Friday, April 04, 2008

Esok balik awal


Esok balik awal

Ne none, none. Ne none, none. (hen pon aku bunyi).

‘Ye”, itu ayat standard kalau skrin hen pon aku tertulis “Ayang”.

“Abang, esok balik awal sikit!”, sound bini aku.

“Abang kan berarak Maulud esok. Mungkin lambat sikit. Apasai?”

“Anak jantan abang seorang tu suruh balik awal.”

“Apasai?”

“Biasalah, abang kan cikgu buat sepanduk geng dia orang berarak Maulud tiap-tiap tahun.”

Oh, ‘Geng Perut’ anak jantan seorang aku itu sudah hantar ‘talian hayat’. Aku panggil ’Geng Perut’ sebab semuanya geng anak jantan seorang aku tu (tolak seorang dua sahaja) dah ada tanda-tanda akan dapat pingkat kebesaran PJK (Perut Jauh ke Depan)!

Aku sampai rumah 4 petang. Geng Perut sudah menunggu. Maka bermulalah operasi buat sepanduk. Projek adalah seperti berikut;

Anak jantan seorang aku itu dilantik sebagai Chief. Geng Perut ada 8 orang ahli termasuk anak jantan seorang aku itu. Dia kutip duit seorang RM 2.00. Jumlah duit RM 16.00. Barang-barang berikut telah dibeli sebelum aku sampai rumah;

1. 2 keping Poly board puteh (1/2” dan 1”)
2. 2 batang penyapu 4 kaki
3. 2 helai Kad Manila (Merah dan Kuning)
4. 1 gulung ribbon hijau
5. 1 paket kecil serbuk warna jingga

Berikut adalah barang-barang yang sudah ada di rumah aku sebelum ini;

1. Poly board cutter (ala, pakai bateri tu)
2. Gunting (5 bilah)
3. Pisau potong kertas (2 bilah)
4. Gam Poly board
5. Poster Colour
6. Berus dan pad warna
7. Suratkhabar lama

Aku keluar naik motor beli barang-barang berikut (bukan dari duit yang dikutip);

1. 1 keping kertas tebal warna hijau
2. 1 gulung masking tape (hijau tua)
3. 2 batang Kayu rangka 2 hun (1/4”) 6 kaki
4. 2 biji klip (untuk klip batang penyapu)
5. 2 marker Art Line (Hitam dan Biru)
6. 20 biji paku 1”
7. Pengetuk (hammer), dulu punya ada kat ofis.
8. 3 kotak Yeos Soya Bean 1 Liter
9. 3 bungkus Cipsmore

Alatan no. 7, pengetuk, terpaksa dibeli sebab aku punya ada kat ofis. Orang lain bawa barang ofis balik rumah, aku pula bawa barang rumah ke ofis! Semenjak aku insaf inilah, dulu akupun bawa balik barang kilang ke rumah! Pinjam bukan bawa balik terus, ehem, ehem........

Alatan no. 8 dan no. 9, Yeos dan Chipsmore adalah untuk ’membesarkan perut’ khas untuk Geng-geng Perut. Chipsmore sekali letak sahaja 3 bungkus ”cuci calat’, taukepun tak sempat ambik sekepingpun.

Projek ’juta-juta masuk poket kroni’ ini selesai 5 minit lagi pukul 7 malam. Itupun ’driver-driver’ Geng-geng Perut ini sudah beratur depan rumah aku dengan limosin 5 roda (1 roda spare) dan 2 roda masing-masing. Hendak jemput masukpun air Soya Bean dan Cipsmore sudah ”cuci calat’!

Macam biasa setiap tahun, pada belah malamnya, aku kena touch-up, touch-up sepanduk ini!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment