Thursday, July 17, 2008

Air Kacang Soya Taiping



Air Kacang Soya Taiping

Gambar atas sekali itu Taiping Soya di Plaza Perbandaran Taiping. Kalau Biras aku yang kerja Proton itu balik Taiping mesti singgah minum dan siap beli bungkus lagi Air Kacang Soya ini.

Sebelum ada plaza, gerai ini di tempat terbuka di antara dua supermarket (Larut Matang dan Cartoon), kemudiannya pindah ke tapak pasar.

Satu lagi tempat favourite dia ialah belakang Bomba. Gerai hujung memghala ke bekas tapak Panggung Cathay itu.

Gerai favourite aku pula di Pekan Kamunting (gambar dua). Aku start minum kat sini semenjak zaman sekolah lagi. Rasanya semasa itu Nyonya ini jual hanya 20 sen segelas. Sekarang sudah 50 sen.

Berdiri sebelah Nyonya itu ialah Abun, penjual ais batu di Kamunting yang aku kenal semenjak sekolah rendah lagi. Sekarang ini Abun bukan sahaja ada lori tapi ada bungalow dengan dua, tiga biji kontena simpan ais batu di halaman corner lot rumahnya.

Jual ais batupun boleh kaya raya! Malah boleh ”awet muda” lagi! Macam itulah rupa Abun 30 tahun dahulu.

Gambar tiga pula Restoran Air Kacang di Taiping. Aku tak pernah minum di sini tapi aku tahu ada seorang ”ladyboss” Nyonya Tauke Minyak Castrol yang ulang-alik Penang-KL akan singgah minum Air Kacang Soya di sini dan beli Popiah Tai Chen setiap kali lalu Taiping.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.

Rupa-rupanya penjual Air Kacang Soya ini ”sentiasa main ais” iaitu pastikan Air Kacang Soya itu sentiasa sejuk dengan timbunan ais batu dalam bekas air.

No comments:

Post a Comment