Monday, April 14, 2008

Surat Buat Wakil Rakyat

Surat Buat Wakil Rakyat – Iwan Fals (Album Wakil Rakyat 1987)
Siratan asal pada 29-Ogos-2007
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/


Siratan kali ini tidak kena mengena dengan politik. Jauh sekali dengan khabar-khabar angin pilihanraya yang hampir menjelang tiba. Weblog ini hanya menyirat-utamakan OSH dan disampingkan dengan apa yang penyirat ingin berkongsi. Seringkali saya ingatkan teman-teman terutama yang sudah lama tidak ketemuan dan berpeluang berjumpa dengan bilangan yang ramai contohnya perjumpaan alumni dan sebagainya. Kalau ingin berbicara dengan harmoni, bicaralah apa sahaja tetapi jauhilah pegangan masing-masing terhadap politik, keinginan untuk mempromosikan jualan langsung dan yang ketiga usahlah berbicara tentang gaji bulanan masing-masing. Tanpa tiga agenda ini, saya berjaya menghimpunkan beberapa kumpulan alumni, teman sesama minat dan sebagainya dan pertemuan kami berjalan dengan harmoninya.

Saya ditakdirkan tidak boleh menyanyi dan tidak boleh bermain muzik. Walaupun pernah menganggota kumpulan nasyid dan pasukan muzik di sekolah rendah. Guru muzik saya (Cikgu Walat, ayah kepada Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham, dua orang anak muda yang kini menempah nama sebagai pelumba motosikal utama di Malaysia) begitu garang sekali tetapi saya hanya mampu bermain alat muzik “besi segi tiga” yang diketuk-ketuk untuk menghasilkan bunyi.

Saya dibesarkan bersama dua orang adik-beradik perempuan. Kakak dan adik saya mahir memainkan alat muzik dan mula memperdengarkan alunan lagu kepada saya seakhir 70an dengan lagu-lagu Uji Rashid dan Hail Amir.

Saya diremajakan dengan Sweet Charity dan Blues Gang. Dibalighkan dengan Alleycat dan Kembara yang menjadikan Ramli Sharip dan M. Nasir idola saya. Dimatangkan dengan Ebiet G.Ade dan Iwan Fals sementelah adik saya melanjutkan pelajaran ke Universitas Gadjamada dalam jurusan farmasi. Kepulangannya setiap kali membawa kaset-kaset Ebiet dan Iwan.

Kaset-kaset yang dihadiahkan kepada saya sekitar akhir 80an itu hilang entah ke mana. Kebetulan saya mengajar di hujung minggu di UUM Kampus KL. Waktu-waktu terluang saya menghiliri kawasan Chow Kit dan mencari-cari CD Ebiet G. Ade dan Iwan Fals. CD Ebiet mudah didapati tetapi tidak CD Iwan. Sebaliknya VCD Iwan (konsert) mudah didapati.

Saya mencari CD lagu ‘Surat Buat Wakil Rakyat’ tetapi hampa. Hampir dua tiga bulan saya menghilir-menghulu Chow Kit dan juga kompleks-kompleks membeli-belah di KL. Semuanya hampa.

Malam semalam saya secara tiba-tiba menaip nama Iwan dengan tajuk lagu yang dicari dalam ‘Search Engine’ dan dalam antara website yang disyorkan terdapat satu halaman yang membenarkan untuk di-download-kan lagu yang sudah lama dicari ini.

Moral of the story ; saya selalu menasihatkan pelajar-pelajar saya; sentiasalah ‘berkawan’ dengan ‘search engine’ ini. Dengannya memudahkan kita mencari maklumat, dokumen dan sebagainya.

lukmanw@uum.edu.my
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Surat Buat Wakil Rakyat – Iwan Fals (Album Wakil Rakyat 1987)

Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana di gedung DPR

Wakil rakyat kumpulan orang hebat
Bukan kumpulan teman teman dekat
Apalagi sanak famili

Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam

Di kantong safarimu kami titipkan
Masa depan kami dan negeri ini
Dari Sabang sampai Merauke

Saudara dipilih bukan dilotere
Meski kami tak kenal siapa saudara
Kami tak sudi memilih para juara
Juara diam juara he eh juara hahaha

Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana di gedung DPR

Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

No comments:

Post a Comment