak. Itu tak ada masalah! Senang saja aku bayangkan.

Tetapi yang aku tak boleh bayangkan jika Anita Sarawak itu adalah mak mertua aku!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

Ayat Standard Cikgu Sekolah


Malam semalam aku sampai rumah hampir jam 9 malam. Sepanjang perjalanan dari KL hujan lebat. Lepas mandi aku aku check beg sekolah anak aku.

”Ayah, ini ada teka-teki”

”OK, ayah ready ni!”

”Ada satu helikopter tu bawa 20 orang budak-budak sekolah. Cikgu dia tak naik. Budak-budak tu main polis-sentri (kejar-kejar) dalam helikopter tu sampai bergoyang-goyang badan helikopter. Pembantu pilot suruh diam tapi sapapun tak mahu diam. Macamana nak bagi budak-budak ni dok diam?”

”Pilot tu buat stunt kut!

”Salah!”

”Jadi dia buat macamana?”

”Ada seorang budak tu pergi bisik kat pembantu pilot dan lepas tu pembantu pilot tu cakap sesuatu kat semua budak-budak dan semuanya dok diam.”

”Dia cakap apa?”

”Kanak-kanak semua! Kalau kamu nak main juga, pergi main kat luar!”

Rupa-rupa ayat standard cikgu sekolah dia orang.

(Ada yang tak faham?”)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Mei ada Mei?


Rasanya kejadian ini berlaku dalam minggu pertama perkahwinan aku dengan orang rumah aku (takkan dengan orang lain kot!)

Suatu malam itu aku ke Pasar Malam. Baliknya orang rumah marah-marah dan komplen ada orang salah nombor telefon dua, tiga kali.

Aku ambil telefon dan check ”received call”. Ini nombor biasa yang aku terima tapi tak ingat siapa dia, terus aku call balik.

“Helo”

“Helo, mu ka Mei?. Kawe call dua, tiga kale nombor ni tapi gewei hok angket telepon ni tak kene demo”

Aku gelak-berdekah macam nak keluar air mata dan isi perut.

Rupa-rupanya sepupu aku di Kelantan telefon nak cakap dengan Mei (Man). Jadi orang rumah aku marah-marahlah mana ada Mei dalam rumah ini.

Kalau di kampung tok aku di Kelantan tu, aku dikenali sebagai Mei ataupun Lukmei

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Rezeki Rimau dan Cuci Calat


(Aku siratkan bahasa orang kita dan dahulu sebelumnya menjadi beku)

Hari ini meja rumah aku penuh dengan tupperware-tupperware Mak Yah-Mak Yah (mak aku nama Mak Yah, Norliah Bt. Hamid dan hendak dijadikan cerita, mak mertua aku juga Mak Yah, Rodiah Bt. Hamad). Betul-betul ”rezeki rimau”.

Mak aku bagi Sambal Tumis Ikan Bilis, Ikan Goreng 3 ekor (selangat, kedera dan kayu), Sayur Tauge, Kucai dan Tahu Goreng Kicap, Sambal Belacan, Ulam Pegaga, Ulam Betik Muda Rebus Dengan Kobis (untuk aku sebab aku tak makan pegaga), Nasi Puteh dan Pencuci Mulut, Betik Masak.

Dari Mak Mentua aku pula, Sambal Tumis Sotong, Udang Goreng Kunyit, Sambal Tahu. Ini kira sedikit kalau tidak mahu lima, enam mata!

Kadang-kadang penuh meja! Kadang-kadang dua, tiga hari kami sekeluarga dengan nasi bungkus sahaja. Aku penah cadangkan kepada orang rumah agar buat jadual supaya tak bertindih dua-dua mak hendak bagi makanan!

Inilah keuntungannya kalau rumah berdekatan dengan mak sendiri dan mak mertua.

Mula-mula dulu sebelum kahwin rimas juga sebab sat-sat kena panggil pergi makan tengah hari atau malam. Selepas setahun aku laki bini buat syor ”tapau” sajalah sebab alasan sibuk nak ambik anaklah, kena balik ofis la dan sebagainya. Semuanya alasan yang boleh direka.

