Tuesday, August 26, 2008

Malam Pesta Jiwa di Ipoh










Malam Pesta Jiwa di Ipoh

Dalam perjalanan balik dari KL pada Jumaat lepas, aku, isteri aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu singgah di Ipoh. Sempat makan Sushi di Jusco dengan Food Courtnya yang telah diubah-suai. Agak menarik dan lengkap dengan “Child Play Area”. Sempat juga beli baju seluar raya anak jantaan aku seorang itu.

Kemudian bergegas ke Rumah Yayasan Kesenian Perak di Taman Seri Dermawan. Taman ini mulanya aku tak perasan di mana tapi Tasek Timur ini aku tahu letaknya di belakang Makro.

Persembahan bermula dengan acara selingan pemainan gendang remaja yang menghiburkan. Kemudian diikuti oleh Bapa Suhaimi Haji Muhammad. Aku memang mengikuti karya-karya beliau tetapi agak sukar untuk “memahami” dan “menaksirkannya”. Lebih mudah bagi aku untuk bermain dengan karya-karya Pyanhabib.

Aku sempat berbual-bual dengan Sdr. Pyan. Dia memilih untuk bersila di halaman rumah. Suasana gelap menyukarkan aku untuk mengambil gambarnya. Sempat juga memintanya mencatatkan suatu dalam sebuah buku yang aku beli.

Aku menyambung perjalanan ke Pulau Pinang selepas Rahmat Harun membuat persembahan puisi. Ketika itu jam sudah hampir 11.30 malam. Pyan, Hishamuddin, Meor, Nan dan beberapa orang belum membuat persembahan.

Di dalam kereta, aku mengenangkan beberapa siri perjumpaan dengan Pyabhabib di rumah Anak Alam di KL semasa pertengahan tahun 80an dahulu. Anak jantan seorang itu pula sibuk membelek beberapa buah buku yang sempat aku beli seperti Sejarah Melayu , Memoir Rashid Maidin, Memoir Abullah CD dan beberapa buah buku karya blogger-blogger lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkeciloramgbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment