Saturday, April 05, 2008

Hanya tinggal 2 nyawa

Kata orang kucing ada 7 nyawa. Tapi anak kucing yang aku tengok pagi tadi hanya tinggal 2 nyawa sahaja.

(Siratan kali tiada photo kejadian sebenar. Aku orang yang paling keji kalau aku sempat ambik gambar anak kucing itu yang di saat-saat akhir digilis tayar lori di depan mataku!)

Lampu isyarat menyala merah di persimpangan Masjid Jamek Taiping pagi tadi sekitar jam 10.30 pagi. Aku menghentikan motosikal di barisan hadapan sekali.

Di seberang jalan bertentangan, sebuah lori mula bergerak tetapi membrek mengejut kerana seekor anak kucing melintas. Murni betul pemandu lori berbangsa India itu.

Anak kucing yang hendak melintas itu tiba-tiba menyelinap masuk ke bawah lori. Menyangkakan anak kucing sudah selamat, pemandu lori ini mula mengerakkan kenderaannya.

Di depan mataku, anak kucing itu betul-betul berada di bawah tayar gandar kedua lori tersebut. Aku mengangkat tangan mendepangkan kelima-lima jari kepada pemandu lori tersebut. Malangnya sudah terlambat! Pelepak! Bunyi tulang mletup diikuti keriauan kuat yang sempat kedengaran berberapa saat sahaja. Anak kucing tersebut meleper digilis tayar lori.

Di manakah nyawa kucing yang dikatakan ada 7 nyawa itu? Ataukah sudah habis keenam-enam nyawanya sebelum ini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment