Sunday, May 04, 2008

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. III)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. III)

Persinggahan keempat adalah rumah agam Abang Zul juga di Bakai. Abang Zul ini mengalami masalah pengelihatan di mana mata hitamnya semakin hari semakin memgecil. Abang Zul juga tiada di rumah ketika kami sampai kerana bekerja sebagai tukang rumah.

Rumah Abang Zul memang rumah agam yang boleh dikategorikan rumah warisan yang sepatutnya dipelihara dan dipulihara. Bagaimanapun itu hanya pandangan dari luar. Di dalamnya, rumah pusaka ini mula dimakan usia menanti untuk rebah pada bila-bila masa.

Anak bongsu Abang Zul baru berusia tiga minggu sedang lena menyusu di pangkuan ibunya. Sudah pasti anak kecil ini tidak mengerti apakah itu kemiskinan yang dikongsi oleh abang-abangnya (9, 5 dan 1 ½ tahun) dan kakak-kakaknya yang berusia 10 dan 8 tahun.

Kami sempat bertemu dengan Abang Zul yang balik ke rumah untuk makan tengahari.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment