Monday, April 28, 2008

Kisah Babi, Politik Babi dan Marah Babi



Kisah Babi, Politik Babi dan Marah Babi

OKOB tidak sensitif isu semasa? Pedulikan kata orang!

Pandangan aku mudah sahaja. Babi ini isu politik dan OKOB malas untuk berkongsi cerita politik. Banyak (teramattttt..... banyak!) blog politik di luar sana yang boleh dikunjungi.

Sapa-sapa yang jumpa Tuan Haji Subki Abdul Latif, orang kuat PAS itu, tanya dia pasai orang Melayu dulu-dulu buat emas dari dalam perut babi.

Ada beberapa kisah babi yang ingin aku ceritakan. Dan kisah-kisah ini tidak ada kena mengena dengan politik babi!


Kisah 1

Aku pernah bawa seorang kawan Cina balik kampung masa zaman kolej dulu. Budak Cina ini teringin sangat nak tengok kampung Melayu. Aku minta izin Tok aku. Dia cakap aku boleh bawa balik siapapun Cina ka, India ka, Mat Salleh ka boleh asalkan jangan bawa balik perempuan.

”Sebab apa Tok?”

”Sebab kau tak cukup syarat lagi hendak usung anak dara orang!”

”Syarat? Syarat apa pula Tok?”

”Itu kena tanya Pak kau.”, Nak tanya Pak aku? Itu kena fikir 10, 20 kali! (Masa itulah)

Kebetulan Tok aku buat kenduri tahlil. Jadi malam itu adalah bacaan tahlil sebelum makan. Dua ekor ayam yang disembelih petang tadi daging-dagingnya sudah bergelumang dalam kuah gulai di hadapan mata. Bacaaan tahlil dikumat-kamitkan oleh jemputan sekitar 10 orang ahli surau.

Aku dan kawan Cina bersila di tepi pintu.

Tiba-tiba kawan Cina aku merapatkan dirinya sambil berbisik.

“Lu orang potong 2 ekor ayampun sudah geleng kepala. Gua punya apak potong 1 babi pun steady saja!”

Mula-mula aku tak faham cakap dia, rupa-rupanya dia ingatkan kami bersedih (sambil mengeleng-geleng kepala) kerana telah menyembeleh 2 ekor ayam.

Kurang asam punya kawan Cina aku ini!


Kisah 2

Tiba-tiba anak jantan seorang aku itu tanya soalan.

”Ayah, kawan Hakim cakap babi boleh makan. Betulkah ayah?”

”Kawan tu Cina kut?”

”Bukan! Kawan Hakim tu Melayu Islam macam Hakim juga.”

”Biar betul!”

”Kawan Hakim cakap memang babi boleh makan. Kalau babi tak boleh makan, tentu dia mati!”

Kurang asam punya kawan kepada anak jantan seorang aku seorang ini.


Kisah 3

”Kau tahu sebab apa kita tak boleh makan babi?”, tanya kawan aku semasa sedang makan roti canai dan teh tarik di Gerai Basir, Kamunting.

”Kau ini pun, masa makan ni lah nak cakap pasai babi. Apasai kita tak boleh makan babi?”, aku tanya dia.

”Sebab babi tu tak ada leher! Macamana nak sembelih dia!”

Kurang asam punya kawan aku ini.


Kisah 4

”Mengapa kalau kita panggil orang itu dengan perkataan BABI, dia marah sangat? Tak kiralah dia bangsa apa”, tanya pakar motivasi itu kepada peserta-pesertanya.

”Cuba kita panggil dia, kucing ke?, semut ke?, dia marah tak?”, tanya dia lagi.

”Mengapa kalau kita sebut kepala hotak hang, orang itu marah sangat?”, tanya-tanya dia lagi.

”Cuba kita sebut mata hang, ataupun bulu ketiak hang, dia marah tak?’ tanya-tanya-tanya pakar motivasi ini lagi.


Kesimpulan perhubungan BABI dengan kemarahan ini.

Teringat aku kata-kata Dato Dr Hj Fazilah Kamsah; kalau marah jangan berdiri. Kalau kita duduk, marah itu akan reda.

Bagi aku, kalau marah, aku akan tidur!

Bagi aku juga, kalau marah, jangan panggil orang itu dengan perkataan BABI, panggil dengan nama binatang lain (yang kiut miut macam arnab ka, humster ka, semut ka).

Jangan sebut KEPALA HOTAK HANG, sebut MATA HANG, JANGGUT HANG, ataupun BULU KETIAK HANG!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment