Wednesday, April 09, 2008

Tangan bapa mengeletar lagi!

Tangan bapa mengeletar lagi!
(Siratan ini disirat pada 27-Mac-2008)

Kejab tadi aku telefon mak aku.

”Mak, Man ni. Pak macamana?”, ayat standard aku.

”Macam biasalah. Telefon dari mana ni?”, ayat standard mak aku.

”Blah, blah.................”, jawab aku dengan ayat standard.

”Macam tulah! Tangan belah kanan itu asyik mengeletar sahaja”, ayat tak berapa standard mak aku.

Teringat aku kepada seorang kawan yang kerjanya doktor. Manusia ini apabila usia lanjut mesti ada ciri-ciri ”parkinson”, yang membezakan satu sama lain ialah sama ada sedikit ataupun banyak. Itulah kata kawan aku itu.

Adakah bapa aku ada ciri-ciri ”parkinson” ini?

Semasa aku kecil dulu kalau tangan kanan bapa aku mengeletar itu alamatnya nak naik ke muka atau ke badan aku. Semenjak umur aku lapan, sembilan tahun sehinggalah 13, 14 tahun berbekas jugalah badan aku dengan tapak tangan, rotan atau tali pinggang hijau askar bapa aku. Aku memang nakal cuma tak sampailah melakukan salahlaku jenayah dan seks sahaja.

Semasa bapa aku masuk hospital Januari lalu (siratan sebelum ini), apabila dia meracau di sebelah malam dia hendak sepak aku, tak sempat pula aku nak tengok tangan dia mengeletar atau tidak.

Kejab lagi aku nak balik jenguk bapa aku. Aku nak pegang tangan kanan dia yang asyik mengeletar sekarang ini.

Tangan yang penah menyepak aku. Tangan yang pernah memukul aku. Tetapi aku yakin tangan yang pernah membelai aku di samping menyepak dan memukul aku ini juga adalah tangan milik seorang yang amat menyayangi aku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

Caption;
Gambar adalah tangan kanan aku. Teringat aku kepada seorang mak nyonya di kilang tayar yang amat suka tengok dan pegang tangan aku. Katanya macam tangan anak dia! Betulkah! Sebenarnya sebelum itu pada awal 90an aku yang mula pegang tangan mak nyonya ini semasa mengajar dia macamana nak guna ’mouse’ nak melukis dalam software graphic

No comments:

Post a Comment