Friday, April 04, 2008

Kepala satu saiz




Kepala satu saiz

Siratan selingan;
(Kejadian ini berlaku sebaik sahaja perbualan hen pon aku dengan bini aku dalam siratan sebelum ini tamat)


Ne none, none. Ne none, none. (hen pon aku bunyi lagi)

Bini aku nak apa lagi ni. Nak kirim suruh beli apa-apa ini agaknya. Tapi bukan dia call.

“Ha’ looooo!” itu ayat standard kalau skrin hen pon aku hanya keluar nombor sahaja tak tertulis apa-apa nama.

“Lu sulah semayang ka?”, China mana pula call aku malam-malam buta ini tanya dah sholat ka belum.

“Sapa ni?”, mula kasar sikit.

”Aiyaa, gua laa (China ini cakap nama dia)”, rupa-rupanya geng satu company.

”Apasai? Mahu ajak teh tarik ka?”, aku memang tak simpan nama dia dalam hen pon aku. Baru kenal tak sampai sebulan tapi rasa-rasa boleh kamceng.

”Bukan maaa. Lu ada songkok lebih maaa?”

’Songkok? Apasai lu mahu songkok? Lu mahu masuk Melayu ka?“

“Aiyaa, kalau gua mahu masuk Melayu, gua kahwin Melayu maa. Sekarang gua kahwin Amoi, gua masuk Chinalah!“

Kurang asam punya China! Buat lawak pula.

“Gua mahu pinjam lu punya songkok untuk esok ’parade’. Gua pun masuk itu ‘parade’

“Ha, ha, ha (aku gelak la tu!)“

“Apasai lu gelak?“

“Lu tahu, gua pun talak songkok. Tadi satu PMC gua suda londa maa, cari songkok tapi tatak jual. Ini hari”, aku pun sudah terpeliok lidah. (PMC adalah Pasar Malam Changlung)

“Lu tak ada songkok macamana lu semayang maa?“

“Gua songkok puteh adalaah.”

“Oh, lu pun geng songkok puteh. Samalah gua, gua geng loket, maa!” Ke situ pula China ini.

“Ta pa la, ta pa la, gua cari olang lain”, sambungnya lagi.

“Apasai lu cari saya dulu?”

“Kita kepala sama besar maaaa, itu pasai gua cali lu dulu!”

Kurang asam punya China. Dia kata kepala aku sama besar dengan kepala dia!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
Ini adalah salah satu dari hanya dua songkok yang aku ada dalam 10 tahun ini. Satu darinya aku pakai semasa naik pelamin dan satu lagi hadiah hantaran kahwin. Kedua-duanya telah diturun-wariskan kepada anak jantan seorang aku
itu.

No comments:

Post a Comment