Monday, July 07, 2008

Genap setahun dan mula menuai hasil

Genap setahun dan mula menuai hasil

Pada 25 Jun lalu genaplah setahun aku memblog. Bermula dengan satu blog; The Journey
pada 25-Jun-2007, aku berpindah kepada dua blog iaitu; OSH The Journey, OSH dan Orang Kecil Orang Besar, OKOB pada 17-Mac-2008.

Kemudian respons daripada kekawan alumni, aku terbitkan satu lagi blog; Izzuddin 8084.
Juga respons dari kenalan terutama yang baru belajar memblog, aku terbitkan blog khas panduan memblog iaitu; Manafaat Blog.

Pada bulan lepas juga kali pertama aku mendapat Cek Bayaran dari Nuffnang. Aku tidak pasti sama ada bayaran itu berdasarkan penghujung dari kedua-dua blog OSH dan OKOB atau hanya salah satu darinya. Ini kerana hanya blog OSH dan OKOB sahaja aku daftarkan dalam Nuffnang.

Walaupun sekadar bayaran asas, aku menganggapnya sebagai penghargaan kepada usaha aku memblog.

Terbaru pada 5-Jul-2008, aku menerima email dari Nuffnang memaklumkan Digi telah memilih Blog OSH untuk pengiklanan produk mereka selama seminggu dari 27-Jul-2008 hingga 2-Ogo-2008.

Sebenarnya sebelum ini Blog OSH agak perlahan dan suram penghujungnya jika dibandingkan dengan Blog OKOB. Mungkin kandungan Blog OSH agak akademik menyebabkan ianya menjadi tumpuan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Bagaimanapun kebelakangan ini penghujungnya mula meningkat dan kehadiran beberapa penghujung kerap dari luar negara seperti Amerika, Jerman, Australia, Jepun, Hongkong, Singapura dan Indonesia telah meningkatkan lagi jumlah penghujungnya.

Ini adalah catatan bilangan penghujung sehingga hari ini;

Blog OSH; 3,169 penghujung dengan 103 posting.
Blog OKOB; 3,986 penghujung dengan 156 posting.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penghujung yang telah, sedang dan akan menghujungi mana-mana blog milik aku.

Apa yang baik jadikan teladan.
Apa yang buruk jadikan sempadan.
Manafaatkan setiap kunjungan anda.


lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: