Saturday, July 12, 2008

Ahmad Nazri, the Great Defender

Aruah semasa hayatnya sering bersarapan dengan aku di Kopitiam Loke Sun ini. Kopitiam ini sekarang ini diambil aleh oleh Restoran A Rahman (bersebelahan Pejabat Daerah)

Ahmad Nazri, the Great Defender

Aruah Ahmad Nazri adalah seorang pemain bolasepak kebangsaan era 60an/70an. Bermain di posisi pertahanan, aruah juga mewakili Perak.

Aku pernah menulis kisah aruah di dalam sebuah website awal tahun 2000an. Selepas bersara dalam lapangan bolasepak, aruah bertukar minat ke tenis dan turut menjadi jurulatih tenis kepada remaja di Taiping.

Kebetulan rumah aruah tidak berapa jauh dengan rumah orangtua aku di Taiping. Malah aku juga mengenali beberapa anak aruah dan pernah bekerja dengan menantu aruah yang juga merupakan seorang yang aktif dalam motorsport

Aku berkesempatan menziarah mayat aruah semasa malam hari kematiannya pada 2-Disember 2007 lalu.

Al Fatihah untuk aruah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment