Friday, July 11, 2008

Tunjuk bontot (Periuk nasi jangan sepak!)

Tunjuk bontot (Periuk nasi jangan sepak!)

(Ini siri terakhir kisah-kisah “Tunjuk bontot”- sudah ada yang respons kata aku “gila bontot”!)

Dua, tiga tahun lepas ada kenalan aku yang juga ketua jabatan di agensi kerajaan di Taiping, dijemput membuat operasi bersepadu mencegah maksiat di Taiping. Operasi di waktu malam ini melibatkan polis, pihak berkuasa tempatan, pejabat agama dan beberapa buah agensi kerajaan.

Antara kawasan sasaran mereka ialah Taman Tasek Taiping. Taman Tasek Taiping ini adalah taman rekreasi tertua di Malaysia. Jika siangnya sibuk dengan manusia yang berekreasi atau berlibur, di waktu malamnya ”sibuk” dengan kegiatan-kegiatan yang sudah sinonim dengan sewaktu dengannya. Ini yang menyebabkan ada yang mengelar kawasan ini ”Taman Seri Kulum” dengan cerita-cerita ”untuk aircorn hanya perlu tambah 10 sen”, dan sebagainya.

Berbalik kepada kisah operasi bersepadu yang diceritakan kenalan aku ini. Kalau dia tipu aku, aku pula akan menipulah yang membaca siratan ini. Tapi kenalan aku ini memang terkenal apa yang dituturnya adalah benar dengan segala-galanya benar belaka.

Semasa operasi, pekerja-pekerja di ”Taman Seri Kulum” ini bertempiran lari. Ada yang dapat ditangkap. Malah ada yang terjun ke dalam tasek! Salah seorang yang dapat ditangkap itu mengeluarkan ”langkah pencak kung-fu” terhadap pihak berkuasa yang menahannya. Jangan hairan kalau kederat mereka ini mengalahkan lelaki normal.

Semasa ”berpencak kung-fu” itu, pihak berkuasa yang terpaksa mempertahankan diri ini dapat melayangkan satu ”flying-kick” dan terkena bontot pekerja ”Taman Seri Kulum” ini.

Hendak tahu apa kata pekerja ”Taman Seri Kulum”?

”Abang nak sepak saya kat mana pun tak apa! Periuk nasi saya jangan sepak”; dengan suara yang garau dan kemarahan-marahan. Tak pasti semasa itu dia turut kemalu-maluan!

Auwwwww...............

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment