Tuesday, March 18, 2008

Ais Kacang Pasar Malam Hua Hin


Banyak-banyak Ais Kacang di dunia ini (setakat yang pernah aku jelajah la!) tak boleh lawan Hua Hin (200 km sebelum Bangkok) dekat Chaam. Kalau aku pergi China seboleh-bolehnya aku tak nak masuk Bangkok. Trafik gila babi! Habislah dua, tiga ratus bath upah Mat Motor Siam nak tunjuk jalan keluar! Aku selalu singgah Hua Hin. Banyak hotel “Bed & Breakfast” kat sini. Hotel kat Stesen Keretapi tu pun ok juga. Kalau pergi dengan kaki golf dia orang suka lepak kat sini. Katanya “lubang golf” yang tertua. Itu aku tak tahu, aku bukan kaki golf, otak golf (golongan orang lemah fikiran) jauh sekali!

Rasa-rasanya dah dekat 10 kali aku makan Ais Kacang sini. Pergi dengan 4x4 pun pernah, pergi dengan motor besar dan kecik pun pernah, pergi dengan kereta penumpang pun pernah. Hairannya dengan kapalterbang tak pernah, keretapi teringin pergi tapi masih tak berpeluang lagi.

Ais Kacang kat sini ada dua gerai di depan sekali. Semangkuk 10 bath sahaja tapi dia tulis 10 urn aku tak tahu apa dia. 10 hun aku tahu lah!. Dia bagi mangkuk kosong self-service dan kita ceduk apa yang boleh dalam mangkuk itu, ala-ala salad Pizza Hut.

Ramuannya macam-macam ada. Kurma, kismis dan kacang ini berjenis-jenis. Lengkong dan sagu beraneka warna. Yang paling best Sira Pisang, makanan asasi tok aku di Kelantan pun ada. Ceduk sahajalah. Tambah ramuan tak boleh tapi aku minta tambah ais mesin dan gula hitam, amoi Siam tu bagi.

Ais Kacang Sow Tau Lane di Penang pun tak boleh challenge kat sini.

Lepas perkena Ais Kacang, aku selalunya beli “Ayam Merah” yang puak Muslim Siam jual. Lepas itu aku balik tidur. Ada juga member-member lain pergi cari ayam kat kawasan “merah”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment