Tuesday, July 15, 2008

Durian Batu Kurau sudah luruh


Durian Batu Kurau sudah luruh

Selepas makan kenduri, dalam perjalanan balik ke Taiping, emak aku telefon suruh datang ambil durian di rumahnya di Kampung Pinang. Rupa-rupanya emak baru balik dari Batu Kurau dengan adik aku yang jadi tauke farmasi di Kampar itu.

Durian ”kebun bapak” sudah luruh!

Banyak-banyak durian dari kebun bapak aku, kebun tok mak aku dan durian-durian dari kebun-kebun sewaktu dengannya di Batu Kurau ini, buah durian dari kebun bapa aku di Batu 14 Changkat Lobak, Batu Kurau ini ”tiada tandingan”nya. Bukan hendak ”masuk bakul angkat sendiri” tapu isinya kuning berkilat, gebu semontok dan baunya berdengung satu rumah. Kalau bubuh dalam kereta, mau tiga, empat hari tak hilang baunya.

Paling unik buah durian dari kebun bapak aku ini ialah mudahnya diumpil kulitnya. Pakai gunting boleh, malah pakai ”screwdriver” pun boleh!. Rasa-rasanya kokak pakai gigipun boleh! Nak kata ianya sudah merekah, tidak juga.

Tetapi aku tidak berapa ”berahi” dengan buah durian la ni. Anak jantan seorang aku itu lagilah. Baunya pun tidak digemarinya!

Hanya orang rumah aku seorang itu yang masih boleh tahan seleranya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment