Saturday, June 14, 2008

Sup Campur Pilih Sendiri di Chow Kit

Sup Campur Pilih Sendiri di Chow Kit

Minggu lepas Jumaat Malam Sabtu, perkena Seafood Gerai Haram William di Taman Mayang Jaya, SS 25, PJ.

Esoknya pula lepas habis kerja aku di Bangi, aku singgah Chow Kit belakang Hotel Putra Muda beli Sup Campur Pilih Sendiri. Seperti biasa dibeli bungkus untuk makan di dalam bilik hotel. Biasanya aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu menginap di Hotel Vistana ataupun Hotel Kualiti. Minggu lepas di Hotel Vistana kerana Hotel Kualiti penuh.

(Hotel Vistana sudah hampir lebih 15 tahun aku "berumah-berbilik" di situ sehingga hampir semua kakitangannya mengenali kami tiga beranak. Di sini juga hampir dengan Stesen LRT dan Monorail. Kelebihan Hotel Kualiti pula dengan sarapannya beraneka dan dekat dengan Sogo, Komplek Pertama memudahkan orang rumah dan anak jantan seorang aku meronda sementara aku sibuk dengan kerjaku)

Kalau minta Sup Campur biasanya akan diberi Sup Ayam dengan segala maneka organ-organ dalaman ayam seperti hati, pedal dan telur. Aku lebih suka Sup Campur Pilih Sendiri.

Sup Campur Pilih Sendiri ini terpulang kepada citarasa sendiri. Biasanya aku ambil;

1. Sepeha ayam pencen
2. Lima, enam kecil daging kambing
3. Sekeping perut lembu (perut kitab)
4. Seulas urat lembu

(Harga RM 8.00, kalau minta tambah sebungkus kuah lagi harga tidak kira!)

Kemudian aku beli sebuku roti Gardenia. Kalau dapat Roti Benggali dengan kulit kerak keras lagi bagus!

Memang
cuci calat sup dan roti ini kami tiga beranak bersila dalam dalam bilik hotel. Lepas makan masing-masing tersandar kekenyangan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment