Thursday, April 03, 2008

Wilders The Wild; Perlukah kita begitu!

Wilders The Wild; Perlukah kita begitu!

Perlukah kita memboikot produk Belanda? Adakah filem Fitna ini mewakili seluruh Negara dan rakyat Belanda? Adakah Geert Wilders itu mewakili parlimen, Negara atau rakyat Belanda?

Perlukan kita menjauhi Pam Minyak Shell di pekan kecil kita itu yang taukenya Pak Haji Rahmat, pakcik kita sendiri? Perlukah kita kata; lain kali sahaja beli sebab hanya ada susu Dumex di kedai runcit Makcik Kiah, tepi rumah kita itu?

Perlukah kita kata; Maidin, hari ini tak jadi minumlah teh tarik kat warung kau ni hanya kerana di situ menggunakan Teh Lipton?

Perlukan kita kata kepada adik Kiah, maaflah hari ini akak tak nak beli kuih adik sebab emak adik buat kuih guna Planta?

Perlukah kita begitu?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Bagaimana kalau seorang rakyat Malaysia (ataupun seorang ahli Parlimen Malaysia) yang melakukan kesilapan yang sama? Adakah produk Malaysia akan diboikot
juga?

No comments:

Post a Comment