Wednesday, April 09, 2008

Kisah Benar


Kisah Benar

(Bukan gila cendol tapi gila berjalan! Tak boleh duduk diam di rumah)

Sabtu minggu itu aku, orang rumah dan anak jantan seorang aku itu tidak ke mana-mana. Tiada urusan out station, tiada acara motorspots untuk dikendalikan. Tiada kenduri yang dijemput. Masing-masing terbungkam di depan tv, cuma orang rumah aku masih sibuk melipat kain.

Jam baru pukul 9.30 pagi. Aku renung muka orang rumah aku. Orang rumah aku mencebik bibir. Dia tahu adalah yang hendak aku katakan.

“Kerja sekolah semua sudah siap, Hakim?”, tanya aku kepada anak jantan seorang aku itu.

“Semalam lagi dah habis, ayah”. Ini sudah bagus, kata aku dalam hati

“Yang, abang rasa nak minum Cendol Pulut Sagu kat Padang Besar itulah“.

Orang rumah aku merenung aku. Dia tahu itu bukanlah cadangan tapi permintaan.

“OK, kalau nak pergi, Hakim masuk mandi, blah, blah.......“, la anak jantan aku seorang tu tak mandi lagi rupanya. Dan orang rumah aku mula pok, pek, pok, pek, sama rancak dengan kaki dan tangannya mengemas rumah.

Pukul 10.15 semuanya sudah berada dalam kereta. Lebih kurang pukul 2 kami sudah ada di Gerai Ikan Keli Bakar Pokok Sawa. Pukul 4 kami sudah ada di Padang Besar. Lepas ronda seround dua, beli Som Tam dan Ayam Goreng Merah, kami pergi minum Cendol Gerai Kak Jah berhadapan Perumahan Kastam, selepas Pam Minyak Petronas Pekan Padang Besar.

Pukul 6 kami balik Taiping. Itupun sempat menyinggah di Perai.

Perjalanan tidak dirancang ini bukan sekali, malah berkali-kali dengan destinasi yang sama dan berbeza-beza. Kadang-kadang untuk lebih meriah turut dijemput mengambil bahagian ialah mak mertua atau mak aku!

Ini semua mengingatkan aku semasa zaman bujang di KL akhir 80an. Kalau berkumpul dengan geng superbike di Daya Bumi itu (Geng Tabung dengan Raymond, Jono, dan lain-lain), ada sahaja perjalanan tak dirancang ini. Kalau ke Genting pukul 12 tengah malam itu perkara biasa. Naik dan turun begitu sahaja! Malah sekali itu dengan beberapa rakan, kami ke Ipoh (mana ada highway masa itu!) dari KL jam 1 pagi hanya untuk minum kopi dan patah balik ke KL sejam kemudiannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Cendol Pulut Sagu di Gerai Kak Jah, Padang Besar ini disyorkan oleh Tengku Shahrin Abu Bakar, kerabat DiRaja Perlis yang juga Presiden Kelab Sukan Bermotor Perlis. Cendol Pulut Sagu ini mempunyai pelbagai dan beraneka bahan di dalamnya.

1 comment:

  1. best kan jalan2 cari makan...nanti da opening...saya roger k!!!hehe

    my blog http://aziefirdaus83.blogspot.com

    sudi la menjengah ke blog saya jugak...tq

    ReplyDelete