Thursday, June 05, 2008

Dua ratus tujuh puluh sen seliter

Posting berikut dari seorang sahabat; bluehikari, blog beliau; http://www.bluehikari.com/. Beliau adalah bekas pelajar di Jepun.

Dua ratus tujuh puluh sen seliter mulai tengah malam ini. Timbal baliknya hanya enam ribu dua ratus lima puluh sen setahun dibayar kembali semasa kita memperbaharui cukai jalan. MasyaAllah, ia tak memadai langsung dengan kenaikan mendadak tujuh puluh lapan sen itu!

Kalau di Jepun harga seliter petrol sekarang ialah 170 yen, tetapi perlu diingat gaji graduan universiti lebih kurang 220,000 yen. Manakala, di UK harga seliter mungkin 1 pound lebih, tetapi gaji pembaca meter sahaja sudah mencecah 2,000 pound sebulan. Maka mereka boleh survive kerana harga petrol berkadar terus dengan gaji mereka. Malah, pengangkutan awam seperti densha (keretapi elektrik) dan tram mereka sangat cekap dan melalui hampir keseluruhan pusat bandar tanpa perlu menaiki bas perantara. Jadi mereka tidak perlu mempunyai kenderaan pun. Cuba bayangkan dengan harga seliter RM2.70 di Malaysia dengan gaji graduan Malaysia rata-rata bermula dengan RM1,800! Sungguh membebankan. Macamana pula kalau kalangan mereka yang gaji dibawah RM1K sahaja? Itu belum ditambah dengan anak yang ramai. Pastinya selepas ini, akan diikuti dengan harga tambang bas, tarif elektrik, harga barang dan macam-macam lagi.

Pak Menteri bolehLAH. Kenderaan sendiripun dibayar minyaknya. Aku cadangkan turunkan gaji menteri menjadi sekitar RM5K sahaja. Boleh atau tidak mereka survive seperti rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah seperti kita. STUPIDLAH!

* Stesen minyak di kawasan rumah aku dipenuhi kenderaan yang beratur panjang!

No comments:

Post a Comment