Wednesday, September 24, 2008

Alhamdulillah, duit raya dari Pak Lah

LATEST:10 sen cut in fuel price
24-Sept-2008, by NST NEWSDESK (updated: 5:01pm)

KUALA LUMPUR, WED

THE PRIME Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has announced that the Cabinet has agreed to a further reduction of 10 sen per litre for fuel effective midnight today. He said it is the lowest the Government could give.

On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.

The government had announced on Aug 1 that pump prices would be adjusted according to world crude oil prices on the first day of each month, starting Sept 1.

A minimum subsidy of 30 sen a litre and a ceiling price of RM2.70 a litre for petrol had been fixed until at least the end of the year.

The government had cut crippling fuel subsidies on June 5, resulting in the petrol price rising from RM1.92 to RM2.70 per litre.

Meanwhile, Benama quoted economist Datuk Zainal Aznam Yusoff as saying that the government may lower the price of fuel by as much as 15 sen.

Zainal, who is also a member of the Economic Council of Malaysia, said the government was likely to announce the new price after the Cabinet meeting today.

Sekarang kita sudah “kosong-kosong” ye!

Sekarang kita sudah “kosong-kosong” ye!

Bermaafan semasa raya lebih kepada tradisi!

Bukan aku cakap tapi seorang penceramah bebas di TV3 minggu lepas.

Kalau lelaki ada yang acuh tak acuh menyalam. Terutama yang disalam ialah kanak-kanak, maklumlah salam ada makna!

Kalau perempuan pula mesti ada “stail”! Badan kena bongkok sikit. Hujung jari dua-dua belah tangan kena dilentikkan. Sama lentik dengan punggung. Lentik ke tongek? Kalau boleh tumit sebelah kaki diangkatkan. Jangan angkat dua-dua belah kaki, nanti jatuh pula!


Ini aku tambah bukan penceramah bebas itu yang cakap! Kalau dia penceramah bebas, aku pula bebas berceramah!

Mengapa dikatakan tradisi? Kata penceramah bebas itu lagi, tatatusila (macam prosedur le!), bermaafan ini mestilah dizahirkan dengan apa yang perlu dimaafkan. Tak boleh maaf macam itu-itu sahaja. Jadi trend pula sekarang ini bila mohon maaf kena ada ayat; sekarang kita kosong-kosong ye!

Memohon maaf kena dinyatakan apa kesilapan, kesalahan, kekhilafan dan apa yang ter, ter, lagi yang telah dibuat. Itu barulah namanya minta maaf.

Agaknya sesi maaf-maafan ini boleh jadi ala-ala “Jejak Kasih TV3”. Lagi afdal kalau siap dengan senarai bercetak apa-apa yang perlu dipohon untuk kemaafan.

Moral of the story; Jangan cakap sebab utama nak balik raya ialah nak minta maaf dari orang tua atau dengan kaum kerabat yang lain. Mengapa nak tunggu raya baru nak minta maaf. Kalau ajal sebelum raya alamatnya tak sempatlah nak minta maaf!

Maaf kalau aku cakap, inilah puak yang “memenuhkan” jalan raya pada hari raya (sebelum dan sesudah) malah inilah puak yang “beraya sakan” di hari raya selepas minta maaf. Maklumlan “kita sudah kosong-kosong”!

Klik di sini untuk posting; “Mengapa mahu pulang ke desa semasa hari raya?” Hari lain tak boleh ke?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Thursday, September 11, 2008

Lelaki sempurna

Lelaki sempurna

Aku membaca rencana ini seawal padi tadi jam 1 sewaktu bersahur di sebuah gerai di Changlung. Rasanya hendak aku telefon orang rumah seorang aku itu di Taiping ketika itu juga agar meminta membacanya bersama.

“Abang ini tak romantik le!” pernah sekali di tahun-tahun pertama perkahwinan kami orang rumah seorang aku itu memberitahu aku.

Memang aku akui; seingat-ingat aku, aku tidak pernah membelikan bunga untuk dia. Jauh sekali berlian permata atau emas berkilau, yang ada hanyalah sebentuk cincin pertunangan dan sebentuk cincin perkahwinan.

(Lupa hendak dinyatakan, buah loket emas sempena 10 tahun berkhidmat di kilang tayar pada awal 2000 dahulu aku berikan kepadanya dan sehingga kini masih kemas di lehernya dengan seurat rantai leher)

Kadang-kadang aku terlupakan tarikh perkahwinan kami. Mujurlah kami berkahwin tiga hari sebelum menjelangnya tahun baru.

Kadang-kadang ucapan (bersertakan hadiah) tarikh lahirnya juga lewat sehari-dua diucap.

Banyak lagi yang boleh digambarkan aku sebagai lelaki “tidak sempurna”.

Perlukah aku menjadi “lelaki sempurna”?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, September 10, 2008

Bapa, terompah dan cebuk air

Bapa, terompah dan cebuk air

Antara ingatan yang mendalam aku pada bapa ialah sifatnya yang suka bersedekah terompah dan cebuk air ke surau atau masjid.

Caranya bersedekah agak unit. Dia akan datang seawal mungkin sebelum masuk waktu untuk membawa beberapa terompah dan cebuk air ini. Kadang-kadang dia pergi waktu pagi selepas balik pasar.

Terompah yang dibelinya dari pelbagai saiz dan biasanya dilebihkan kepada saiz yang besar. Terompah dan cebuk air ini pula akan ditanda nama surau atau masjid berkenaan. Terompah itu akan dipotong sedikit di bahagian tumit di kedua-dua belah. Manakalah cebuk air pula akan ditandakan dengan Pen Marker Art Line.

Ketika itu aku hanya menganggap amalan ini hanya amal jariah dia. Tetapi kunjungan aku ke Klinik Ananda minggu lepas memperlihatkan kematangan bapa terhadap isu-isu keselamatan, kesihatan dan hygiene di mana sekarang ini adalah menjadi bahan untuk pengajaranku.

Oh! Bapaku seorang pengamal OSH rupanya.

Klik di sini untuk kisah lanjut.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

*Doaku agar aku mewarisi sifat amalan bapa ini.

Kembar 6 + kembar 2


Kembar 6 + kembar 2
(Gambar-gambar diterima melalui email)

Jonathan Gosselin dan pasangannya, Kate Gosselin dari Pennsylvania ini mempunyai dua pasangan kembar di mana pasangan pertamanya dua anak kembar perempuan dan pasangan kembar keduanya terdiri dari tiga anak kembar perempuan dan tiga anak anak kembar lelaki.

Cerita lanjut, di sini.

Ramadhan, bulan untuk untuk membuat sumbangan dan bersedekah

Ramadhan, bulan untuk untuk membuat sumbangan dan bersedekah

(Apa bezanya sumbangan dengan bersedekah? Mengikut seorang Tok Guru aku, sumbangan harus dinyatakan siapa penyumbangnya dan juga nilai atau apa yang disumbangkannya. Manakala sedekah tidak harus dinyatakan siapa, nilai dan apa yang disumbangkan.

Dengan dinyatakan, nilai dan apa yang disumbangkan bukanlah akan mengundang riak tetapi akan mengalakkan lagi penyumbang itu sendiri dan orang lain untuk turut sama menyumbang.)


Dalam seminggu dua ini aku menerima banyak email dan panggilan telefon bertanyakan program-program sumbangan yang selalu aku turut terlibat di dalam Ramadhan ini. Malah beberapa sahabat di luar negara yang di tahun-tahun lepas banyak menyumbang (dengan sumbangan yang lumayan) sudah beberapa kali menghantar email bertanyakan.

Ramadhan kali ini agak berbeza dengan Ramadhan tahun lepas. Seperti biasa aku berbuka di masjid dan di tahun ini, aku “dipermudahkan” untuk berterawih. Tidak di tahun-tahun lepas yang ada-ada saja halangan.

Bagaimanapun di hujung minggu malah berlanjutan selepas Hari Raya, jadual aku agak ketat dengan beberapa aktiviti akademik dengan pelajar.

Insya-Allah, aku akan turut serta dengan NGO Warga Kilang pada minggu terakhir di Ramadhan ini. Bagaimanapun mungkin tidak memfokuskan ke Rumah-rumah Anak Yatim seperti biasa. Aku dimaklumkan rezeki anak-anak yatim di bulan mulia ini murah sekali. Ada sahaja orang badan-badan kebajikan, NGO dan orang-orang perseorangan yang mengunjungi mereka.

Warga Kilang akan menziarahi orang-orang perseorangan yang telah dikenalpasti kurang berkemampuan dan berupaya di kawasan nelayan dan perkampungan di Utara Semenanjung. Aktiviti ini mirip kepada Lawatan Amal 1 Mei 2008 lalu. Insya-Allah.

Berikut adalah berita dan gambar-gambar sumbangan oleh ramai penyumbang pada Ramadhan tahun lepas.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Terima kasih kepada semua penyumbang kepada tiga buah rumah asrama anak yatim sempena Ramadhan 2007 ini.

Di setiap majlis, saya dijemput untuk berucap sepatah dua kata sebelum acara penyerahan sumbangan dan duit raya bermula. Sayugia saya maklumkan kepada hadirin semua bahawa kedatangan saya adalah mewakili beberapa pihak dan sebagai “balasan” daripada sumbangan yang tidak seberapa itu saya bermohon melalui kata-kata seperti berikut;

“…. semoga semua sumbangan kami ini diberkati oleh Allah. Kepada semua anak-anak yatim, doakanlah agar kami semua dilimpahi rahmat-Nya, dimurahkan rezeki, dipelihara kesihatan dan sentiasa dibuka pintu hati kami untuk berbuat amal seperti ini dengan lebih banyak dan kerap di masa-masa mendatang, amin”.

“kami” yang dimaksudkan adalah mewakili mereka seperti di bawah;

1. Dekan, Timbalan-timbakan Dekan, Pensyarah dan Kakitangan Pentadbiran Fakulti Perkembangan Sosial & Manusia (FPSM), Universiti Utara Malaysia,
2. Warga UUM (selain dari warga FPSM) khususnya dari Jabatan Keselamatan, PUSB, dan lain-lain.
3. Mailing list Warga Kilang
4. Mailing list Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (Batch 1980 – 1984)
5. Pelajar MOSHM, UUM (NIOSH Prai) Batch 2007/2008
6. Mailing list Persatuan Pengamal OSH Utara (NRG)
7. Badan Kebajikan Islam Silverstone, Taiping (BAKIS)
8. Kakitangan Siverstone Berhad, Taiping (Ahli Mesyuarat Tingkap)
9. Guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Larut Matang & Selama
10. Syarikat Chuan Sin Sdn Bhd, Taiping (Spritzer)
11, Kakitangan Maybank, Jalan Panggung Wayang, Taiping
12. Kakitangan Jusco, Ipoh
13. Mereka yang lain yang tidak tersenarai nama di atas

“Kami” ini sebenarnya menumpang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh;

1. Kabuki Riders (Kelab Motosikal Universiti Teknologi Petronas),
2. MBCian (
www.malaysianbikers.com.my),
3. Pekerja-pekerja Islam Unisem Ipoh,
4. Pekerja-pekerja Islam Jabil Pulau Pinang, dan
5. mailing list Warga Kilang (terutama mereka yang tidak jemu-jemu beramal-jariah).

Gambar-gambar di ketiga-tiga majlis ini boleh dilihat di halaman blog berikut;

http://thejourney.weblog.uum.edu.my

Wassalam





















Tuesday, September 09, 2008

Lailatul Qadar. Kubah masjid dipindahkan jin?

Lailatul Qadar. Kubah masjid dipindahkan jin?

Dalam “mailing list group” yang aku sertai, ramai yang berhujah mengenai peristiwa kubah masjid yang dikatakan dipindahkan oleh jin di Indonesia. Peristiwa ini yang mendapat liputan meluas setelah disiarkan oleh siaran tv di sana.

Pagi tadi aku mendapat email bertajukkan yang sama tapi cerita berbeza.


Lailatul Qadar. Kubah masjid dipindahkan jin?


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Sendiri mau ingat la.....................!!!!!

Wednesday, September 03, 2008

Jangan lupa bayar zakat

Diterima melalui email.

Heh, sekolah ayah le!

Eye-catching: SM Raja Perempuan Taayah marching with gusto along Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh

Klik di sini untuk cerita lanjut.

Apa erti perpaduan?


Acun, Hakim, Udin dan Abalan, Geng Basikal Taman Kamunting Jaya (bukan Geng Bas Sekolah)


Apa erti perpaduan?

Apa erti kemerdekaan? Apa erti perpaduan?

Aku di-baligh-kan di Jalan Wat Siam. Rasanya aku “mimpi basah” yang pertama di rumah sewa satu bilik di Jalan Wat Siam ini. Kisah Jalan Wat Siam ini pernah aku siratkan dalam blog ini.

Di sini. Di Jalan Wat Siam ini aku belajar mengenai perpaduan. Pengertian perpaduan hanya mampu diperjelaskan melalui pratikal. Tidak di dalam kelas. Jauh sekali di dada akhbar atau di “seluar dalam” bahan bercetak yang lain.

Belakang rumah sewa satu bilik yang aku tinggal ini terletaknya rumah Pakcik Wong. Kerjanya bawa lori. Petahnya mengalahkan orang Melayu. Kata bapa, Pakcik Wong ini pernah belajar silat Melayu semasa kecil di Batu Kurau. Biasa berkubang dan memanjat pokok manggis sesama bapa.

Anaknya yang sulong Wai Seng. Nombor dua Wai Tak beza umur tua setahun dari aku. Dua lagi adik mereka ialah Neneng dan Mei Ling.

Entah macamana rumah aku ada tv hitam puteh yang bapa beli mungkin ber-hand-hand umurnya. Zaman 70an itu kami sama-sama ber-ultra-man pada waktu petang. Mak biasanya mengoreng Cucur Kodok kalau ada pisang yang diperam dari kampong. Ataupun Cucur Udang dicecah Cili Kering yang dilenyek. Tidakpun Lempeng Pisang.

Berhimpitlah kami dengan ditemani beberapa anak-anak jiran yang lain.

Kalau pagi Sabtu dan Ahad pula, aku akan bertandang ke rumah Pakcik Wong. Rumahnya juga hanya mempunyai sebilik dan berpangkin besar di dalamnya. Di atas pangkin ini aku bergomol dengan Wai Seng dan Wai Tak. Kadang-kadang Neneng juga bergelut sekali. Manakala Mei Ling yang hanya berseluar dalam ketika tu hanya memerhati sambil mengigit anak patungnya.

Kalau cuaca petang elok, kami ke semak berdekatan mencari anak labah-labah. Kemudian kembali ke rumah untuk menyaksikan Olimpik Spider kami.

Kalau tidak ke rumah Pakcik Wong, aku ke rumah Uncle Raja. Ramesh anaknya itu sebaya malah sekelas dengan aku. Bersama-sama Ravi adiknya ada sahaja yang menjadi mainan kami.

Aku mendalami lagi ilmu perpaduan aku dengan berkawan dengan budak-budak Siam yang umurnya lebih tua dari aku. Sebelumnya aku sering dimomokkan dengan kejahatan “Siam Perut Hijau”, tapi semuanya itu tidak dipedulikan aku lebih-lebih lagi aku belajar banyak “benda baru” dari mereka ini.

Dua minggu lepas aku jumpa isteri Pakcik Wong di hadapan rumah mak aku. Dia sedang buang sampah. Mak aku menegur dan menyuruhnya meneka siapa aku. Dia tidak dapat mengecam aku tidak seperti Pakcik Wong yang akan menjerit nama aku kalau nampak sahaja kelibat aku. Macam dulu-dulu, Pakcik Wong hanya berseluar katok dan berlenggeng menampakkan buncitnya sambil mengayuh basikal chopper lama.

Wai Seng kini berkhidmat di Pejabat Kesihatan di Kulim. Dia memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Hubungan dia dengan kedua-dua orang tuanya seerat seperti sebelum dia memeluk Islam. Malah anak Wai Seng pernah duduk beberapa bulan dengan Pakcik Wong dan isterinya. Mungkin ini hikmatnya Pakcik Wong dan isterinya memahami erti perpaduan yang sebenar.

Wai Tak dan Neneng bekerja di KL. Mei Ling kembali tinggal dengan ibubapanya setelah bercerai. Aku pernah bertemu dengan Mei Ling semasa aku bekerja di Kilang Tayar Kamunting dahulu. Ketika itu Mei Ling bekerja di kilang bersebelahan. Dia menegur aku sedangkan aku langsung tidak mengecam amoi mana yang lawa ini.

Ramesh dan Ravi pula menguasahakan perniagaan transport, gas masak dan barang lusuh. Entah mengapa selama 15 tahun aku di Taiping tidak pernah aku bersua dengan mereka berdua. Bapa pernah menumpang lori mereka sekali.

Manakala “rakan-rakan perpaduan Siam aku” masih tinggal di Jalan Wat Siam.

Itulah erti perpaduan yang aku cuba semaikan kepada anak jantan seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, September 02, 2008

Tips kejutkan orang bersahur

Diterima melalui email dari seorang sahabat.

TIPS KEJUTKAN ORANG BERSAHUR

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Di bawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya.

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia.
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia.
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia.
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect

1. jerit nama dia kuat kuat.
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit.
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang.
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan - kerana tuhan lebih menyayanginya

Salam Ramadhan dari Seberang.

Salam Ramadhan dari Seberang.

Antara banyak-banyak email dan sms yang aku terima, ucapan Salam Ramadhan dari Seberang ini yang amat “mengasyikkan” aku.

Terima kasih Sdr. K (bukan Dato K!).

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Sdr. K (bukan Dato K!) ini adalah dikatakan salah seorang “saksi utama” kejadian Kisah 2 dalam posting sebelum ini.






Ramadhan menjelang lagi.

Ramadhan menjelang lagi.

Ramai yang menulis kisah Ramadhan ketika mereka kecil. Lebih tepat kalau dikatakan mengenangkan posa di masa kecil.

Malah blogger politik yang terkenal juga mengenangkan kembali zamannya ketika kecil semasa menjalani ibadat posa ini. Klik di sini untuk ceritanya.

Malangnya aku yang mungkin hanya seorang dari berjuta orang yang tiada kenangan semasa kecil yang boleh diceritakan. Bukan aku lupa jauh sekali hilang ingatan. Sememangnya tiada ingatan manis atau pahit yang aku alami semasa kecil dahulu di bulan Ramadhan. Yang ada hanyalah sekali-dua menipu diri sendiri dengan terlalu kerap berkumur sehinggakan “tertelan air paip”.

Ada dua kisah semasa berposa di alam pekerjaanku sebagai “Mat Kilang Tayar” yang tidak mungkin dapat aku lupakan.

Kisah 1

Kisah mengenai seorang rakan mekanik yang kini bertukar karier sebagai pengamal perubatan tradisional di sebuah negeri di selatan tanah air.

Suatu hari itu selepas pukul dua petang aku terjumpa dia di workshop kilang. Dia mengeleng-geleng kepala.

“Kantoi aku, Man! Kantoi aku kali ini.” runggut dia tapi masih mampu bergelak.

“Kenapa?” tanya aku.

‘Tadi aku pi pot biasa Kampung Pak Dollah tu. Tengah syok-syok balun Kari Sembilang, baru aku sedar Pak Mertua aku dok meja sebelah.”

“Apa pula kantoi. OK le macam tu. Bapak Mertua Borek.”

“Mana tak kantoi! Petang ini orang rumah aku dah janji kami anak beranak nak buka posa kat rumah mak pak dia.”

Aku tak boleh bayangkan macamana pandangan “dua beranak” ini kelak sewaktu berbuka posa.

Esoknya pagi-pagi lagi aku jumpa dia di workshop.

Sambil tergelak sakan, dia buka cerita.

‘Aku saja buat-buat lambat pi rumah pak mertua aku. Bila sampai aku tak nampak muka pak mertua aku. Aku tanya mak mertua aku, pak pi mana? Hang tahu apa mak mertua aku cakap?”

Aku mengeleng-geleng kepala.

“Mak mertua aku cakap; pak hang tidur dalam bilik. Letih betui dia posa hari ini.”

Kisah 2.

Juga berlaku sekitar waktu tengahari. Rasanya di antara 12 hingga 1 tengahari.

Seorang rakan yang kini juga bertukar karier dan telah “berhijrah”, telah terlepas plastik hitam di hadapan Pak Guard.

Plastik hitam yang terlepas itu berderai dan mata-mata (bukan polis) manusia yang ada berhampiran rumah Guard itu hanya tersenyum melihatkan ketulan-ketulan ais dan ceroian keemasan air teh yang membuak di atas lantai.

Jam belum lagi pukul 1, tak kan lah beli teh-o-ais untuk berbuka posa 6 jam lagi!

lukmanw@gmail.com