Thursday, December 31, 2009
Sedap kah donut?
Sedap kah donut?
Begitu soalan yang keluar dari mulut aku apabila seorang rakan sekerja sama-sama berulang-alik dari Taiping ke Bangi di setiap hujung minggu semasa mengikuti program Master di UKM tahun 2003/2004 dahulu, yang tidak akan lupa membelikan beberapa biji donut (sudah tentu Dunkin Donut!) untuk anak-anaknya semasa dalam perjalanan pulang ke Taiping.
Aku hanya mengenal donut yang seperti gambar di atas semasa bersekolah di asrama. Itupun mulanya menyangka donut ini Kueh Keria ataupun ada yang memanggilnya Kueh Gelang!
Teringat seorang rakan semasa bersekolah asrama dahulu. Kegigihannya menjual donut (dan juga maggie serta Kek Krim) menyebabkan namanya berakhir dengan gelaran donut!
Donut-donut le, sekarang rakan tersebut (yang baru balik menunaikan haji!) sudah memiliki beberapa buah kilang rempah, herba dan plastik di samping mempunyai pelbagai bisnes lagi termasuklah komputer, butik dan sebagainya.
Kenapalah aku tidak menjual donut semasa bersekolah asrama dahulu?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Cendawan Goreng Tepung
Cendawan Goreng Tepung
Gambar-gambar atas ialah Cendawan Goreng Tepung yang dijual di Medan Selera Hijau Kuning UUM ataupun lebih dikenali di kalangan pelajar UUM sebagai Lego.
Harga 10 sen setangkai yang siap digoreng. (Sepiring cendawan seperti dalam gambar di atas ialah RM 1.00). Mengikut pekedai yang menjualnya, beliau membeli cendawan mentah dengan harga sekitar RM 5.00 - 6.00 sekilo.
Manakala gambar-gambar di bawah ialah Cendawan Goreng Tepung yang tersedia untuk digoreng dijual oleh seorang kenalan saya dalam NGO Warga Kilang. Harganya agak tinggi iaitu RM 5.00 untuk sepeket 250 gram. Bagaimanapun rasanya amat lazat tetapi sedikit pedas.
Sebelum ini biasanya dalam peti sejuk di rumah saya tersedia cendawan mentah yang dibeli orang rumah saya dari supermarket. Cendawan ini kemudiannya disalut dengan tepung KFC atau Tempura berserta telur sebelum digoreng. Dengan adanya Cendawan Goreng Tepung ini, lagi mudah untuk menyediakannya. Di rumah saya di Kamunting serta di rumah saya di UUM Sintok sentiasa ada stock menanti untuk digoreng.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Sesiapa yang melalui Tapah, boleh mencuba Cendawan Goreng Tepung Pak Megat di warung berhadapan Balai Polis Tapah. Di sini cendawan mentah hasil tanaman Pak Megat dijual RM 5.00 sekilo. Kalau siap bergoreng, Pak Megat menjualnya RM 6.00 sekilo.
Celek nampak Kuih Peria, Pejam rasa Kuih Pau
Celek nampak Kuih Peria, Pejam rasa Kuih Pau
Semalam semasa bersarapan di sebuah warung tepi jalan di Changlung sebelum ke Hat Yai, aku ternampak Kuih Peria di celah-celah puluhan kuih Melayu lain.
Dari segi rupa memang ianya Kuih Peria walaupun permukaan luarnya tidak berkilat.
Sperti diduga, Kuih Peria yang dimakan ini (mujurlah cuma diambil sebiji!) rasanya bukan Kuih Peria yang pernah aku makan. Luarnya seperti Kuih Peria tapi rasanya macam Pau Inti Nyior!
Tak tahu lak pulak kalau Kuih Peria belah sini memang macam ini buatannya (dan rasanya)!
Teringat aku Kuih Peria aruah Mak Mat Jari yang terkenal di Kamunting tahun 80an dahulu.
Kuih Perianya hijau berkilat. Tepung kulit luarnya liat. Boleh tertanggal gigi palsu kalau yang memakannya memakai gigi palsu. Inti Nyiornya berlemak. Pastinya bukan dari hampas perahan santan.
Apa yang menarik aruah menggunakan sejenis kain jaring (net!) untuk membentuk kulit Kuih Peria ini. Ulian tepungnya kehijauan dan wangi kerana daun pandan (bukan pencelup) itu dimuat ke dalam jaring ini dan dipulasnya untuk membentuk bujur buah peria yang berjalur.
Kebanyakan pembuat atau penjual Kuih Peria ini biasanya turut menjual Kuih Dangai.
Mana agaknya boleh dicari Kuih Peria dan Dangai yang masih asli lagi?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/