Wednesday, December 02, 2009

Seolah-olah baru semalam


Seolah-olah baru semalam

Seolah-olah baru semalam, aku menyaksikan anak jantan seorang aku itu naik pentas mengambil hadiah semasa beliau di Tabika. Agak sukar untuk mempercayai yang sebenarnya minggu lepas aku menyaksikan dia naik semula ke atas pentas untuk anugerah pencapaiannya di Tahun 6.

Melihatkan kanak-kanak Tabika ini berbaris mengingatkan aku semasa kecil dahulu aku hanya sempat "bertabika" 2 hari! Manakan tidak, Tok Saudara aku balik - akupun lari dari kelas ikut dia balik sedangkan kelas baru bermula!

Rupa-rupanya sejarah berulang kembali. Anak jantan seorang aku itu hampir tidak mahu ke tabika. Malah kami sengaja tidak mahu menghantarnya ke Tabika yang diajari oleh orang rumah aku.

Lagi membimbangkan aku, hampir sebulan di bulan pertama persekolahannya di Tahun 1, dia enggan ke sekolah! Mujurlah 6 tahun itu sudah berlalu walaupun seolah-olah baru semalamnya ianya berlaku!

Anakku! Perjalanan kau masih jauh!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: