Wednesday, July 16, 2008

Rinduku pada kueh sekupang


Rinduku pada kueh sekupang

Aku tidak ingat bila paling akhir aku beli Cucur Badar dan Karipap ‘sekupang satu’ yang dijual oleh Pakcik Mei dan isterinya di kepala jalan masuk Kampung Jana (berhadapan kem askar) ini.

Semasa aku ketika masih kerja di kilang tayar awal 2004, aku sering “memborong” Cucur Badar dan Karipap ‘sekupang satu’ ini untuk perserta-perseta sesi latihan di tempat kerja. Itupun kena “booking” sehari awal. Permintaannya tinggi terutama dari Kolej Telekom, pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Pakcik Mei dan isterinya hanya mengoreng dan menjual Cucur Badar dan Karipap ‘sekupang satu’. Manakala kuih-kuih yang lain dijual secara “komisyen” iaitu diletak oleh pembuat-pembuat kuih.

Aku berjumpa Pakcik Mei dan isterinya di klinik beberapa bulan lepas.

“Sekarang Pakcik dan Makcik meronda melawat cucu sahaja.”, jawab Pakcik Mei (Haji) apabila aku tanya buat apa sekarang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar. Gerai Kereta Sorong Pakcik Mei. Manakala gambar bawah ialh kuih-kuih yang turut dijualnya. Gambar Cucur Badar dan Karipap ‘sekupang satu’ tiada dalam simpanan.

No comments:

Post a Comment