Sunday, April 27, 2008

Tiada lagi sawah bendang

Siratan aku kebelakangan ini asyik-asyik pasai makanan. Itulah orang Malaysia (tidak menjurus mana-mana bangsa). Aku pernah bawa mendiang Joe Glover (veteran askar British 1958/59) dengan isterinya ronda-ronda Pasar Malam. Terkejut dia laki-bini tengok banyak sangat makanan dimasak. Berbeza di pekan kecil Kampung Staffordshire di Aldridge, kampung Joe Glover, penjual di sana lebih kepada bahan-bahan mentah.

Di Malaysia kalau bertemu rakan atau saudara-mara, mesti soalan pertama diaju ialah; sudah makan ke belum? Berbeza di Eropah yang bertanyakan cuasa semasa!

Perjalanan dari Taiping ke Changlung setiap minggu merisaukan aku. Susur menghampiri Kepala Batas membimbangkan aku. Dulunya sawah bendang terbentang saujana mata memandang. Kini mula dikambusguna untuk projek perumahan.

Dahulu pepatah mengatakan; Ada Padi Semua Jadi. Masih relevankah pepatah itu?

Ada yang berani membuat pepatah baru; Ada Duit Semua Jadi. Tetapi di manakah nilai duit jika kita tidak boleh membeli beras? Vietnam dan Thailand sudah mula enggan menjual padi mereka. Di manakah kita hendak menggunakan duit untuk membeli padi?

No comments:

Post a Comment