Tuesday, July 01, 2008

Kuntum-kuntum bunga menanti untuk dimiliki





Kuntum-kuntum bunga menanti untuk dimiliki

Setiap pagi aku melintasinya
Setiap pagi gadis ini akan tersenyum
Setiap pagi aku akan teragak-agak
Setiap pagi gadis ini akan mengagak-agak

Adakah lelaki ini akan singgah di geraiku?
Adakah lelaki ini akan membeli bungaku?
Adakah lelaki ini miliki seseorang yang dicintai?
Adakah lelaki ini miliki seseorang yang dikasihi?

Untuk diberi sekuntum dua bunga yang aku jual.

Berapa harga sekuntum?
Seringgit tiga puluh sen

Berapa lama ianya segar?
Seminggu dengan harian disirami air

Mengapa tiada bunga Ros?
Ros harganya mahal dan segarnya hanya tiga hari

Maafkan aku wahai seseorang yang dicintai
Maafkan aku wahai seseorang yang dikasihi

Bunga yang ada, tiada yang dapat mengambarkan cintai dan kasihku
Ros mu yang mahal, segarnya hanya tiga hari

Ingin aku mempersembahkan bunga plastik
Harganya murah dan segarnya sepanjang masa
Tapi cinta dan kasihku bukan plastik

Maafkan aku wahai seseorang yang dicintai
Maafkan aku wahai seseorang yang dikasihi

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Perbualan yang tiada dalam rangkap di atas;

Apasai ane ambil gambar?
Saya mahu tanya aci dulu, mana bunga dia mahu!

No comments:

Post a Comment