Friday, October 31, 2008

Tak kira tempat………….


Tak kira tempat………….

Bila melangkah tangga Masjid Ekspo tengahari Jumaat tadi aku sempat mengerling tabung duit yang diperbuat dari plastik lutsinar tepi tiang. Di dalamnya, di timbunan-timbunan duit seringgit aku terkerling dua keping not hijau dan sekeping not merah. Murah rezeki yang menyedekahkannya, kata aku dalam hati.

Sebaik sahaja Imam memberi salam, aku bergegas keluar tanpa menunggu doa dibaca. Aku lihat anak jantan aku seorang itu sedang berdiri berdekatan tabung duit tersebut.. Sewaktu melangkah keluar dari masjid itu aku sempat juga mengerling ke tabung duit itu. Hati sudah berdetik lain.

Rupa-rupanya anak jantan aku seorang itu hendak mengkhabarkan berita sudah tiada lagi not hijau dan not merah di dalam tabung duit itu. Yang tinggal hanyalah timbunan duit seringgit yang mungkin juga turut berkurang.

Patutlah selak pengunci pada peti duit itu yang tidak mempunyai ibu kunci sudah ternaik selaknya. Rupa-rupanya semasa orang lain sibuk bersholat, ada yang sempat ”menyimpankan” not hijau dan not merah ini.

Teringat aku di Masjid Negeri Ipoh beberapa tahun lepas, ada yang tertangkap kerana cuba memancing not-not hijau dan merah dengan menggunakan pancing berumpankan chewing gum (gula-gula getah)!

Haram jadah sungguh mereka yang tidak mengira tempat ini............

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, October 19, 2008

Tuesday, October 14, 2008

Hari yang sama!


Gambar-gambar di "cupas" atau di "CP" dari internet.
Hari yang sama!

Kalau sebut Amitabh Harivansh Srivastav kemungkinan besar ramai yang tak kenal. Tapi kalau sebut Amitabh Bachchan pasti ramai yang tangkap sayu.

(Posting ini tak ada kena mengena dengan Datuk (Dato’) Sarukh Khan!)

Rupa-rupanya aku berkongsi tarikh lahir dengan Bachchan (belacan?) ini hujung minggu baru-baru ini. Cuma berbeza 25 tahun. Diceritakan dia sakit perut (cirit-birit?) selepas jamuan hari jadinya di Mumbai.

Aku pula perut meragam di Hotel Kualiti KL setelah perkena rendang “berbau” sikit di jamuan raya di Bangi. Sudah le tidur lewat dengan “surprise” dari anak jantan seorang aku itu. Kemudian dapat “surprise” dari orang rumah aku seorang itu pula.

Macam sama saja ceritanya.

Kalau belacan ini le dapat Datuk, agak-agak aku pun boleh dapat datuk. Tak tahu lah pula menantu si-Rai itu dah ada anak ke belum.

Satu-satunya cerita yang aku minat ialah “The Mistress of Spices” lakonan si-Rai ini. Itupun lihat di Astro.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/

Wednesday, October 08, 2008

Senarai kabinet baru

berkuatkuasa serta merta hari ini. Klik di sini untuk lihat senarai kabinet baru.

Khas untuk orang sibuk




.........atau yang suka menyibuk.

Gambar "seluar keyboard" ini baru diterima melalui email 10 minit tadi. Masih panas lagi ni!

KALAU SAMPAI IPOH…

Gambar ini di-cupas (cut & paste) atau di-cipi @ CP (cust & paste) dari internet

Ipoh terkenal dengan “tag line”; Ipoh Mali (kencing talak bunyi, longkang talak langkah!). Berikut adalah salah satu email yang aku terima berkenaan Ipoh.

KALAU SAMPAI IPOH…

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia lima tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Penang.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas

"Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belum?" Hari mulai malam, dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang di sebelahnya menjawab.

"Tidor aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.

"Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh., pasti pakcik kejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak. Sehinggakan ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Kuala Kangsar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni? Perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.

"Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah, mama saya pesan kalau sudah sampai di Ipoh., saya boleh makan nasi bungkus ni!"

???????????

Tuesday, October 07, 2008

Profil Bapa



Profil Bapa

Bapa; Wan Mat Daud B. Wan Ahmad
Datuk; Wan Ahmad B. Wan Sulaiman
Nenek; Long Khatijah Bt. Hj. Barat

Bapa Datuk; Wan Sulaiman
Emak Datuk; Tengku Zainab Petra

Bapa Nenek; Hj. Barat
Emak Nenek; Hjh. Shaimah

Aruah Wan Ahmad ini dari Pasir Mas, Kelantan dan pernah jadi Orang Besar Kelantan (Temenggung?) yang kemudiannnya jadi Tok Naib di Batu Kurau. Kalau sebut aruah Pak Wan Mat Tok Naib Batu Kurau, mesti orang-orang lama (orang tua) di Batu Kurau itu akan kenal.

Aruah Hj. Barat ini pula terkenal di Batu Kurau. Ramai anak pinak cucu cicitnya di Batu Kurau. Boleeh dikatakan sekampung di Batu Kurau itu ada kena-mengena dengan Hj. Barat.

Oh! Aku ini cucu Tok Naib rupanya!.

(Sebenarnya salah seorang sepupu aku, Wan Azizi yang kerja Manager di Sime Tayar itu telah mendaftarkan “family roots” kami dalam laman
www.geni.com, laman ini begitu mesra pengguna. Kalau tahu email sanak-saudara, jemput mereka masuk dan key-in sendiri sanak-saudara yang dikenali.)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Cikgooden – cuba hang tanya orang tua atau mertua hang, depa kenai tak aruah Pak Wan Mat Tok Naib Batu Kurau ini ataupun aruah Hj. Barat.. Jangan tanya Hj. West sudahlah!

Epal + Oren = Epor

Gambar di-cupas (cut & paste) dari internet

Epal + Oren = Epor

Kawan aku mak dia China, bapak dia Bengali (Bai). Dia?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Siapa bilang gadis melayu………….

Gambar ini di-cupas (cut & paste) dari internet

Gadis Melayu
(Othman Hamzah?/Jamal Abdillah?/Mawi?)

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Jamban rumah hang pa menghadap ke mana?



LONDON: Para penganjur Sukan Olimpik London telah membentangkan beberapa syarat reka bentuk bagi prasarana sukan yang bakal diadakan pada 2012 itu.

Ini termasuk menetapkan agar tandas yang dibina di Taman Olimpik London tidak akan dibina menghadap Makkah.

Pihak Berkuasa Pembentangan Olimpik (ODA) mahukan reka bentuk dan rangka kerja pembinaan menghasilkan lokasi sesuai untuk semua golongan pelbagai kebudayaan, kepercayaan, usia dan mesra pengguna cacat untuk kejohanan Olimpik 2012 dan seterusnya.

Jurucakap ODA memberi jaminan 'tandas tidak akan dibina menghadap Makkah'.

Namun, bilangan tandas serupa itu belum disahkan.

Kemudahan membasuh khas disambung ke bilik solat juga dirancang dibina di taman berkenaan, yang bakal terletak di timur London.

ODA berharap ia akan menetapkan tanda aras baru Britain bagi ruang berkerusi roda dan tempat duduk selesa.

Laluan di arena sukan selalunya terlalu curam bagi pengguna kerusi roda dan bagi mengatasi masalah itu, laluan lebih landai dibina dengan keluasan lebih dan permukaan lebih licin.

Kemudahan tandas termasuk kawasan khas bagi membolehkan warga tua yang cacat menukar keperluan, termasuk kawasan bagi bayi juga akan dibina.

Tahun lalu, beribu-ribu paun sterling wang pembayar cukai digunakan bagi memastikan tandas di penjara Brixton di London tidak menghadap kiblat.

Pegawai penjara terpaksa mengalihkan tandas 90 darjah setelah para banduan Islam mengadu mereka terpaksa duduk senget di atas tandas kerana tidak mahu menghadap kiblat semasa membuang air.

Agensi

Monday, October 06, 2008

Rekod peribadi bapa di pagi Aidilfitri 2008

Rekod peribadi bapa di pagi Aidilfitri 2008

Bapa; Wan Mat Daud B. Wan Ahmad (75 tahun)
Isteri; Norliah Bt. Hamid (61 tahun)
Anak pertama sulong; Wan Norizan (42 tahun)
Anak kedua; Lukman (41 tahun)
Anak ketiga bongsu; Nor Aishah (39 tahun)

Cucu paling tua; Nur Hidayah (16 tahun)
Cucu paling muda; Puteri Wan Ainur Maisarah (28 hari)

Jumlah cucu; 9 orang
Cucu lelaki; 6 orang
Cucu perempuan; 3 orang

Rekod peribadi aku di pagi Aidilfitri 2008

Isteri; seorang, Zulaila Bt. Jais (38 tahun)
Anak; seorang. Muhammad Nur Hakim B. Lukman (11 tahun)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Songkok hitam bapa sudah tidak lagi bergosok

Songkok hitam bapa sudah tidak lagi bergosok

Aidilfitri tahun ini menyaksikan bapa sudah berkaki enam. Dua kakinya sudah kemalu-maluan menjejak lantai. Perlu dibantu dengan tongkat kaki empat.

Tahun-tahun sebelum ini bapa biasanya tidak lupa menggosok songkok hitamnya. Biasanya sehari sebelum Aidilfitri. Dibalas sekali lagi di pagi Aidilfitri sebelum ke masjid. Bapa ada dua berus khas untuk menggosok songkok-songkoknya.

Aidilfitri tahun ini bapa sudah tidak lagi menggosok songkok hitamnya.

Aku? Songkok puteh aku adalah!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini untuk catatan “songkok puteh”.


Sunday, October 05, 2008

Gambar-gambar tragedi bulan September (Ramadhan)

Gambar-gambar tragedi bulan September (Ramadhan)

Email yang diterima sebelum menjelang Syawal baru-baru ini begitu “menyentuh” hati kecil aku. Sesiapa yang melihat “attachment photos” yang dikirim bersama email itu tentu bersetuju kesemua-kesemua gambar itu adalah ketentuan Ilahi di mana setiap mahkluk yang hidup akan berakhir dengan kematian.

Klik di caption (keterangan gambar) di bawah untuk melihat atau down-load foto-foto berikut (jika anda berani!)

1. Terkulai
2. Menyayat hati
3. Tinggal daging
4. Nampak tulang
5. Rentung
6. Bergelimpangan
7. Tergolek
8. Tergolek lagi

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Moral of the story; anda boleh pilih sama ada untuk pulang berhari raya atau untuk pulang selama-lamanya!

Panggung 7 pintu di Taiping Sentral

Panggung 7 pintu di Taiping Sentral

Petang semalam, semasa aku dan anak jantan seorang aku itu “duduk dengan perut” sambil buat latihan ulang kaji, aku sempat bisik dengan orang rumah seorang aku itu.

“Tak mahu la!”, kata orang rumah seorang aku tu.

“Jom lah”, rengek aku lagi.

“Abang dengan Hakim mesti nak tengok cerita action orang puteh”

“Okey, okey, kita tengok Senario!”

(Dialog-dialog di atas semuanya dalam nada berbisik!)

Selepas habis mengulang kaji, orang rumah seorang aku itu membuat offer kepada anak jantan seorang aku itu. Berbalas le offer itu dan kami bersetuju untuk ke Taiping Sentral jam 9.00 malam.

Selepas beratur hampir 20 minit dapatlah aku beli tiket untuk tayangan tengah malam. Masa sengkang 2 jam kemudiannya kami bersantai di Kenny Rogers dan Tesco membeli barang dapur.

Jam 11.50 malam, masuklah kami 3 beranak ke Panggung no. 4. Setelah ditunjukkan tempat duduk oleh “
budak panggung wayang” kami “bersantai tengok skrin puteh” lagi hampir setengah jam baru cerita Senario ditayangkan. Entah mengapa dilewatkan tayangannya sedangkan kerusi berjumlah 252 itu penuh semuanya.

Lotus 5 Star SSC ini punyalah kemut kedekut tahi hidung masin. Adakah hanya ada ruang perjalan kaki di tengah-tengah sahaja. Laluan di kedua-dua tepi dinding tak ada! Kalau yang duduk tepi dinding lambat masuk alamatnya jenuh nak lalu menyelit depan orang!

Jalan cerita okey lah juga! Bolehlah nak tumpang gelak dengan isteri dan anak jantan seorang aku itu.

Bila wayang habis dalam perjalanan balik kami bertiga singgah Restoran A Rahman Kamunting perkena minuman panas sikit. Punyalah ramai budak-budak muda lelaki perempuan yang sama-sama tengok wayang tadi singgah di sini.

Jam sudah hampir 2 pagi. Mak bapa dia orang tak bimbang ka?

Aku teringat semasa baru bertunang dahulu. Twister di Lido adalah wayang pertama aku dan tunang aku yang kini jadi isteri aku. Itupun “dapat permit” untuk tayangan pukul 10 malam. Hendak dijadikan cerita ianya berlarutan sehingga lepas pukul 12 tengah malam. Punyalah takut semasa nak hantar tunang balik rumah mak pak dia.

Sesampai di hadapan rumah, aku nampak kelibat orang dalam rumah. Mungkin bunyi motor Suzuki GSX-R aku mengejutkan bapaknya.

“Pakcik tak tidur lagi?”, tanya aku memaniskan bermulut tetapi ada nada getaran takut.

“Belum…………!”

Apa yang aku tahu, aku tidak tunggu lama selepas itu. Terus pulas throttle belah dari tempat kejadian. Esoknya tunang aku beritahu selepas aku balik dia kena “masuk kuliah” selama sejam oleh pak dia dan tambah “masa kecederaan” dengan mak dia pula!

Tetapi budak-budak lelaki perempuan yang duduk sambil minum-minum dengan kami 3 beranak di Restoran A Rahman ini macam tidak mengendahkan masa berlalu.

Jangan lepas ini dia orang pergi “buat wayang lain” pula!

lukmanw@gmail,.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/