Thursday, July 10, 2008

Tunjuk bontot (Muka ditunjukkan bontot!)

Tunjuk bontot (Muka ditunjukkan bontot!)

(Siratan ini tiada kena-mengena dengan isu “tunjuk bontot” baru-baru ini)

Penghujung 90an, aku bawa group 4x4 ke Phuket. Group ini ikut trip consider Family Outing. Adalah juga “sikit-sikit” obstacles macam masuk sungai (anak sungai), lalu titi kecik, naik bukit, turun bukit dan tebing senget.

Ramai yang bawa family, siap dengan anak kecik yang masih menyusu pun ada!

Sesampainya di Phuket sebelah malamnya acara bebas. Tetapi ramai juga yang hendak pergi meronda dalam group. Member aku buat agenda lawat satu pusat hiburan. Sebelum itu dia sudah terangkan “apa yang ada” dalam pusat hiburan ini. Tapi semua kata ok. Kaum bapa memanglah awal-awal lagi kata ok. Kaum ibu pula heret anak-anak kecik masuk sekali.

Rupa-rupa ada “pertunjukan harimau”! Harimaunya seekor tapi multi-jantina. Jenuh harimau ini peluk tiang besi berkilat yang ada atas ”stage” tapi tak naik-naikpun.

Tiba-tiba harimau multi-jantina ini merangkak manja ke tepi stage. Ada seorang kaum ibu pula duduk betul-betul tepi stage dengan anak-anaknya. Suami kepada seorang kaum ibu ini pula entah ke mana perginya.

Tanpa disangka-rable, harimau ini membelakangkan bontot menghadap ke audience dan melondehkan seluar kecik yang dipakainya. Rasa-rasanya adalah tak sampai sejengkai jarak bontotnya ke muka seorang kaum ibu ini. Nasib baik dia tidak “mendepankan” bahagian depannya semasa melodehkan seluar keciknya. Kalau tidak tentu “terpancul ekornya” (jika ada)!.

Apa riaksi seorang kaum ibu ini?

“Coih, coih, suwei, suwei.................”

“Ini macam satu lahun beli lombor pun talak kena............”


Nasib baik akupun tak beli nombor. Kalau tidak setahun tak kena nombor itu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment