Monday, March 31, 2008

Anak jantan seorang aku tu ada CD “Blue” !


Rabu malam Khamis lepas, sebaik sahaja habis ujian kenaikan tali pinggang takwendo, anak jantan seorang aku itu menyelinap di sebalik tiang dewan Komplek Rakan Muda Kamunting itu.

Aku buat-buat tak nampak tapi jeling juga.

Rakan sebayanya menghulurkan sesuatu berbungkus. Apa pula ni?

Dalam kereta aku tanya anak jantan seorang aku itu.

”Hakim ambil apa dari kawan tadi?”

”Itu CD Blue yang sudah lama Hakim minta pinjam!”

CD Blue! Aku salah dengarkah ini! CD Blue ke atau CD Blues? Aku mengurut-urut steering kereta. Tak kan nak urut dada kut, aku tengah bawa kereta!

Aku jeling kat bini aku. Aku tengok dia buat-buat tak dengar. Panik juga dia tu.

Teringat aku masa umur anak jantan seorang aku ini lima, enam tahun dulu. Dia pernah tanya soalan ”cepu emas”; bagaimana dia boleh masuk dalam perut ibu dan ikut mana dia boleh keluar dari perut ibu.

Ibunya dengan tenang menjawab; bila besar nanti Hakim akan tahu semua ini. Nasib baik anak jantan seorang aku tu tak tanya soalan-soalan lain yang btak ada talian hayat ini.

Sebaik sahaja sampai ke laman rumah (masih dalam kereta) aku minta kat anak jantan aku seorang itu.

”Mai ayah tengok CD tu!”

”Nah!”, anak jantan seorang aku itu menyuanya tanpa rasa bersalah sikit pun.

Tu dia, bukannya CD ”Blue” yang aku takut-takut itu. Rupa-rupanya CD lagu kumpulan ”Blue”.

Tak ada nama lain ke kumpulan ini nak bubuh nama!

Moral of the story; janganlah cepat syak-wasangka yang buruk-buruk kepada anak sendiri (termasuklah kepada sesiapapun!)

lukmanw@gmail.com

No comments:

Post a Comment