Wednesday, April 16, 2008

Laksa Taiping


Laksa Taiping (dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya)

(Dr. Tokasid (
http://tokasid.blogspot.com/) tanya aku pasai Laksa Taiping. Ini jawapan aku)

Kata orang laksa ini makanan asasi orang perempuan. Kata oranglah!. Tak tahulah aku sama ada betul atau tidak.

Orang rumah aku gila laksa. Emak aku suka buat laksa. Kakak aku pun suka laksa. Adik perempuan aku pun suka laksa. Hampir semua perempuan-perempuan yang pernah kerja kilang dengan aku suka laksa. Girl friend lama aku pun suka laksa!

Aku tak berapa suka laksa. Tapi kalau ada aku makanlah. Seingat-ingat aku, aku tak pernah beli laksa untuk aku makan. Selalunya aku beli laksa untuk orang rumah aku.

Kalau ada ”perang” tercetus! Biasalah lidah dan gigi lagi kan tergigit. Aku akan keluar rumah beli laksa. Orang rumah aku akan faham-fahamlah itu tandanya aku minta maaf. Tak kiralah sama ada aku yang start dulu bom dia atau dia bom aku dulu.

Aku hanya suka makan laksa bila mak aku buat selepas sehari semalam. Maknanya kuah dia sudah semalam dan bila ceduk kaut semua isi pada buntut periuk!

Orang rumah aku kalau buat laksa (biasanya Mak Mertua yang buat!), mesti ada Sambal Tumis Tauhu. Kalau belah Parit Buntar pula makan laksa dengan Cucur Udang.

Laksa di Taiping yang jadi makanan asasi orang perempuan ialah di Kedai Buah Irene di Market Road. Tapi rasanya sudah orang lain jual laksa di sini. Sambil beli buah potong, orang perempuan di Taiping akan beli laksa di sini.

Laksa paling simple ialah Laksa Mexico di simpang masuk Kampung Jana depan kedai tayar Silverstone di sebelah petang dan malam. Laksa Mexico ini milik adik beradik yang sejak kecik lagi menjual. Minggu lepas aku lalu sini nampak ada skrin besar. Nampaknya boleh tengok tv sambil makan laksa.

Laksa di depan Balai Polis Pokok Asam pula ada campur Sambal Tumis Sotong Basah. Hebat juga gerai kecil ini. Tauke-tauke Cina dengan Mercedes selalu singgah makan laksa dengan pisang goreng.

Tahun lepas pegawai Alam Sekitar (DOE) ajak aku makan laksa di Jeti Kuala Trong. Dia orang melawat kilang arang. Biasalah aku tukang ikut! OK juga laksa di sini tapi lalat banyak sangat!

Dulu bila aku lalu Kuala (Kuala Kangsar), aku singgah minum cendol di gerai tepi bangunan depan jam besar round about. Gerai di sini pun famous dengan laksa. Sekarang semua sudah pindah ke Lembah dengan gerai lebih tersusun. Tapi laksa di Kuala ini semuanya laksa isi tebal (tepung beras) yang aku tak berapa gemar. Khabarnya di Kuala terkenal dengan Laksa Pak Ngah dan Laksa Top Power.

Makan laksa mesti ada pakej lengkap timun, bawang, daun salad dan telur rebus. Ada juga bunga kantan dan daun jagus tapi aku kuis tepi kalau jumpa. Sekarang pakej ini sudah bertambah komersial dengan macam-macam option!

Entah mengapa semenjak kebelakangan ini anak jantan seorang aku itu kalau makan laksa mesti kuis kuah cari asam keping. Berahi betul dia dengan asam keping ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Gambar atas, Laksa Jeti Kuala Trong. Sambil makan boleh tengok matahari jatuh.
Gambar bawah, Laksa Kuala. Gambar no 1 & 2 di Lembah. Gambar no. 3 tapak lama.

No comments:

Post a Comment