Wednesday, April 23, 2008

Roti Canai Segera Superman




Roti Canai Segera Superman

Pernah dengar Roti Canai Segera Superman? Ini adalah salah satu kepakaran aku masa zaman bujang dulu selain dari Nasi Goreng Berbijian.

Aku sampai rumah di Kamunting Khamis lepas dari Changlung jam 4 petang. Orang rumah aku ada di pejabat. Hujan renyai-renyai. Anak jantan seorang aku itu asyik bagi signal perut dia. Aku fahamlah!

Hendak keluar malas. Hujan pula tu! Aku buka peti ais. Ada 5 keping Roti Canai Segera yang sudah keras. Sudah seminggu orang rumah aku beli “malu alah” kerani pejabat dia jual.

“Hendak makan Roti Canai Segera Superman tak?”, tanya aku.

”Roti Canai tu tak sedap ayah!”.

”Ini lain, mesti best!”.

Aku bawa keluar telur 3 biji dengan magerin. Panaskan kuali. Sapu magerin pada Roti Canai Segera. Calit sedikit pada kuali. Sementara tunggu kuali panas, aku kacau telur 3 biji itu dalam kole.

Panaskan sebelah Roti Canai dahulu. Kemudian kaleh. Masa ini tuang telur yang sudah dikacau itu dan ratakan atas permukaan telur. Kaleh balik Roti Canai. Tunggu sesedap rasa hendak garing ke atau tidak.

Siap! Kalau ada Kuah Kari semalam lagi best.

“Pasai apa ayah panggil Roti Canai Segera Superman?’, tanya anak jantan seorang aku itu selepas habis bedal 2 keping. Dua keping lagi untuk aku dan tinggal 1 keping untuk orang rumah aku. Itupun anak jantan seorang aku jenuh jeling!

“Kalau Roti Canai Telur biasa, telur dia di dalam. Ini telur dia di luar. Macam Superman jugalah pakai underwear di luar”, penjelasan aku.

“Sedap juga ayah ye. Lain kali ayah buat lagi le!”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Keterangan gambar;

1. Tuang telur yang sudah dikacau atas Roti Canai Segera.
2. Cuci calat kami dua beranak seorang 2 keping dengan Kuah Kari Ikan
3. Tinggal 1 keping untuk orang rumah (itupun sudah dijeling orang!)

No comments:

Post a Comment