Saturday, May 16, 2009

Terima kasih Cikgu!

Terima kasih Cikgu!

Mak, Pak; cikgu yang mengajar aku erti kehidupan
Isteri aku yang mengajar aku erti keluarga
Anak aku yang mengajar aku erti pemimpin
Cikgu Tabika aku (1973 cuma 2 hari kerana aku lari dari kelas)
Ustaz dan ustazah mengajar mengaji
Cikgu-cikgu Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 1, 1974)
Cikgu-cikgu Sekolah Jalan Shaw, KL (Darjah 2 & 3)
Cikgu-cikgu Sekolah Si Rusa, Port Dickson (Darjah 4)
Cikgu-cikgu Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 5 & 6)
Cikgu-cikgu Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (Tkt. 1, 2 & 3)
Cikgu-cikgu Sekolah Raja Taayah, Ipoh (Tkt. 4 & 5)
Pensyarah-pensyarah (walaupun aku gagal!) Asasi Sains, UM (1985 & 1986)
Pensyarah-pensyarah Sains Pemulihan, USM (1995 & 1996)
Pensyarah-pensyarah PPJJ Sekolah Kejuruteraan USM, Tronoh (1996, 1998, 1999 & 2000)
Pensyarah-pensyarah PPJJ Sekolah Kejuruteraan USM, Transkrian (2000, 2001, 2002 & 2003)
Pensyarah-pensyarah Fakulti Keselamatan Industri, UKM (2003 & 2004)
Pensyarah/Penyelia PhD Fakulti Pengurusan Persekitaran, UKM (2007 - )
Tok-tok guru, cikgu-cikgu tusyen, cikgu-cikgu kursus pendek, kursus masa cuti, kursus semasa kerja dan sebagainya
Cikgu-cikgu di kedai kopi, di dalam pejabat, di dalam kereta, dan di mana sahaja yang pernah menyampaikan ilmu walaupun dengan hanya sehuruf dan senombor kepada aku,
Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku walaupun dengan hanya satu anggukan, satu jelingan ataupun hanya senafas.

Terima kasih Cikgu!

lukmanw@uum.edu.my
LUKMAN BIN WAN MAT DAUD

Friday, May 15, 2009

Teater ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’

Tempat:
Masjid Batu, Permatang Pauh Seberang Prai.
Masa:
30 Mei 2009. Jam 8 malam
Skrip: Dinsman.
Pelakon: Sabri Yunus & Sani Sudin.
Pengulas: Ustaz Halim Nasir Al Hafiz

Wake Up Your Brains!!!!!



Wake Up Your Brains!!!!!

It is said that engineers take 3 minutes to resolve this, architects 3 hours and doctors 6 hours. Where do you rank?

If you can get what the 6th number is, you'll be able to open the excel file. Once you discover it, put your name, your location and answer date, save it and send it on.

So…what is the 6th number in this string of numbers : 1, 2, 6, 42, 1806, ___???

Dua kisah benar sempena Hari Ibu

Dua kisah benar sempena Hari Ibu

Kisah 1.

Jumaat, 8 Mei 2009. Isteri seorang aku itu sedang mengingatkan kesemua anak-anak murid tabikanya agar mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing pada hari Ahad, 10 Mei 2009 kelak.

Sebelum pulang jam 11.00 pagi, isteri seorang aku itu mengingatkan lagi kepada anak-anak muridnya.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan mengangkat tangan.

“Saya tak boleh tak ucapkan Selamat Hari Ibu, cikgu!”

“Kenapa tak boleh?”, tanya isteri seorang aku itu.

“Saya tak ada ibu!”

“Awak tak ada ibu! Siapa yang hantar awak ke sekolah setiap pagi itu?”

“Itu mak saya cikgu!”


Kisah 2.

1980, tarikh tak ingat.

Ustazah Arfah sedang mengingatkan anak-anak muridnya tingkatan 1 itu tentang jerit-perit ibu yang bersusah-payah membesarkan mereka. Sedangkan pada masa yang sama ramai anak-anak ini yang tidak menghargai jasa-jasa ibu mereka dan sering melakukan kesalahan.

Ustazah Arfah menyarankan mereka agar sentiasa memohon maaf dan ampun dari ibu mereka tidak semestinya hanya di pagi Hari Raya.

“Siapa di antara kamu yang rasa-rasanya banyak buat salah kepada ibu atau emak kamu?”, tanya Ustazah Arfah tu kepada anak-anak muridnya.

Kesemua 36 orang murid-murid dalam kelas itu mengangkat kecuali Amirul Naim. Semua mata memandang kepadanya.

“Kamu Naim tak pernah buat salah kepada ibu kamu?”, tanya Ustazah Arfah.

Naim mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tunduk.

“Tak kan ibu kamu tak pernah marah kamu?”, tanya Ustazah Arfah.

Naim mengeleng-gelengkan kepalanya lagi. Sudah mula tintisan air mata menitik ke atas meja kayu di hadapannya.

“Ustazah tak percaya ibu kamu tak pernah marah kamu. Sayang macamana seorang ibu dia mesti pernah marah atau menegur anaknya.”

Naim masih menunduk kepalanya. Sudah mula kedengaran esakan kecil.

“Uszazah, mak Naim meninggal semasa melahirkannya.” Terdengar suara dari seorang murid lain.

Ustazah Arfah terkelu.

*Naim - di mana kau sekarang?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesag.blogspot.com

Aku? Semalam aku bawa emak mertua dan isteri/anak aku makan tengahari di hotel baru. Hari ini orang rumah seorang aku hadiahkan tudung “ayat-ayat cinta” kepada mak aku. Adilkan!


Perginya seorang Ibu Motorsport pada Hari Ibu

Kanan, Bulldog Kuan, 76 tahun bersama rakan karib seorang lagi legenda pelumba motor Malaysia 60an iaitu Chris Howell, 73 tahun. Gambar hari ini di rumahnya di No. 10, Jalan York, Pulau Pinang.

Perginya seorang Ibu Motorsport pada Hari Ibu

(Sabtu 9 Mei 2009. Perlumbaan Petronas Cub Prix Rd. 3 di Terengganu masih dalam saringan separuh akhir. Tinggal lagi tiga pusingan sebelum acara akhir. Bulldog Kuan sebagai Clerk-of-the-Course mendapat panggilan telefon memaklumkan isterinya di Pulau Pinang dalam keadaan tenat. Setelah berunding dengan Steward bertugas dan Pengarah Perlumbaan, Bulldog dinasihati supaya pulang ke Pulau Pinang. Kebetulan ada penerbangan Air Asia ketika itu. Bulldog sampai di rumahnya, No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pukul 6 petang. Isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi Bulldog pada jam 4.30 pagi hari ini 10 Mei 2009, Hari Ibu.)

Aku mengenali Mr. Kuan Huan Chin atau lebih dikenali sebagai Bulldog Kuan pada petengahan 80an. Bermula dengan menyertai beberapa konvci motosikal akhirnya aku terlibat dalam penganjuran dan pengendali sukan bermotor terutamanya acara motosikal sehingga hari ini. Malah aku juga terlibat dalam beberapa acara antarabangsa dengannya seperti Japan International Enduro dan Asia Rally sehingga ke China.

Biasanya kalau acara sukan bermotor yang dianjurkan oleh Penang Motorsports Club (PMSC) akan kelihatan anak-beranak Bulldog Kuan. Dari Meng Heng bekas juara GP Asia yang kini Pengurus Malaysia Yamaha Racing Team, Meng Chin, bekas pelumba Cub Prix, Leong yang mengendalikan kedai motor Kuan Motor hinggalah ke Ah Leng anak perempuan Bulldog dengan suaminya.

Dalam pengendalian acara motorsport, Bulldog sebagai COC. Meng Heng sebagai Timbalan COC. Meng Chin sebagai Starter. Leong sebagai Chief Marshal. Manakala Ah Leng dengan suaminya Gary sebagai Race Control. Aku pula biasanya sebagai Secretary-of-the-Meet.

Hanya ibunya sahaja yang tidak kelihatan. Tetapi aku difahamkan Mrs. Kuan ini adalah penyokong kuat keluarga motorsports ini. Terutama semasa Bulldog masih bergiat aktif sebagai pelumba di tahun 60an.

(Bulldog juga selalu membandingkan aku, isteri aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu dengan keluarganya. Sementelah isteri aku juga seorang Race Control dan anak aku mula menghafal isyarat-isyarat bendera perlumbaan)

Aku kerap juga ke pejabat PMSC yang berkongsi lokasi dengan kedai Kuan Motor dan juga rumah Bulldog Kuan. Walaupun hanya bersapa sepatah-dua dengan Mrs. Kuan, kedatangan aku sentiasa dialu-alukan,

Aku singgah tengahari tadi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Mrs. Kuan, 73 tahun yang meninggal hari ini iaitu di Hari Ibu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Bulldog semasa KL GP 1960 dengan motosikal Norton Manx, 500cc

Dari kanan, Bulldog, Mr Douglas Choong, Setiausaha Royal Perak Motor Club, RPMC dan Lukman Wan Mat Daud, Assistant Secretary RPMC. Gambar semasa Asia Rally, Malaysia-China

Thursday, May 07, 2009

Sebenarnya dulu semuanya telah ada!

Sebenarnya dulu semuanya telah ada!

(Awal tahun 2000an, ada Menteri Pelajaran mensisipkan topik Persekitaran (environment) dalam mata pelajar sedia ada. Pertengahan 2000an diperkenalkan OSH in School. Tahun lepas diwar-warkan pula subjek Keselamatan Jalan Raya.)

Pertengahan 2008 seorang pelajar politeknik mati terkambus di tapak binaan di Changlung. Semasa aku kerja di beberapa kilang dahulu dan kebetulan hampir semua kilang itu aku ditugaskan menjaga pelajar-pelajar yang buat pratikal ini. Setiap batch pelajar yang buat pratikal ini ada sahaja yang berkemalangan. Kalau tak kemalangan di dalam kilang, mereka akan kemalangan di jalan raya.

Setelah berada di dalam bidang akademik (universiti) ini baru aku sedar, subjek keselamatan (OSH) hanya diajar sebagai elektif (pilihan) dan biasanya hanya diajar pada tahun-tahun terakhir. Manakala pelajar yang akan buat pratikal ada yang menjalaninya sebelum mereka mempelajari su bjek OSH ini.

Politeknik mulai tahun ini khabarnya sudah mula membuat pendekatan baru dengan mewajibkan pelajar-pelajar kejuruteraan mereka menjalani kursus OSH CIDB sebelum menjalani latihan pratikal ini.

Bagaimanapun email yang aku terima pagi tadi menyedarkan aku rupa-rupanya subjek OSH ini telahpun bermula seawal 80an dan mungkin lebih awal dari itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Muka hadapan

Bertarikh 30 September 1980

Nila-nilai murni menghormati guru dan orang tua

Persahabatan

Disiplin

Kebersihan

Memberi pertolongan jika dipinta

Kebersihan diri

Keselamatan diri

Bahaya objek tajam dan bahaya kebakaran

Keselamatan jalan raya

Gambar-gambar oleh Sham,
www.yob4ever.com

Ada penambahbaikan di Proton Edar Juru Auto City


Ada penambahbaikan di Proton Edar Juru Auto City

Aku pernah marah-marah dan membandingkan seumpama langit dan bumi Pusat Servis 3S Proton Edar Juru Auto City ini dengan beberapa pusat servis pengeluar kenderaan jenama lain. Aku juga pernah berterima kasih dan menulis tentang yang positif mengenai pusat servis ini. Malah aku juga mempelajari sesuatu untuk kelas OSH yang aku ajari dari pusat servis ini.

Kunjungan aku baru-baru ini menyaksikan penambahbaikan yang ketara di pusat servis ini. Aku tidak pasti sama ada penambahbaikan ini berhubungkait dengan cadangan yang pernah aku tulis dan masukkan ke dalam peti cadangan di pusat servis tersebut pada suku ketiga tahun lepas atau ada pihak-pihak tertentu yang membaca runggutan aku di dalam blog ini pada Disember tahun lepas.

Ruang pelanggan menunggu kini diubah keseluruhannya dari hanya menghadap lebuhraya dan barisan penasihat servis ke ruang yang sepatutnya iaitu berhadapan cermin pandang terus ke bahagian servis. Set tv juga diubah ke sini.

Suratkhabar juga rasanya sudah terdapat beberapa jenis dan tidak perlu lagi berebut dengan salesman-salewoman di situ. Majalah pula tidak kelihatan!

Memandangkan servis untuk Pesona aku yang telah menjangka 30 ribu kilometer itu memakan masa 3 jam, aku menghabiskan masa menunggu aku dengan menyiapkan tugasan merekabentuk semula trek lumba Melaka International Motorsport Circuit.

Pada masa yang sama aku berpeluang melayari internet percuma di sini.

Syabas Pusat Servis 3S Proton Edar Juru Autocity terhadap penambahbaikan ini.

Namun begitu Pesona aku masih bermasalah yang sama berulangkali. Bonet belakang kadang-kala dan kerap sukar dibuka menggunakan kunci yang mengakibatkan anak kunci sudah bengkok. Pengendali volume suara pada steering sudah dua kali rosak. Agaknya bila masalah remeh temeh ini akan selesai!

Hati aku kemudiannya ”disejukkan” apabila makan Bawal Goreng di Warung Kelapa Sawit. Pelanggannya yang sesak akibat hujan baru sahaja berhenti menyebabkan aku terpaksa makan bawal di bawah pokok kelapa sawit dengan sekali-sekala renjisan rintikan air hujan dari daun kelapa sawit.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Bukan rezeki insan itu !

Bukan rezeki insan itu !

Petang itu petang Khamis 30 April 2009.

Aku menanti dalam kereta berhadapan Ipoh Bakery, Jalan Taming Sari menantikan orang rumah seorang aku itu membeli roti.

Aku terlihat seorang insan terbongkok-bongkok mencangkung dan menghadap tong sampah di kaki lima kedai ini.

Ya Allah ! Insan yang bukan seagama dengan aku itu sedang memakan sisa-sisa nasi dalam beg plastik di dalam tong sampah itu. Asyiknya insan ini menjamah sisa makanan yang sudah lunyai itu.

Aku terkedu lalu keluar dari kereta dan membeli dua buku roti berintikan sadirn. Mulanya aku ingin memberinya sedikit wang agar dia boleh membeli nasi tetapi aku teringatkan seorang insan lain sebangsa dengannya yang pernah aku tolong seketika lalu yang membelanjakan wang pemberian aku itu di kedai tuak menyebabkan aku membatalkan niat untuk memberinya wang.

Aku menghampirinya. Dari jauh sudah terbau tubuh badannya yang mungkin sudah lama tidak dibasahi air. Dia berpakaian lengkap dan berkasut sambil membimbit beberapa beg plastik yang entah apa diisinya.

Aku menegurnya, melarangnya memakan sisa-sisa makanan itu dan menyuakan dua buku roti itu.

Dia merenung aku dan terus mengeluarkan kata-kata yang tidak aku fahami.

Antara butirannya yang sempat aku tangkap ialah;

”Lu tahu kah? Itu makanan sudah komersial. Dia punya dalam ada macam-macam bahan! Blah, blah, blah.............”

Aku terus masuk dalam kereta.

Insan ini masih membebel sambil terus menyuap sisa-sisa makanan itu.

Orang rumah seorang aku itu keheranan. Lebih-lebih lagi aku mengambil dua buku roti itu tanpa membayar hanya memberi isyarat kepada Mrs Tan tauke kedai sememangnya sudah lama mengenali aku agar mengambil duit dari orang rumah aku.

Aku meninggalkan kedai itu sambil menceritakan hal yang terjadi kepada orang rumah aku itu.

Sebuku roti berintikan sadirn itu dikongsi dua oleh aku dan orang rumah aku. Manakala sebuku lagi menjadi santapan anak jantan seorang aku itu.

Bukan rezeki insan tersebut.

”Dia nak KFC kut, ayah!” kata anak jantan seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar berikut diterima melalui email yang bertajuk "Better than KFC!"



Kisah yang menyayat hati!

Untuk mereka yang tabah sahaja. Klik di sini untuk tontonan seterusnya!

Roti Canai Highway Corner Sungai Dua, Seberang Prai



Roti Canai Highway Corner Sungai Dua, Seberang Prai

(Kari Dal atau ada yang panggil Parpu biasanya Kacang Dal ditambah hirisan atau potongan Kacang Panjang, Terung, Bendi, Kentang dan Karot. Ada juga yang bubuh Kobis. Bahan-bahan ini menjadi pilihan masakan ala-mamak. Kalau melayu pula ditambah pisang muda, umbut pisang dan kadang-kala mempelam muda!

Itu sayur-sayurnya, kalau daging pula ditambah tulang (rangka) ayam, kaki atau tengkok ayam. Kalau lembu dan kambing pula, bahagian tulang dan rusuk menjadi pilihan!

Di Taiping sebenarnya selepas Air Kuning menghala ke Changkit Jering, Warung Pokok Manggis di situ menyediakan Roti Canai berkuahkan Kuah Dal dengan Keledek. Seawal 7 pagi warung kecil bawah rimbunan pokok-pokok manggis ini sesak dengan pelanggannya. Di pinggir jalan berbaris kenderaan terutamanya van hospital, pickup Plus, trak askar dan TNB.)


Minggu lepas dalam perjalanan awal pagi dari Taiping ke Sintok, aku singgah di Warung Highway Corner. Warung ini betul-betul berhampiran simpang Sungai Dua dan lebuhraya. Kalau dari lebuhraya kena buat U-turn di stesen minyak yang berdekatan.

Kali pertama aku datang ke warung ini dua minggu lepas. Jam baru pukul 10.30 pagi tapi roti canai dan nasi lemaknya sudah habis. Kali ini aku datang belum lagi jam 8 pagi.

Kuah Roti Canai di sini Kuah Dal tanpa apa-apa bahan tambahan. Betul-betul “Dal-Kosong”. Tapi kuahnya tiada tandingan. Kuahnya manis macam ditambah gula! Manis ini disebabkan keledek yang turut dipotong kecil ala-kiub. Itupun ada pelanggan yang order kuah diminta tambah gula!

Walaupun tanpa tambahan sayur-sayuran, kuah ini dimasak dengan kaki dan tengkok ayam. Ada pelanggan (rasanya regular customer!) yang minta kuah “ceduk buntuk periuk”!

Berbeza dengan Kuah Dal Roti Canai Warung Pokok Manggis yang agak pekat, Kuah Dal Roti Canai Warung Highway Corner ini agak cair. Aku lebih gemarkan kuah yang cair sebegini.

Kalau sesiapa yang datang dari Rumah Tol Sungai Dua, perlu belok kiri dan warung ini terletak di sebelah kanan jalan. Terus sampai ke deretan warung-warung Mee Udang Sungai Dua dan buat U-turn di stesen minyak berhampiran.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, May 05, 2009

Sepetang di Taiping

Pelita Taiping Sentral - Pets tu rupanya "jurujual"!

Lake Garden - No entry?

Penang Coconut Jelly

Penang Coconut Jelly

Di Thailand memang sudah lama terkenal Buah Kelapa Berjelli ini. Di Penang ada dua buah kedai yang terkenal. Dua-duanya di Jalan Dato Keramat. Kedai asal berhampiran di Balai Polis Jalan Patani. Sebuah lagi baru dibuka berdekatan Kuil Jalan Macalister. Dua-dua kedai ini menjual kelapa muda.

Gambar-gambar dari
http://www.what2seeonline.com

Sebuah lagi laman web menarik mengenai Penang ialah; http://www.penangtuapui.com/

Bukan Selsema Babi! Tapi Selsema B.H.J.

Mak Long Huduh aku demam!

Demamnya tangkap urat sendi! Tumit dan tapak kaki menyilu nak pijak lantai. Bahu dan lengan lenguh semacam. Itulah kata Kak Hawa dalam telefon pada mak aku..

Bila dia demam mak, tanya aku.

Dah seminggu.

La, aku terserempak dengan Kak Hawa dua hari lepas di Tesco dia tak kata apapun. Sebenarnya Kak Hawa ini muda banyak tahun dari aku tapi aku sudah terbiasa memanggilnya ”kak”. Walaupun hubungan kekeluargaan kami rapat tapi aku boleh dikira bersembang dengannya. Dengan Kak Mek, kakaknya memang aku rapat. Bayangkan kecik-kecik dulu Kak Mek ini yang basuh punggung aku!

Aku telefon handphone Kak Mek sebab telefon rumah sudah lama tak pakai. Kak Mek ini tinggal sebelah rumah maknya. Manakala Kak Hawa yang masih belum berkahwin tinggal serumah dengan Mak Long Huduh.

Mak Long tengah mandi. Pak Da Din (abang Mak Long Huduh) ada lah kalau nak cakap, pelawa Kak Mek.

Pak Da sihat ka? Aku sapa selepas memberi salam.

Pak Da sehari dua ini sihat. Mak Long mu ini dah seminggu demam tak kebah. Pak Da dah jerang Pokok Putarwali dan Hempedu Tanah tapi tak serasi juga. Asam Jawa dan Daun Garuda bukan lagi dijelum tapi boleh dibuat mandi. Lendir Lidah Buaya pun rasanya dah sebotol bertempek di dahi.

Petang nanti Pak Da nak ke baruh cari akar Kucing Galak dan daun Mas Contek pula. Benda dua ni elok untuk selsema. Panjang lebar Pak Da menerangkan pengetahuan adisionalnya.


Selsema? Bawa pergi kliniklah Pak Da! Cadangan aku.

Terus Pak Da Din potong cakap aku.

Bukan Selsema ”binantang haram jadah” tu! Memanglah tok nenek dia banyak atas bukit tapi puak tu sihat-sihat belaka. Tak pernah sakit demam!

Nak tergelak aku mendengarkan ”sihatnya” babi-babi di Batu Kurau ini.

Mu bila nak balik Tukuro ini, Man? Mak Long mu ni nak ajak mu pergi Taiping Sentral.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Man in the coffee beans



Man in the coffee beans

Doctors have concluded that if you find the man in the coffee beans in 3 seconds, the right half of your brain is better developed than most people. If you find the man betwee in 3 seconds and 1 minute, the right half of the brain is developed normally. If you find the man between 1 minute and 3 minutes, then the right half of your brain is functioning slowly and you need to eat more protein.. If you have not found the man after 3 minutes, the advice is to look for more of this type of exercise to make that part of the brain stronger!!! And, yes, the man is really there!!!

Doktor membuat kesimpulan bahawa, jika anda jumpa lelaki dalam gambar biji kopi di atas dalam masa 3 saat : bahagian otak kanan anda berfungsi lebih baik dari kebanyakan orang, dari 3 saat ~ 1 minit : Fungsi bahagian otak kanan anda adalah normal, dari 1 ~ 3 minit : Otak kanan anda berfungsi perlahan dan anda perlu makan lebih protein, melebihi 3 minit : Anda dinasihatkan mencari latihan seumpama ini utk menguatkan lagi otak anda!!! Betul...! Memang ada lelaki dalam gambar ni!

Klik di sini untuk jawapannya, kalau anda sudah berputus asa (maknanya otal anda sudah bermasalah!)