Sunday, May 04, 2008

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. IV)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. IV)

Perjalanan kami bersambung ke Masjid Tiak di Kupang, Baling. Kami singgah untuk makan tengahari dengan nasi bungkus dan air mineral yang diorder oleh sdr. Monier dari rumah berdekatan. Terharu melihatkan anak-anak kecil yang mengekori ibubapa masing-masing dalam lawatan amal Warga Kilang ini. Semoga apa yang dilihat dan dialami oleh mereka hari ini mendewasakan dan mematangkan mereka. Dewasa dan matang sebagai insan yang percaya ketentuan Ilahi terhadap nasib seseorangitu dan berazam untuk mengubahnya dengan kesungguhan serta ketakwaan. Pada masa yang sama menyuburi semangat belas ikhsan sesama insan yang kurang benasib baik.

Selepas sholat zohor, kami menyerahkan sumbangan-sumbangan kepada 10 fakir miskin yang telah dikenalpastikan bersama-sama Pengerusi dan ahli kariah. Pengerusi dalam ucapan terima kasihnya melahirkan rasa gembira dan terkejut juga melihat sumbangan yang agak lumayan yang pernah diterima oleh mereka yang kurang bernasib baik ini.

Semoga sumbangan berupa beras 10 kilo (4 kampit), 5 kilo (3 kampit), tepung, gula, garam, sadirn tin, minyak masak, biskut dan lain-lain itu dapat dimanafaat oleh mereka yang kurang bernasib baik ini untuk tempoh yang panjang.

Pada masa yang sama bukan semua yang dapat hadir menerima sumbangan ini. Kami mengambil keputusan menghantarnya ke rumah mereka termasuk tolong membawa pulang barangan sumbangan yang diterima.

Jenuh juga pemandu-pemandu MPV ini bergelut dengan steering masing-masing apabila tersekat di laluan yang hanya muat-muat untuk tayar MPV mereka. Ramai juga yang tidak dapat mengelak ”bom-bom” yang berterabur di tengah jalan.

Memang lumrah dunia, di mana-mana adanya insan yang kurang bernasib baik, di situ jugalah terdapat insan-insan yang memiliki mungkin puluhan atau ratusan binatang ternakan dan juga pemilik rumah-rumah besar yang tersergam indah yang mungkin penghuninya hanya sepasang suami-isteri yang telah berusia.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Gambar 1, ketika makan nasi bungkus
Gambar 2, wakil Intel
Gambar 3, wakil Jabil
Gambar 4, Kak Zaiton NGO dari USM
Gambar 5, wakil ProCC

No comments:

Post a Comment