Monday, June 30, 2008

Betul-betul “menjamu makan”!




Betul-betul “menjamu makan”!

Sudah menjadi trend sekarang. Makan kenduri bukan sekadar datang sua muka, salam-salam, hulur-hulur sekeping dua, ambil pinggan beratur buffet dan makan.

Dahulu kalau ada Sirap Bandung dan Agar-agar sudah dianggap special!

Kebanyakan kenduri masa kini sudah ada “side order”! Nasi Minyak menu utama dan ‘side order” pula biasanya terdiri dari Laksa, Bubur Kacang atau Gandum, Chendol, Ais Kacang, Teh Tarik, Coco de Nata di samping kuih-muih.

Kenduri dekat rumah aku di Taiping dua, tiga bulan lepas siap dengan Beehoon Singapore dan Keropok Lekor!

Sudah semakin mewah kenduri masa kini!

Mampu tak aku menyediakan semua ini untuk kenduri perkahwinan anak jantan seorang aku itu kelak? Rasanya sekadar makan nasi talam sudah lebih dari patut!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Rope Walk sudah hilang serinya





Rope Walk sudah hilang serinya

Ini adalah tempat yang mesti aku lawat kalau berada di Penang. Dahulunya di tengah Bandar berhampiran Komtar (asal nama Rope Walk). Kini di Lorong Kulit ataupun di tempat letak kereta Stadium Negeri tetapi masih dikenali juga sebagai Rope Walk.

Semasa aku bergelut dengan Sains Pemulihan (matrikulasi) sebelum Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal PPJJ USM dahulu, aku sanggup datang dengan motosikal dari Taiping seawal 6 pagi untuk “berlibur” sejam di Rope Walk ini sebelum memasuki kelas hujung minggu pada pukul 9 pagi.

Kunjungan semalam ke Rope Walk terasa ‘kekurangannya”. Matahari sudah ”seruas dua galah” jam 8.00 pagi tetapi masih banyak petak-petak jualan belum terisi. Tidak seperti lima, enam tahun dahulu di mana jam 8 pagi sudah tidak kelihatan lagi petak-petak jualan yang kosong.

Rope Walk yang dahulunya terkenal dengan jualan lambak barang-barang lama (klasik dan antik) serta barang-barang terpakai ini mula digantikan dengan barangan plastik buatan China, aksesori hand-phone dan buah-buahan.

Begitu juga dengan Memory Lane di Horley Street, Ipoh. Cuma tempat lebih komersial ialah PJ Mall dengan ruangan kedai dan kaki lima yang lebih teratur, bersih dan selasa, yang masih mengekalkan keklasikan dan keantikan barangan yang dijual.

Terbaru ialah Little India (Penang) yang dikatakan mirip Rope Walk. Terdapatnya juga di Prai iaitu Taman Selat, di mana aku belum berkesempatan untuk mengunjunginya.

Sewaktu menikmati Ketiaw Goreng dan Mee Kari di Gerai Bintang di Pusat Penjaja Lorong Kulit ini, aku terhibur dengan alunan lagu yang dimainkan. Ingatkan dari perakam suara. Mengejutkan aku ianya datang dari sepasang lelaki (bermain muzik) dan wanita (yang mengalun lagu). Terhiburnya aku; kalah peserta-peserta Akademik Fantasia!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar;
1. Chopper yang pernah menjadi kegilaan aku semasa kecil tetapi ayah tidak mampu membelinya.
2. Penjual barangan klasik dan antik.
3. Topi Mandor Estet dan Topi Askar Malaya
4. Penyangkut dinding yang boleh mengantung dua biji bata!
5. Alunan muzik yang menghiburkan penghujung.

Ramadan sudah hampir


Ramadan sudah hampir

Selain dari keazaman (tuntutan) beribadat, ramai juga yang menanti Ramadan kerana nafsu makannya. Salah seorang darinya diri aku juga. Tetapi tidaklah “sehebat” lima, enam tahun dahulu apabila waktu berbuka tiba, sarat meja dengan makanan. Setahun dua kebelakangan ini nafsu aku sudah “mengalah”. Malah tahun lepas hampir sebulan Ramdan, aku hanya berbuka tamar sebiji dua dengan sebutir dua kuih di Masjid UUM sebelum menjamah nasi lewat malam yang juga sebagai sahur aku.

Aku terjumpa buah Enau Indonesia di Bazar Chow Rasta, Penang semalam. Buahnya berbutir besar. Jauh beza dengan Enau Siam ataupun Kabung di kampong.

Kalau dibandingkan dengan Laici atau Longan, aku akan memilih Enau. Malah kalau Ais Kacang tanpa Enau, bagi aku tidak lengkap pakejnya.

Aku pernah beli satu tin minyak gas buah Enau ini di Pasar Khatijah, Kota Bahru dan mempaketnya kecil-kecil untuk jualan, semasa aku bekerja di Silverstone Taiping dahulu.

Biasanya Enau ini menjadi kemestian di rumah aku, rumah mak aku dan juga rumah mak mertua aku takala di bulan Ramadan.

lukmanw@gmail.com

Enau Indonesia ini dijual RM 8.00 sekilo tetapi menurut sepupu orang rumah aku boleh ditawar serendah RM 5.00 sekilo.

Makan-makan Penang 29-Jun-2008


Makan-makan Penang 29-Jun-2008

Pagi - Rope Walk, Jalan Stadium

Macam biasa, aku beli buku-buku terpakai, novel, majalah lama National Geographic, Readest Diagest hampir RM 100.00. Beli kereta mainan skala kecil terpakai hampir RM 20.00 dan beli buah-buahan RM 10.00.

Selepas pusing lima, enam kali, berhenti makan Ketiaw Goreng dan Mee Kari di Gerai Bintang. Kemudian sambung pusing dua, tiga kali lagi.



Tengahari – Kenduri di Sungai Ara.

Makanan biasa Nasi Kenduri; Nasi Minyak, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca dan Acar. Tak macam satu kenduri di Trong itu, ada Kerang Rebus, Air Asam, Ulam-ulam Kampung dan Sambal Belacan!

Tapi menariknya, pekerja Catering yang beruniform lengkap dengan walkie-talkie! Makanan pula diceduk dari periuk belanga besar! Dan dimasak di situ juga.


Petang – Bazar Chow Rasta

Macam biasa beli Tahu Rendang (Tahu Goreng) dan Air Sarbat (Sirap campur isi kelapa). Orang rumah shopping kat Mydin. Aku dan anak jantan seorang aku itu naik Bazar Chow Rasta tengok buku-buku ”second hand”.

Selain Air Sarbat, di gerai sebelah terkenal dengan Halia Susu Lembu dan Barli, di mana kedua-dua minuman ini direbus di dalam periuk dengan campuran herba.

Orang rumah aku pula beli lagi sebungkus Laksa di gerai sebelah!


Malam – Nasi Kandar Line Clear

Betul le kata orang rumah aku, di Penang ini ”boleh mati” sebab makan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, June 25, 2008

Panduan kepada rerakan yang ingin pasang dua




Panduan kepada rerakan yang ingin pasang dua

Antara topik yang saya tidak mahu membicarakan sama ada serius ataupun hanya gurauan ialah beristeri lebih dari satu. Biarlah apa yang dikata atau dikutuk sesama rakan, topik inilah yang paling saya jauhi.

Ramai rerakan saya yang beristeri lebih dari satu, terutama sesama geng motorsport. Entah mengapa ramai kenalan dari geng motorsport ini beristeri lebih dari satu. Tidak pasti sama ada takdir ataupun menjadi ikutan!

Datuk (aruah) saya beristeri tujuh, hanya empat serentak. Manakala tiga lagi bercerai mati. Ayah pula saya hanya seorang, iaitu emak saya sekarang ini.

Artikel berikut adalah dari laman
http://saifulislam.com, yang mungkin boleh menjadi panduan (ataupun ingatan) kepada rerakan yang ingin pasang dua atau tiga ataupun empat!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Kenangan di Ipoh1980-1984


Kenangan di Ipoh1980-1984

Antara kenangan di Ipoh

1. Pasar Lambak “Belakang Lokin”. Kisah lanjut, klik di sini.

2. Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom depan Stesen Bas Tanjung Rambutan. Kisah lanjut, klik di sini.

The Star today 25-Jun-08

Tuesday, June 24, 2008

Tak panas ke tengok che abang dalam trek?


Tak panas ke tengok che abang dalam trek?

Bulan-bulan lepas, orang rumah aku melawat kawan baiknya semenjak sekolah menengah dahulu. Dia sekarang jadi tauke gerai aksesori wanita di sebuah R&R di Awan Besar. Aku sebagai driver dan anak jantan seorang aku itu pula boleh dianggap sebagai VVIP sebab dia duduk di belakang.

”Tak panas ke tengok che abang dalam trek?”, tanya kawan baik orang rumah aku ini setelah orang rumah aku menceritakan hampir saban minggu mengekori aku ke trek-trek perlumbaan.

Aku buat-buat tak dengar sambil pulun dengan anak jantan seorang aku itu makan Sate Kajang Hj. Samuri di R&R itu.

”Taklah!”, jawab orang rumah aku.

”Aku dan anak duduk dalam hotel sahaja. Adalah sekali-sekala ikut dia pergi trek. Dia pun tak suka aku dan anak berpanas kat trek itu”, secara jujur jawab orang rumah aku.

”Bukan panassss....... itu! Tak panas ke tengok che abang dengan ”umbrella-umbrella girls?”, tanya kawan baik orang rumah aku ini.

Ohhh, sudah ada orang mahu ”tuang minyak” kat orang rumah aku.

Orang rumah aku terdiam. Aku curi-curi tengok anak matanya menjeling kepada aku. Aku buat-buat tak dengar sambil terus pulun celup sate dalam kuah.

”Makan, makan, tak cukup ayah order lagi!”, sahaja aku buka tajuk cerita lain kat anak jantan aku seorang itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar; tengok betul-betul - tak adapun diri aku dalam gambar kedua itu!

RFC Sungai Petani





Kisah lanjut klik di sini. Gambar-gambar di atas adalah diterima melalui email.

Monday, June 23, 2008

Tanjung Malim Yik Mun 22-Jun-08

Nasi Goreng untuk ibu

Ketiaw Goreng untuk ayah

Beehon Goreng (Tambah telur mata kerbau yang masih meleleh!)
untuk anak jantan seorang

BB Bangi 21-Jun-08

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol dengan Timun Bendang (Pasar BBB)


Rezeki dari kolam (Simpang Hotel Equatorial)

Uzur (Pasar BBB)


Race GT Bangla (BBB)


Masih belum merdeka (Pasar BBB)

Wednesday, June 18, 2008

Gula dikerumuni semut-semut


Gula dikerumuni semut-semut

Mungkin itulah yang boleh digambarkan jika ada kedai atau gerai di tepi jalan di mana bersusun-susun kereta di hadapannya.

Sudah menjadi lumrah aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu akan memberhentikan kereta jika ternampak mana-mana kedai atau gerai di tepi jalan di mana bersusun-susun kereta di hadapannya.

Kedai “Bendang Londang Nasi Ikan Bakar” yang terletak 50 km dari Ipoh dan 10 km dari Traffic Light Bota Kanan ini umpamanya, disinggahi kami sekeluarga beberapa tahun lalu (rasanya 2005) semasa dalam perjalanan ke Lumut.

Memandangkan banyak kenderaan (kereta, lori dan juga bas TLDM!) berhenti di hadapan kedai ini, kami juga terasa ingin singgah.

Hidangan yang kami pilih untuk makan tengahari hari itu ialah seekor ikan Keli, seekor ikan Kembung dan sekerat ikan Terbuk dengan kesemuanya dibakar, Seekor Keli Masak Lemak, Seketul Ayam Masak Merah, dua jenis sayur, dua gelas Sirap dan segelas Teh-Cina (Ya! Kedai Melayu ini ada Teh-Cina!). Selepas “cuci calat”, peniaga yang mengiranya menyebut RM 15.00. Terkejut juga aku yang telah bersedia dengan tiga keping duit merah!

Aku menceritakan kedai ini kepada beberapa kenalan yang juga kaki makan (bukan ke mulut makan!). Rupa-rupanya kedai “Bendang Londang Nasi Ikan Bakar” memang terkenal terutama kepada warga TLDM.

Bulan Mac lepas dalam perjalanan ke KL, sengaja aku memilih laluan Taiping, Pantai Remis, Teluk Intan, Kuala Selangor, Kelang untuk ke KL setelah jemu dengan lebuhraya, kami singgah lagi di kedai ini.

Agak terkejut kerana keadaannya lenggang! Setelah menikmati makan tengahari dan beredar dari kedai itu baru aku perasan ada sebuah kedai baru tidak sampai 100 meter dari kedai “Bendang Londang Nasi Ikan Bakar” ini yang penuh sesak dengan pelanggan.

Mungkin lain kali aku akan singgah kedai baru ini.

Mungkin juga gula yang lama itu sudah kehabisan manisnya, maka semut-semutpun mengerumuni gula yang baru!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pantang makan kambing?

Pantang makan kambing?

Pantang (tak boleh) makan atau pantang (jumpa) makan kambing?

Sebenarnya Sup Campur Pilih Sendiri Chow Kit dengan campuran ayam kampung, daging kambing, perut dan urat lembu adalah menu pilihan kami sekelurga iaitu aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu. Tetapi daging kambing hanya untuk aku seorang!

Antara beberapa penyakit yang aku ada (aku redha) ialah “darah rendah”. Dalam banyak-banyak penyakit yang tak boleh makan itu dan tak boleh makan ini, aku rasa “darah rendah” adalah penyakit yang “kena makan itu” dan “kena makan ini”.

Semasa di tahun-tahun terakhir aku di Silverstone Taiping (2004-05), aku sering pening-pening. Ingatkan “darah tinggi” tetapi sebaliknya pula! Sekali itu aku rebah di dalam lift di Hotel Vistana, KL. Mujurlah ada atlit-atlit sukan dari Thai yang kebetulan ada acara sukan di KL bersama-sama di dalam lift itu yang memapah aku keluar lift.

Aku ke klinik berdekatan hotel. Terkejut apabila diberitahu tekanan darah aku 70/60 mm/Hg. Doktor yang merawat mengesyorkan aku “lebihkan” sedikit garam dalam permakanan aku.

Maka bermulalah aku dengan senarai pemakanan baru. Ada yang syorkan kena makan banyak makanan laut terutama kerang rebus separuh masak, seafood (nampaknya kena pergi makan seafood kat Gerai Haram William lagi minggu ini!), pedal dan hati ayam, kambing dan sebagainya.

Kemudian aku bekerja di Kulim, di mana di sini hampir dua, tiga bulan sekali kami (pekerja-pekerja beberapa kilang di sini) akan kenduri kambing panggang! Bukan makan di restoran, di kilang atau di rumah, sebaliknya hanya mencangkung di sebuah taman rekreasi yang berdekatan.

Seekor kambing panggang di-order khas dari Mahang oleh Haji Muda dari Intel. Segala maneka isi perut dan tulang kambing pula akan dibuat Dalca campur pelbagai umbut dan sayur. Siap dengan Roti Canai. Geng Celestica seperti, Zahari bawa lima, enam buku Roti Benggali Kulit Keras dari Penang. Edi bawa Tea-O Panas (dari kantin kilang), Air Mineral, Senduk dan Sudu, Plastik Sampah dan Paper Lama. Shuhaimi bawa Limau Nipis dari kebunnya. Shukri bawa parang dan pisau. Aku pula macam biasa bawa segala maneka pinggan dan mangkuk polysterene. Lima, enam orang lagi kami jemput bawa perut sahaja. Kos kenduri ini kami kongsi bersama.

Alhamdulillah selama hampir dua tahun bekerja di Kulim dan perkena kambing dua, tiga bulan sekali, aku telah ”melupai” penyakit ”darah rendah” ini. Pening-pening pun tak ada lagi.

Setahun di Ipoh, aku mula belajar sekurang-kurangnya sebulan sekali makan kari kambing di Medan Dato Sagor depan Masjid Negeri kalau tak pun di Nasi Daun Pisang Stadium.

Di Changlung bulan puasa tahun lepas aku terjumpa Nasi Jagong dengan Kari Kambing. Rupa-rupanya kalau bukan puasa, abang ini menjualnya di kedai tepi jalan berdekatan jejantas di Pekan Changlung. Nasi Jagongnya mula dijual seawal 7 pagi hingga 2 petang. Bukan sahaja Kari Kambing, Kari Itik Nila dan Ayam Kampung pun ada.

Kalau sapa-sapa lalu Pekan Changlung, sebaik sahaja lepas Pam Minyak Petronas akan ternampak jejambat. Kedai Nasi Jagong ini di sebelah kiri jalan selepas jejambat berhadapan sebuah hotel kecil (Hotel Tandop). Biasanya bersusun kereta dan lori berhenti makan pagi dan tengahari di sini. Geng kastam, imigresen dan PPH mesti ada setiap pagi di sini.

Sesiapa yang pantang jumpa kambing, mai le perkena Kari Kambing kat sini. Gerenti syok punya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, June 17, 2008

Bakal Tok Besan aku ada Ferrari

Bakal Tok Besan aku ada Ferrari

Entah mengapa keluarga kenalan orang rumah aku yang tinggal di kawasan peranginan Port Dickson ini minat betul kepada anak jantan seorang aku itu. Sampaikan sering ”di-padan-padan-kan” dengan anak perempuan bongsu mereka itu. Kebetulan kami sekeluarga pernah singgah di kediaman mewah keluarga ini pada beberapa tahun lepas setelah beberapa kali dijemput.

Aku teringatkan kisah ini apabila semalam aku masuk ke bilik anak jantan seorang aku itu. Di samping puluhan (mungkin juga ratusan) koleksi kereta-kereta berskala kecil itu, tersusun rapi deretan kereta merah Ferrari.

Bagaimanapun hanya koleksi Ferrari berwarna merah dan satu berwarna hitam menjadi miliknya. Tiada berwarna kuning seperti bakal pak mertuanya itu.

Setidak-tidakpun aku juga mampu “membeli’ Ferrari untuk anak jantan seorang aku itu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Teka yang mana satu Ferrari berwarna hitam? Jawapannya klik di sini.

Sebahagian koleksi yang lain.