Pernah berkeluh-kesah juga aku laki bini sebab kamilah yang akan dihubungi kalau ada apa-apa ataupun kalau hendak ke mana-mana. Selepas tiga tahun lepas aku mula kerja di Kulim, Ipoh dan kemudiannya di Sintok sekarang ini, orang rumah aku lah yang akan jadi pilot untuk mak mertua dan mak aku kalau ada saudara atau jiran yang sakit mati. Kalau kenduri kendara itu boleh juga tunggu aku di hari minggu. Tapi kalau aku ada kelas ataupun acara motorsport nampaknya tak merasalah mereka nasi kenduri. Tapi kalau dibandingkan dengan dengan hal-hal lain keberuntungannya masih memihak kepada kami.

Semalam orang rumah aku cerita mak aku sudah kias-kias durian sudah berbunga di kebun ”sekangkang kera” di kampung Batu Kurau. Maksudnya itu hendak mengajak orang rumah aku balik mengutip buahlah.

Sebut pasai kutip durian ini, orang rumah selalu komplen kat aku.

”Abang ni kalau masuk hutan bukan sahaja di Taman Negara dan Hutan Belum, sampai ke China dan Tibet pun dah pergi sampai berminggu berbulan. Tapi mak ajak balik kutip durian sekerat hari pun tak mahu!”

Aku bukan tak nak pergi tapi durian ni banyak sangat pantangnya. Bapak aku kencing manis, mak mertua aku darah tinggi. Kalau bawa balik, seulas dua mesti dia orang nak makan.

Hari ini makan tengahari banyak berlebih. Boleh makan sekali lagi berulang sebelah malam. Kadang-kadang ”cuci calat”, tak bersisa langsung. Kalau Ikan Keli Goreng, belah kepala dipepah habis oleh orang rumah, belah tengah dek anak dan belah ekor bahagian aku.

Mak aku pula sentiasa dengan ideologi ”keadilan” nya.

Dia tahu aku tak makan Ulam Pegaga, dia akan rebus Betik Muda. Kalau dia buat Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Aya, makanan asasi tok aku di Kelantan, dia mesti masak nasi puteh dengan satu lauk lain sebab dia tahu menantu dia Anak Mami Celup tu tak ”berahi” Nasi Dagang. Sayang menantu perempuan seoranglah katakan.

Anak jantan aku seorang tu berdarah Che Siti Wan Kembang dan juga berdarah ”Anak Mami Kampung Rawa Penang”. Nasi Dagang dia bukan sahaja sapu licin tapi siap minta tambah. Pada masa yang sama Roti Canai Kuah Dalca Banjir dan Nasi Kandar Kari Kuah Lebih pun ”cuci calat”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Tapir, haiwan gabungan Kuda dan Badak Sumatera


Rupa-rupanya Tapir adalah sejenis haiwan dari spesis Rhinoceros sondaicus, iaitu gabungan dari Kuda dan Badak Sumatera. Di mana kepala dan telinganya menyerupai Kuda. Manakala tapak kaki dan badannya menyerupai Badak Sumatera. Inilah yang aku belajar dari Majalah Tiga, TV3 malam semalam.

Tertanya juga aku, kalau gabungan dari kuda dan badak sumatera, mengapa tidak dinamakan sahaja haiwan ini kuba ataupun kubasu! Baku atau Basuku pun boleh!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Hubungan antara manusia & buah-buahan


Berikut adalah dari email yang dikirim seorang kenalan yang hanya dikenali melalui mailing list group yang aku subscribe. Sayugia diingatkan nama-nama buah yang dinyatakan tidak ada kena mengena dengan mana-mana buah yang muda, mekar, masak atau ranum ataupun yang ditebuk tupai terutama buah yang disebut paling akhir itu.

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Di sebaliknya gelagat insan golongan istimewa


Berita TV3 malam semalam diakhiri dengan gelagat insan istimewa, kanak-kanak di sebuah sekolah khas di ibukota.

Ini mengingatkan aku minggu lepas apabila Makcik B, menceritakan bagaimana anaknya yang juga insan golongan istimewa ini menyertai acara sukan peringkat negeri ala-ala para-olimpik di mana semua pesertanya terdiri dari golongan istimewa.

Anak Makcik B berjaya masuk ke peringkat akhir olahraga acara 200 meter. Hendak dijadikan cerita semasa beraksi, anak Makcik B berjaya mendahulu peserta-peserta yang lain tetapi dia berhenti seketika mungkin keletihan. Entah mengapa peserta-peserta lain juga turut berhenti!

Walaupun disorak oleh penghujung lain agar meneruskan larian, semua peserta-peserta acara 200 meter itu hanya tersenyum sesama sendiri.

Apabila anak Makcik B meneruskan larian, barulah peserta-peserta lain juga meneruskan larian masing-masing.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Di sebalik gelak ketawa para penghujung menyangkakan insan golongan istimewa ini tidak mengerti apa maksud perlumbaan, Makcik B diberitahu oleh seorang kaunselor yang bertugas bahawa insan golongan istimewa ini amat mementingkan kesetiaan dan keadilan. Mereka berhenti berlumba kerana tidak mahu menang semata-mata kerana mereka berlumba dengan persaing yang keletihan. Disebabkan itu mereka sanggup menunggu sehingga persaing mereka pulih dan mereka bersama-sama kembali berlumba.

Ini mengingatkan aku semasa berpeluang menyaksikan sukaneka di sebuah pusat permulihan hospital terencat akal di Ipoh. Kecoh dan lucu apabila pemenang pertama dalam satu acara tidak mahu hadiah tempat pertama sebaliknya mahukan hadiah tempat kedua. Mungkin juga pemenang ini sedar walaupun dia menang tetapi pemenang tempat kedua yang sepatutnya layak bergelar juara.

Jadi sebelum anda gelakkan atau senyum sinis melihat gelagat insan golongan istimewa ini, fikirkanlah apa maksud mereka sebenarnya.

(Nota tambahan: sebagai seorang yang pernah terlibat dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak insan istimewa ini di awal 90an di Sek Keb. KE, Taiping, saya sering menyarankan ibubapa kepada kanak-kanak insan istimewa ini menonton filem yang bertajuk Forest Gump lakonan Tom Hanks sebagai kanak-kanan insan istimewa yang kemudiannya membesar sebagai tokoh penting dalam sejarah Amerika)

Sekadar berkongsi satu cerita yang entah benar ataupun tidak.

Di sebuah hospital terencat akan, dalam satu temuduga untuk pengesahan sembuh pesakit terencat akal, pakar-pakar penemuduga telah membuat satu ujian kepada tiga orang pesakit yang telah menjalani permulihan untuk tempoh yang agak lama.

Ujiannya agak mudah iaitu penemuduga memadamkan kesemua lampu di dalam bilik dan meminta pembantu perubatan menyalakan lampu suluh dengan menghala suluhan ke siling. Kemudian mereka meminta pesakit (seorang demi seorang) agar memanjat cahaya yang disuluhkan itu.

Pesakit pertama cuba memanjat tetapi gagal kerana tidak dapat ”memegang” cahaya yang disuluhkan itu. Begitu juga pesakit kedua. Tetapi pesakit ketiga enggan memanjat apabila disuruh beberapa kali.

Pakar-pakar penemuduga bersetuju untuk mengesahkan pesakit ketiga telah sembuh sepenuhnya dan beliau boleh dibebaskan.

Pada hari terakhir pesakit ketiga hendak keluar, beliau terserempak dengan pembantu perubatan yang menyalakan lampu suluh itu. Maka terjadi perbualan berikut;

Pembantu Perubatan (PP): ”Hari itu masa saya nyalakan lampu mengapa awak tak panjat?”

Pesakit Ketiga (P3): ”Awak ingat saya gila ke nak panjat cahaya.”

PP: (dalam hati) Sahlah dia ini sudah sembuh!

P3: ”Saya tahu kalau saya panjat hari itu, awak akan padamkan lampu suluh itu, sudah pasti saya jatuhkan!”

PP: ?????

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Friday, March 21, 2008

Persaingan sihat?


Mula-mula ramai tak percaya dan ada juga bantah bila hyper market nak dibina di Taiping akhir tahun lepas. Berbagai alasan diberi. Macamanapun setelah siap dibina dan beroperasi, kedua-dua hyper market Tesco dan Giant ini tetap menjadi tumpuan ramai. Adik beradik aku dan orang rumah aku yang duduk di KL dan bandar besar yang lain pun mesti pergi hyper market ini bila balik Taiping. Macamlah hyper market di Taiping ini berbeza produknya di tempat dia orang.

(Akupun kalau pergi KL kadang-kadang pergi juga Tesco atau Giant ini di sana!)

Keluarga aku suka pergi Tesco Taiping terutama hari hujan. Parking tak kena air hujan dan food court dia banyak pilihan. Giant Taiping masih dengan konsep open parking di mana-mana lokasipun. Tapi Mak Mertua aku tetap pilih Giant sebab dia gayat naik lift atau escalator!

Mula-mula naik signboard arrow ke Tesco, biasalah itu. Tiba-tiba Giant naik pula signboard U-turn ke Giant dengan lokasi dekat Tesco.

Tesco pula balas dengan signboard U-turn ke Tesco dengan lokasi dekat Giant dan lagi besar signboard ini.

Signboard arrow hendak menunjuk tempat. Tapi signboard U-turn macam hendak cari gaduh saja!

Agaknya kalau tauke-tauke pam minyak pula berebut pasang signboard U-turn ini, maka akan penuhlah signboard-signboard U-turn di atas jalan raya.

lukmanw@gmail.com

Thursday, March 20, 2008

Ada sapa-sapa kerja Tukang Tarik Kereta?


Aku nak minta tolong sikit. Tapi bukan nak tolong tarik kereta kat atas jalan. Kalau sapa-sapa terjumpa model kereta Land Rover Defender 110 Twin Cabin tolong beritahu aku. Aku hendak pergi tarik kereta itu.

Setakat ini aku sudah tarik sebiji model plastik di Maju Junction (warna merah), KL dan sebiji lagi model cast-iron di Giant, Manjung (warna puteh). Kedua-dua tempat inipun tinggal sebiji sahaja last!

Jadi kalau ada sapa-sapa yang terjumpa, tak kira model yang sama ataupun ada satu lagi model yang telanjang belakang (gambar kecil warna kuning) tolong beritahu aku. Boleh aku pergi tarik.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sudah tak pakai dawai kokot!




Aku paling benci kalau jumpa dawai kokot diketipkan pada plastik. Lagi benci kalau diketipkan pada daun pisang pembalut Pulut Udang. (Rujuk http://thejourney.uum.weblog.uum.edu.my/).

Semalam balik dari Sintok, aku singgah di R&R Juru. Macam biasa lepas sholat, aku perkena Pasembur. Aku order seketul cucur udang dan seketul tauhu, dan kuah asing.

Sebab apa kuah asing sebab nak banyak. Tok Guru aku dalam bab makan-memakan ini (aruah Mejar Adnan, semasa kerja kilang tayar dulu) banyak perturun ilmu.

Aruah semasa hidupnya pesan kalau hendak kuah lebih, jangan order kuah campur, order kuah asing. Kalau beli bungkus pula, order dua bungkus! Contohnya, kalau hendak beli Roti Canai 2 keping, beli asing 1 keping, 1 keping. Sudah tentu dapat kuah 2 bungkus.

Aruah juga pesan kalau perkena Cendol campur Pulut (biasanya di Gerai Cendol terkenal di Taiping, Cendol Ansyari, dekat Restoran Bismillah), order Cendol dulu dan selepas minum sesudu dua baru minta Pulut Panggang kat mamak tauke Cendol tu.

Kalau order siap-siap Cendol dengan Pulut, sudah tentu dapat isi Cendol kurang sebab isi pulut sudah ambil tempat dalam cawan Cendol itu. Betul juga dan bijak betul aruah Tok Guru aku ini!

OK, masuk bab dawai kokot balik.

Lepas makan cucur udang dan tauhu, mulut aku rasa nak makan buah pula. Mempelam kesukaan tak ada, cuma jambu batu aja. Keliling peti buah itu aku cari botol serbuk asam masin tapi tak jumpa.

”Ada kat dalam tu!”, kata penjual buah sambil tunjuk dalam plastik jambu.

Rupa-rupanya serbuk asam masin sudah di-pek-kan dalam plastik kecil ”zipper bag”. Kalau pakai dawai kokot sudah tentu aku buang sahaja plastik kecil itu.

Banyak-banyak tempat Pasar Malam yang aku pergi, di Kulimlah semua kuah kicap dan kuah cabai untuk Nasi Ayam atau Beehun Sup di-pek-kan dalam plastik kecil ”zipper bag” ini. Malah di Taman Selasih, Kulim ada sebuah kedai yang jual barangan plastik ada jual pelbagai saiz kecil-besar plastik ”zipper bag” ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Kuah Mau Lebih


Seperti biasa, menu pagi cuti tak ke mana di rumah aku hari ini ialah;

3 keping Roti Canai Garing Warung Basir Medan Kamunting
Kuah Parpu Lebih (kena kaut semua kentang, kacang panjang, karot, terung)
Sambal Tumis (mesti banyak ikan bilis)
1 keping Tose Tak Mahu Garing

Roti Canai, anak aku boleh makan 2 keping sekali hadap. Betul-betul macam Tok Wan dia (bapa aku) walaupun doktor dah pesan; nak makan apa pun boleh tapi tak boleh banyak!

Aku kongsi sebelah keping Roti Canai dengan orang rumah. Tose pun kerat dua tapi jadi masalah pula sebab aku suka Tose Garing, orang rumah lak suka Tose Tak Garing, hanya yang puteh melepak!

Kuah mesti lebih sebab itu biasanya aku ceduk sendiri macam self-service. Kalau tidak, mesti tak cukup.

Teringat member aku Amir Zaki, dulu IE Engineer di kilang tayar. La ni jadi tauke company NDT sub kontraktor kat syarikat minyak. Kalau perkena Roti Canai, dia mesti sound kat budak yang hantar kuah.

”Apasai sikit?, Kuah campur air pun kedekut tak bubuh banyak!”

Kalau tauke Beehun Sup Stesen Keretapi Taiping (gerai tepi sekali belah malam) mesti tahu citarasa aku.

”Kuah Sup lebih macam biasa?” Tanya dia kalau aku beli Beehun Sup atau Nasi Ayam

”Mesti lebih! Hari itu beli, Beehun pun tak tengelam!”, balas aku.

Tauke Beehun Sup yang pakai Serena baru ini sudah buka cawangan siang di Kamunting. Restorannya dekat Yawata, Kamunting (sudah tutup) sebaris dengan Kedai Motor Adik Beradik Sham Wallat, yang kini tengah top di Malaysia sebagai pelumba cubchai.

Balik pasai Roti Canai, mak aku dan orang rumah akulah orang yang paling seronok bila dengar mamak-mamak restoran hendak mogok buat Roti Canai tak berapa lama dulu. Tak payahlah beli hari-hari! Tapi tak jadi juga mogok itu.

Kejab tadi aku saja telefon mak aku.

”Pak macamana hari ini, mak?”

”Macam tu lah, nasi tak berapa lalu tapi Roti Canai pagi tadi boleh pi dua keping!”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
1. Pinggan aku; sebelah keping Roti Canai, sebelah keping Tose.
2. Pinggan anak aku, 2 keping Roti Canai
3. Pinggan orang rumah aku
4. Kuah Parpu Dal lebih
5. Sambal Tumis mesti ikan bilis lebih
6. Milo anak aku
7. Sudu besi kegemaran aku (shape hujungnya senang ceduk!)

Wednesday, March 19, 2008

Terpaksa ditangguhkan (kenapa tak batal sahaja!)


Masa tengak berkemas-kemas nak balik Taiping hari ini (esok cuti Maulud dan lusa Jumaat cuti di Kedah ni), aku check email untuk kali terakhir. Ada satu email itu berbunyi;

”Oleh kerana sambutan kurang mengalakkan, pertandingan nasyid sempena Maulud Nabi ditangguh ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak”.

Teringat aku pada satu email sebelum ini;

”Oleh kerana sambutan yang amat mengalakkan, pertandingan nyanyian (blah, blah...), pihak penganjur (blah, blah ....) akan mengadakan acara saringan terlebih dahulu."

Aku tak mahu komen apa-apa. Aku pernah kena disuruh menyanyi dalam satu majlis kilang. Nasib baik masa itu kerani aku (perempuan) setuju. Jadi kami nyanyilah lagu; Rasa Sayang Yeh!

Aku pernah masuk nasyid masa darjah 4 di Port Dickson tahun 1977. Kalau aku serius dalam nasyid ini agak-agak boleh challenge Raihan tak? Kurang-kurangpun aku boleh jadi bekas penyanyi nasyid yang buka baju tu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Che Ti mati lagi


Che Ti mati lagi (Orang rumah aku panggil Che Ti)

Malam ahad lepas henpon aku bunyi, tet, tet. ”Sapa lak tu bang?”, tanya orang rumah aku. Dia cukup “prihatin” kalau hendpun bunyi ataupun sms. Kalau aku bawa kereta mesti dia tolong baca sms.

(Aku belum lagi masuk spesis bawa henpon masuk jamban!)

Rupa-rupanya member sebilik (ops!), member serumah bujang di Changlung hantar SMS. Ringkas sahaja;

“Bang, ada tikus mati lagi. Kali ini depan tv. Esok kalau abang balik bawa serbuk sabun’’.

Sebenarnya ini kali ketiga tikus mati dalam rumah bujang (rumah sewa) aku itu. Sebelum ini mati dalam jamban dengan kepalanya lentok macam nak minum air mangkuk jamban itu.

Kali kedua lagi trajedis! Mati dalam tempat bateri motosikal Suzuki RG member serumah. Apalah punya bodoh tikus itu! Apasai mahu selit ”hara-kiri” menyelinap dalam tempat bateri yang sempit tu!

Yang terbaru ini mati depan tv, agaknya terkejut tengok keputusan pilihanraya kut. Aku cakap macam tu sebab aku dan member serumah tak balik-balik rumah itu semenjak 5 Mac lagi, sehinggalah ahad lepas.

Sebelum ini aku ada pasang niat nak bunuh tikus ini. Nak beli jerat, aku pula tak sanggup katok tikus hidup (sentimental juga aku rupanya!). Jadi aku cadang nak beli racun sahaja. Tak sempat beli racun, sudah tiga ekor tikus yang mati dalam rumah sewa aku ini.

Aku agaklah, jiran aku yang bubuh racun ini. Nak tanya jiran, segan sebab jiran aku itu anak-anak dara! Menyewa sudah hampir setahun tapi tak pernah menegur-sapa. Itulah hidup orang kota. Jiran sebelah dindingpun tak kenal. Kalau mak aku tahu tentu dia marah sebab jiran pun tak kenal. Tapi orang rumah aku lagi marah kalau aku kenal rapat dengan jiran aku ini!

Sebenarnya pagi tadi aku terima email dari mailing list yang aku suscribed. Emailnya seperti di bawah. La ni senang sahaja. Ada apa-apa problem hantar kat mailing list, cepat sahaja yang balas. Terutama yang kerjanya hanya menghadap komputer. (Aku kata kat aku ka?)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tiga email berikut disiarkan tanpa edit. Cuma nama sebenar ditukar, manalah tahu dia orang saman 10 juta nanti.


Date: Wed, 19 Mar 2008 11:09:28 +0800
From: "engineer kilang merangkap tauke pasar malam"

Rumah aku dulu banyak tikus...merata tikus; kadang2 mai tgh dok makan, anak-anak aku terutamanya hat pompuan tu pakat lari lintang pukang...tikus mondok besar lengan ceroi ja masuk dlm rumah sup sap sup sap lalu celah celah kaki depa terus pi masuk bawah tangga. Aku dah try mcm2 racun tikus dll semuanya x menjadi.

Last-last sekali, aku bela kucin, aku pi kutip anak2 kucin yg org buang kat market tu....bila ada kucin, bukan kata tikus...ulaq pun x berani mai dekat dah. Sekali tu kami anak beranak dok dlm rumah, tengok dari jauh ja x berani pi dekat 3 ekoq anak2 kucin dok lawan dengan si Tedung, last2 lari macam tu saja si Tedung yg gagah perkasa tu.

Depan rumah aku ada kolam ikan karp; org kata kalau ada kolan ikan sure ada ulaq dok mai tepi2 tu dok cari katak nak makan...sebab tu ada ulaq mai; tapi dgn adanya kucin-kucin tu, bukan kata ulaq ka tikus ka....katak pun x berani mai dekat.

So, cuba try bela kucin....musuh tradisi tikus.

wsl

engineer kilang merangkap tauke pasar malam


Date: Wed, 19 Mar 2008 10:14:32 +0800
From: "aku”
lukmanw@gmail.com


Kawan aku


Kat depan Balai Polis Kmtg/Tmn Kmtg Bistari tepi jalan tu ada pokok yang buah dia macam apple tu. Hang ambil buah dua, tiga biji bubuh dlm kedai. Ada member cakap kalau hang racik (cincang-cincang) buah tu lagi bagus. Jangan lak hang makan (atau anak hang) makan buah mcm apple ini.


(Baby apa khabar? Tak dan nak pi tengok!)


Ada juga member sorang lagi habag - bubuh minyak gas! Aku tanya dia balik bubuh kat mana? Dia jawab bubuh kat mana-mana pun lepas tu nyala api, mesti habis lari tikus-tikus tu dengan orang-orang sekali.


Lukman


kawan aku
Date: Wed, 19 Mar 2008 1:12:22 +0800
From: "kawan aku”


Assalamualaikum..................
Mintak tolong expert2 @ otai2 dalam group nie...............Macam mana nak halau TIKUS @ membasmi TIKUS..........Kat kedai sayua di Kamunting, Taiping ada banyak tikus disebabkan ada sebuah kedai runcit yang memang dok jadi port dia mendapatkan makanan............nak taruh ubat tikus kesian kat member kedai sebelah menyebelah...........yang tak tahannya, hari2 kena sapu taik tikus ngan au hancing air kencing dia........tang taik dia tue tak heran sangat.....ambik penyapu then sapu habis laaa api kencingnya tak tahan..................bau satu kedai .........kedai saya pulak melibatkan servis untuk engguna..............bila customer dating ada aroma yang tak menyenangkan ..so saya mintak tolong kengkawan semua kot2 ada petua @ pandangan yang boleh mencegahnya............


Bang (…..)


Kot kampong Dew tak ada kaa orang kampong amalkan petua membasmi tikus......kalau kat bendang confirm bubuh racun jee kan.....


Yang Pening,


Kawan aku

30 tahun menunggu saat ini


Ketika anak bujang aku tu mula boleh berjalan dengan gaya ala komando (merangkak la!), dia mempunyai hobi ”gatal tangan”. Habis semua dinding rumah aku dicontengnya. Nasib baik rumah sewa! Tak cukup dinding, pintu bilik, lantai malah tv pun dicontengnya.

Orang ramah marah-marah. Ada ketikanya dia hendak jentik tangan anak bujang aku tu (anak kami la!). Aku kata, jangan! Sudah lebih 30 tahun abang tunggu saat-saat ini.

Bagi aku kalau anak seawal tiga, empat tahun menconteng dinding itu perkara biasa. Kalau umur belum setahun tapi pandai menconteng itu luar biasa. Kalau sudah sekolah tapi masih menconteng itu ”luar kebiasaan”!

Tapi gambar di atas, anak aku lukis di papan puteh dalam pejabat aku.

Berikut siratan yang hampir sama.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Realiti kehidupan

Disiratkan asal pada 4-Mar-2008,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Semasa saya mengikuti Kursus Program Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran IPT untuk tujuan pengesahan jawatan saya pada bulan Disember lalu, antara tajuk kursus ialah ”Kemahiran Kaunseling” dan “Psikologi Pengajaran dan Pembelajaran Di IPT”.

Tenaga pengajar yang terlibat menyarankan agar para peserta supaya meminta anak masing-masing melukis gambaran perhubungan sesama ahli keluarga, keadaan rumah dan persekitaran. Saranan ini juga berdasarkan suatu kajian yang telah dibuat oleh sebuah universiti di Indonesia di mana terdapat pelajar-pelajar dari UUM yang mengikuti kajian psikologi di sana.

Apa yang dilukis oleh anak-anak ini akan mengambarkan ciri-ciri permahaman mereka terhadap “keeratan” atau “kelonggaran” perhubungan sesama ahli keluarga, kemesraan dan keharmonian semasa di rumah dan di persekitaran.

Mengikut kajian (seperti yang dibuat), kemesraan dan keharmonian yang digambarkan dalam lukisan adalah realiti kehidupan sebenar yang dialami (dan dikehendaki) oleh anak-anak ini.

Ibubapa perlu berbuat sesuatu jika anak mereka melukis kedudukan ahli keluarga yang tidak setempat (berada jauh di antara satu sama lain), persekitaran yang tidak ada matahari dan mimik muka yang bersedih.

Lukisan yang di atas telah dilukis oleh anak lelaki saya, dan saya pasti (setakat ini) itulah kemesraan dan keharmonian kami tiga beranak. Semoga kemesraan dan keharmonian ini berkekalan. Insya-Allah. Amin.

lukmanw@uum.edu.my
http://thejourney.weblog.uum.edu.my

Tuesday, March 18, 2008

Ais Kacang Pasar Malam Hua Hin


Banyak-banyak Ais Kacang di dunia ini (setakat yang pernah aku jelajah la!) tak boleh lawan Hua Hin (200 km sebelum Bangkok) dekat Chaam. Kalau aku pergi China seboleh-bolehnya aku tak nak masuk Bangkok. Trafik gila babi! Habislah dua, tiga ratus bath upah Mat Motor Siam nak tunjuk jalan keluar! Aku selalu singgah Hua Hin. Banyak hotel “Bed & Breakfast” kat sini. Hotel kat Stesen Keretapi tu pun ok juga. Kalau pergi dengan kaki golf dia orang suka lepak kat sini. Katanya “lubang golf” yang tertua. Itu aku tak tahu, aku bukan kaki golf, otak golf (golongan orang lemah fikiran) jauh sekali!

Rasa-rasanya dah dekat 10 kali aku makan Ais Kacang sini. Pergi dengan 4x4 pun pernah, pergi dengan motor besar dan kecik pun pernah, pergi dengan kereta penumpang pun pernah. Hairannya dengan kapalterbang tak pernah, keretapi teringin pergi tapi masih tak berpeluang lagi.

Ais Kacang kat sini ada dua gerai di depan sekali. Semangkuk 10 bath sahaja tapi dia tulis 10 urn aku tak tahu apa dia. 10 hun aku tahu lah!. Dia bagi mangkuk kosong self-service dan kita ceduk apa yang boleh dalam mangkuk itu, ala-ala salad Pizza Hut.

Ramuannya macam-macam ada. Kurma, kismis dan kacang ini berjenis-jenis. Lengkong dan sagu beraneka warna. Yang paling best Sira Pisang, makanan asasi tok aku di Kelantan pun ada. Ceduk sahajalah. Tambah ramuan tak boleh tapi aku minta tambah ais mesin dan gula hitam, amoi Siam tu bagi.

Ais Kacang Sow Tau Lane di Penang pun tak boleh challenge kat sini.

Lepas perkena Ais Kacang, aku selalunya beli “Ayam Merah” yang puak Muslim Siam jual. Lepas itu aku balik tidur. Ada juga member-member lain pergi cari ayam kat kawasan “merah”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pasar Malam, Pasar Hari dan Pasar Minggu


Pasar Malam, Pasar Hari dan Pasar Minggu

Pasar Malam di waktu malam
Pasar Hari di waktu siang
Pasar Minggu hanya di hari minggu

Pasar Malam dan Pasar Hari tak kira hari dan tempat
Sekarang ada Pasar Awal Pagi ataupun Uptown (downtown ada ka?, pekan kecil makanan murah di Downtown Putrajaya ada la!)

Ada satu lagi Pasar Lambak (Flea Market), yang famous di Lorong Kulit (Rope Walk), Penang dan di Jalan Horley Ipoh (Down Memory Lane). Kalau komersial di PJ Mall.

Ada juga teringin nak buat blog spesial pasar-pasar ini tapi masih tak berkesempatan.

Teringat masa kerja kilang dulu ada member panggil Pasar Malam ini "Super Malam" (alternatif kepada Supermarket). Elok habis syif 7 malam atau 11 malam boleh singgah beli kudapan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
Photo atas ialah Pasar Minggu di Kamunting dekat rumah aku. Tapak ini juga berkongsi dengan Pasar Malam (hari Rabu, Khamis dan Sabtu) serta Pasar Tani (pagi Sabtu).
Photo kedua ialah Pasar Minggu di Dali, China. Panas terik tapi angin sejuk! Orang rumah pesan beli kain sutera tapi aku bawa balik mainan 2 kotak besar tv, kasut sukan branded 10 pasang dan kuaci mentah (bunga matahari) setengah guni.

Plihan saya, pilihan isteri saya, pilihan anak saya dan pilihan kami sekeluarga di Pasar Malam


Plihan saya, pilihan isteri saya, pilihan anak saya dan pilihan kami sekeluarga di Pasar Malam
(dengan spesifikasi tersendiri)

Siratan asal pada 5-Mac-2008,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my
(Sempena Pilihanraya)

Siapa kata kami sekeluarga ”sehati-sejiwa”? Ada kalanya cita-rasa kami berbeza tapi tetap berkongsi ”mencubit” sesedap rasa.

Saya;
Nasi Kerabu (mesti ada telur masin, cabai salo dan daging pagang)
Popiah Basah
Air Kelapa (tanpa gula, tanpa ais)

Isteri;
Ayam Goreng Tepung (Bahagian bertulang dan pedal)
Popiah Goreng
Laksa (tambah telur, sambal tauhu dan nenas)
Kopi-O-Ais

Anak;
Ayam Goreng Berempah (peha)
Nasi Goreng (telur mata kerbau yang suku masak – masih menangis!)
Roti John atau Roti Pita
Milo Ais (tak penuh jemu-jemu!)

Pilihan Bersama;
Murtabak atau Samosa (murtabak mini)
Rojak Buah (tambah sotong bosah atau Char Kueh lebih)
Cucuk-cucuk @ steamboat/sate celup
Jagung Rebus atau Bakar
Kacang Rebus / kacang kuda (kudapan)

*Nota kecil; tidaklah bermakna semua makanan ini kami beli setiap kali ke pasar malam!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/