Thursday, March 27, 2008

Kawan aku nak kahwin satu lagi


Teringat aku si-Jamil (P. Ramlee) dalam Madu 3. Sebenarnya aku baru dapat khabar kawan aku sama satu kilang nak kahwin lagi. Aku ada ramai kawan yang kahwin lebih dari satu. Kawan-kawan aku sesama aktif motorsport ramai yang kahwin lebih dari satu sampai ada yang tanya aku bila lagi!

Bukan nak ”merendah diri” jauh sekali nak ”komankan” diri! Aku rasa rezeki aku beristeri satu ini sudah lebih baik dari baik. Aku tak boleh bayangkan hendak kena kerja kuat dari segi zahir dan batin kalau beristeri lebih dari satu. Rasanya tak terkejar aku!

Tok (bapa kepada bapa aku) kahwin 7! Jangan terkejut! Tapi semasa hidup dia hanya ada 4 bini serentak dan seorang pun tak bercerai. Cuma cerai mati sahaja. Lagi hebat lagi aku diberitahu semua bini tok aku berbaik semasa mereka (dalam hati tak tahulah!)

Bapaku cuma kahwin seorang! Mungkin sebab tok aku mati semasa umur bapa aku 10 tahun. Tak sempat dia nak belajar atau mewarisi ilmu kahwin banyak ini. Mungkin sebab itulah juga aku tak ada ilmu nak kahwin banyak ini.

Tok dan nenek belah mak aku pula masing-masing kahwin lebih dari satu! Tapi nenek aku kahwin cerai bukannya ada dua laki!

MD (Managing Director) aku di kilang simen di Ipoh dulu cukup pantang kalau ada manager dia komplen nak buang anak buah mereka sebab tak ada ”chemistry” antara pekerja dengan manager. MD aku ini (Cina, pernah jadi akauntan Bank Hong Leong) selalu bagi contoh ”chemistry” sesama laki-bini. Kahwin 10 tahun dengan anak lima enam tapi bila nak ceraikan bini (nak kahwin lagi) boleh beri alasan tak ada ”chemistry” dengan bini.

Walaupun dia bukan dari background chemist; MD ini selalu buat perbandingan air dengan minyak boleh duduk diam dalam satu gelas. Memanglah air di bawah, minyak di atas; katanya. Tapi gabungan dua unsur ini tak meletuppun! Lagipun laki bini memang seorang kena duduk atas, seorang kena duduk bawah; baru ada ”chemistry”; bukan aku kata tapi MD aku yang kata!

Satu sahaja nak pesan; kalau nak kahwin lain (mungkin sudah takdir) janganlah nak salahkan bini. Masa bercinta dulu kalau bini tersepak batu, awak maki batu itu; tak ada tempat lain ke nak ada batu ini. Lepas kahwin kalau bini tersepak batu, awak perlikan bini; batu besar itu pun tak nampak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment