Wednesday, July 02, 2008

Hitam, hitam sitampok mangis


Hitam, hitam sitampok mangis, hitam sikit banyak yang manis
Hitam, hitam sitampok mangis, luarnya hitam, isinya puteh

Hitam, hitam buah mangis, di luar hitam di dalam manis
Hitam, hitam bontot kuali, sudahlah hitam tak berguna pulak tu


Aku balik rumah bujang di Changlung malam tadi sekitar 12.00 tengah malam. Ternganga beg plastik besar di ruang tamu berisi rasanya dekat 20 biji buah mangis. Tentu rakan ”sebujang” yang bekerja di sebuah agensi pertanian ini yang membawa balik.

Prinsip kami ”sebujang” mudah sahaja. Kalau benda ”ternganga” itu makna dipersila-silakanlah.

Begitu juga yang diamalkan di ”pantry” di pejabat aku bekerja. Kalau ada makanan di atas meja, dipersila-silakan. Tidak perlu menunggu dijemput.

Bulan lepas seorang rakan menghantar email yang beliau kini terlibat dalam jualan langsung produk minuman kesihatan berasaskan kulit buah mangis dari luar negara.

Aku tanya seorang rakan yang terkenal dengan penghasilan komersial herba-herba ini. Mengapa kita tidak boleh buat sendiri minuman kesihatan berasaskan kulit buah mangis ini. Rupa-rupanya bekalan yang sedia ada tidak mencukupi serta buahnya pula bermusim menyukarkan untuk dikumpulkan dalam kuantiti yang banyak dan sedia ada.

Antara pokok yang aku boleh panjat ialah pokok mangis kerana cabangnya yang banyak. Teringat aku sebuah kisah (ada sedikit unsur SX18!) yang berkaitan dengan cabang pokok mangis ini.

Di sebuah kampung ada seorang janda yang tinggal berdua dengan anak gadisnya yang berusia 10 tahun. Di hadapan rumah mereka ada sebatang pokok mangis yang sedang berbuah. Oleh kerana dahannya yang merindang, anak gadis ini selalu memanjat dan memakan buah mangis di atas salah satu cabangnya.

Suatu hari jiran mereka Wak Parjo melintasi bawah pokok mangis tersebut. Terkejut Wak ini apabila kulit mangis terjatuh dan hampir mengena kepalanya. Wak pun mendongak ke atas.

’Astarfirullah!,” beristifar Wak apabila terpandang anak gadis tadi yang sedang terkangkang di atas salah satu cabang pokok mangis itu.

”Ke mari nak”, panggil Wak sambil menghulurkan RM 5.00.

”Ambil wang ini dan belinya ”spender”. Gantikan kau yang punya koyak itu”.

Si anak berlari girang masuk ke dalam rumah dan menceritakan kepada ibunya. Ibunya terfikir, kalau si anak kecil mendapat RM 5.00 untuk seluar dalam baru, tentu kalau dia akan mendapat lagi banyak wang.

Esoknya si ibu memanjat pokok mangis ini dan menantikan kedatangan Wak Parjo. Apabila Wak Parjo melalui di bawah pokok mangis ini, si ibu membalingkan kulit mangis.

”Astarfirullahu-azim!,” beristifar Wak bukan sekali tapi berulang-ulang kali apabila terpandangkan si ibu yang sedang terkangkang di atas salah satu cabang pokok mangis itu.

”Ke mari kau”, panggil Wak sambil menghulurkan 20 sen.

Keheranan si ibu lalu bertanyakan kepada Wak Parjo.

”Semalam anak saya dapatnya RM 5.00 untuk ”sepender baru”! Tidak mungkin saya hanya dapat 20 sen!”.

Wak menjawab;

”Wak bagi 20 sen bukan untuk untuk dibeli ”sepender” tapi untuk dibeli pisau cukur. Perlu ditebas rumput-rumput yang semak itu.”

The End

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment