Tuesday, November 03, 2009

Usah buta dalam cahaya



Usah buta dalam cahaya

Membaca catatan Adam dalam ruangannya Jarum Emas dalam Berita Minggu Ahad 1 November 2009 baru-baru ini benar mendetikkan hati saya. Mungkin benar katanya; usah buta dalam cahaya.

Bagaimanapun saya masih menganggap posting saya berkenaan hal yang sama dalam blog ini adakah semata-mata penulisan genre satira. Apapun saya bertanggungjawab dengan semua posting dalam blog ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Artikel sepenuhnya;

Metro Ahad 8 Nov 2009
Jarum Emas: ‘Potong’ dipersenda

Iklan ini berunsur humor tetapi ia seperti serampang dua mata, sebabnya apabila sebut perihal ‘potong’ baik orang Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Asli dan pelbagai suku kaum di negara kita sedia maklum ‘potong’ dituju pada Melayu.

‘Potong’ adalah bahasa brutal tetapi sejak zaman nenek moyang kita ia disebut masuk Jawi, sunat atau berkhatan.

Dalam filem pendek Potong Saga garapan Ho Yuhang, judulnya saja cukup untuk kita memahami soal potong.

Potong Saga antara 15 filem pendek popular di You Tube, bilamana seorang lelaki Cina mahu berurusan dengan perbankan Islam tersilap dengar informasi, lalu tiba borang diserahkan, kakitangan bank seorang wanita bertudung dengan wajah kehairanan pandang lelaki itu atas bawah, “U potong rambut cukuplah, yang lain tak perlu potong punya.”

Ada yang menyindir `Potong Saga' itu ‘potong zakar.’ Apa rasionalnya soal `potong' ini dipersenda, saya pun tidak faham walhal potong atau khatan ini adalah antara ibadah murni yang dituntut Islam termasuk dalam lima fitrah.

Antaranya mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak, bahkan masyarakat Yahudi pun mempunyai amalan khatan tersendiri di dalam bahasa Hebrew disebut ‘brit milah’, di dalam loghat ashkenazi disebut ‘Bris Milah’, loghat suku Sephardi disebut ‘Berit Milah’ dan loghat Yiddish pula disebut ‘Bris’.

Masyarakat Yahudi melakukan khatan sejak zaman Nabi Ibrahim dengan penuh adat-adat agama Judais berdasarkan suatu ayat dalam kitab Taurat yang berbunyi;

“And God spoke to Abraham saying: …This is my covenant which you shall keep between Me and you and thy seed after you -every male child among you shall be circumcised.”

(Bab Genesis, ayat ke-12)

Di mana masyarakat Yahudi itu tinggal walau di luar Israel, amalan Brit Milah harus dilakukan. Amalan ini dihukumkan wajib bagi masyarakat Yahudi kerana ia melambangkan identiti keyahudian seseorang Yahudi itu. Meninggalkan amalan ini dipercayai menggugurkan identiti tulen Yahudi.

Natijahnya menonton iklan `potong, potong, potong,' dan filem pendek Potong Saga, kita gelak besar malah ada sahabat saya terbahak-bahak sampai keluar air mata, aksi itu samalah seperti dia menonton Hang Tuah Fail SPM dalam loghat Kedah, tetapi tanpa disedari kita terketawakan diri kita sendiri.

ADAM: Usah buta dalam cahaya.

No comments: