Friday, April 30, 2010

Belacan Bintulu



Belacan Bintulu

Kata Geng Bintulu, belacan di sana diperbuat dengan 100 persen anak udang segar dan warnanya kemerahan serta tidak ditambah dengan sebarang pewarna tambahan.

Harganya? Sekitar RM 50.00 - RM 70.00 sekilo.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Jamu Maklong Huduh dengan Nasi Lemak Beras Bario



Jamu Maklong Huduh dengan Nasi Lemak Beras Bario

Malam tadi Maklong Huduh makan malam di rumah aku.

Sebenarnya Maklong Huduh dan Kak Hawa, anak perempuan dia nak singgah sholat Magrib saja. Tetapi kerana petangnya Maklong Huduh sudah beritahu dia akan singgah, orang rumah seorang aku itu masak Nasi Lemak Bario yang di-buah tangan-kan dari Geng Miri minggu lepas.

Kata Maklong Huduh, dia dijemput ke Hotel Flemington untuk ceramah perniagaan tani. Mulanya jenuh aku memikirkan di mana letaknya Hotel Badminton! Lepas Maklong Huduh kata di Lake Garden baru aku teringat Hotel Flemington! Nak tergelak juga aku tapi takut kena maki dengan maklong mulut laser aku ini.

Macam biasa lepas sholat Magrib, Maklong Huduh saja buka tudung saji atas meja makan.

"Maklong dah habis sembahyang ka? Jom makan dulu Maklong!", ajak orang rumah aku seorang itu.

"Maklong tak tengok mu semayang lagi?", tanya Maklong sambil selak tudung bekas kaca isi Sambal Tumis Sotong Kering.

"Ella tak boleh sembahyang hari ni.", kemaluan-maluan jawab orang rumah aku seorang itu. Perihatin betul Maklong aku ini.

"Jom Maklong, jom Kak Hawa. Kita makan Nasi Lemak Beras Bario ni!", ajak orang rumah aku seorang itu. Aku buat-buat tak dengar sambil baca paper.

"Nasi Lemak! Mu biar betui! Orang makan Nasi Lemak pagi saja. Ntah-ntah ni nasi pagi tadi mu perangat!" Huh! Mulut laser dah berbunyi!

"Ella baru masak saja sebelum Magrib tadi. Ini Beras Bario dari Sarawak Maklong.", ujar orang rumah aku seorang aku sambil menceduk nasi ke dalam pinggan.

"Boh sikit saja sebab orang yang panggil Maklong dengar ceramah tu kata ada makan malam di hotel sat lagi."

"Sebenarnya Maklong, ceramah perniagaan tani ini ceramah mengenai apa Maklong", saja aku tanya.

"Maklong pun tak berapa tahu tapi Noh anak Paklong Salleh yang dok kumpul orang ni kata boleh buat duit. Nak usaha sendiri boleh, nak masuk modal saja pun boleh!"

"Baik-baik Maklong. La ni ramai yang berniaga atas angin ni.", nasihat aku.

"Ala Maklong nak pergi dengar saja. Merasa juga makan di hotel."

Kelam kabut Maklong Huduh dan Kak Hawa berjamu Nasi Lemak Beras Bario dengan Sambal Tumis Sotong Kering. Itupun sempat komplen menu tak lengkap dengan Timun. Sebenarnya orang rumah seorang aku sudah pesan supaya aku keluar beli timun tapi terlupa.

Pukul 11.30 malam, henpon aku tiba-tiba berbunyi. Tertera nombor Maklong Huduh aku ini.

"Maklong dah sampai Tukuro ke?"

"Tak lagi. Baru nak naik motor depan Hotel Badminton ni"

"Macamana Maklong? Boleh jadi kaya ka? Sedap tak makan di hotel?"

"Mu jangan memain Maklong Man! Nanti kalau Maklong kaya mu juga boleh tumpang sama. Ni Maklong telepon nak tanya Nasi Lemak ada lagi ka?"

"La baru saja Man dan Hakim perabih Maklong. Maklong lapar lagi ke? Makan kat hotel macamana?"

"Makan ntah apa-apa! Benghong kerah!"

"Besok Man suruh Ella masak lain."

"Tak apalah Man. Mu ada rumah tak Sabtu ni? Maklong nak jumpa sat."

"Sabtu ni pagi Man pergi lawat rumah anak yatim Maklong. Petang adalah. Kenapa Maklong?"

"Ni pasai perniagaan tani ni lah. Aku nak minta tolong mu sikit. Nantilah petang Sabtu Maklong cerita."

"Ok lah Maklong. Petang Sabtu kita jumpa. Nak Man balik Tukuro ke?"

"Tak pa, tak pa Maklong datang rumah mu. Maklong cadang nak pergi supermarket baru Econsave di Kamunting tu. Pesan orang rumah mu masak Nasi Lemak Bario tu banyak-banyak sikit. Jangan lupa Timun. Tadi Maklong makan tak puah. Pandai juga orang rumah mu masak Man ni!"

Huh! First time Maklong puji orang rumah aku seorang itu. Nasib baik dia dah lena. Kalau tak, nak juga aku sua henpon terus ke telinga dia. Tentu pakat "kembang" semua!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com






Di Sarawak terkenal dengan Beras Iban dan Beras Bario (nama asalnya Beras Adan). Beras Iban adalah padi huma. Manakala Beras Bario ditanam di antara tanah pamah dan tanah tinggi. Beras Bario ini banyak ditanam di Bario dan ba'kelalan.

Beras Bario ini seumpama Beras Wangi tapi saiznya kecil tidak panjang. Berasnya seakan Beras Pulut. Paling sesuai untuk masak Nasi Lemak, di-rekomen-kan oleh seorang Chef Muda di Miri.

Harga Beras Bario di Miri ialah RM5.00 sekilogram.

Dua minggu lepas lengguh juga bahu membimbit 20 kilo Beras Bario yang di-buah tangan-kan dari Geng Miri di samping Kueh Cincin dan Belacan Bintulu buah tangan kenalan lama asal dari Pulau Tiga, Parit yang kini menetap di Miri.

Wednesday, April 28, 2010

Malaysia International Classic Bike Festival 2010


Malaysia International Classic Bike Festival 2010

Kelab Motosikal Klasik Utara dengan kerjasama Tourism Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Malaysia International Classic Bike Festival 2010.

Tarikh : 30th April, 1-2 May 2010

Tempat : The Regency Alor Setar,Kedah Darul Aman

Terdapat pelbagai jenis motosikal klasik yang dipamerkan. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Dari Trek Sepang, Selangor ke Selekoh Sumpitan, Lenggong


Dari Trek Sepang,Selangor ke Selekoh Sumpitan, Lenggong

Merahnya Mak Ngah Racing Boot Kushitani Hamamatsu. Klik di sini untuk kisah Little Red Riding Hood Riding Boot yang diperlukan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Minat dia ataupun minat kita sebenarnya?






Minat dia ataupun minat kita sebenarnya?

Kanak-kanak membesar dengan minat dan kecenderungannya tersendiri. Adakah minat dan kecenderungan itu digalakkan oleh kita? Atau kerana ianya sememangnya apa yang kita minat atau cenderung, secara langsung atau tidak kitalah yang mengalakkannya (memaksanya?) supaya meminati atau cenderung ke arah apa yang sebenarnya adalah minat kita!

Klik di sini untuk gambar lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Jangan takutkan sikecil dengan polis dan hantu!

Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!

Keting, keting, keting!




Keting, keting, keting!

Tuesday, April 27, 2010

Bezanya di sini tak ada aircorn bang!


Bezanya di sini tak ada aircorn bang!

Cerita 1.

"Bezanya di sini tak ada aircorn bang! Kat dalam shoping complex tu ada aircorn! Tag dan plastik sama cuma kotak saja tak ada!"

Itulah ayat-ayat cinta standard budak-budak muda penjual Croc di Rope Walk Sabtu lepas.

"Croc abang dan Croc anak abang pakai itu saya tengok sekali saja saya tau itu ori! Betui tak cakap saya bang? Berapa abang beli?"

"Itu dekat RM 200.00 satu! Kalau abang beli kat sini cuma RM 50.00! 75 persen potong bang! Banyak tu bang!"

"Macamana nak tahu ori ke tak ori?" saja aku tanya.

"Setakat nilah bang! Kami tengok saja pun tahu. Kalau abang nak tahu tengok wording dia - kalau tulis gemuk tu memang ori. Kalau tulis kurus tu bukan ori! Itupun ada shipment yang wordingnya gemuk pun tak ori!"

"Satu lagi - setakat nilah! Abang tengok tapak hujung tu. Mesti ada huruf! Kalau ada huruf memang ori. Kalau tak ada huruf tu tak ori!"

"Tapi rasanya tak lama lagi shipment model baru yang tak oripun depa boleh bubuh huruf tu!"

Aku tengok muka anak jantan aku seorang itu. Anak jantan aku seorang itu tengok muka aku. Kira jadilah!.







Cerita 2.

"Di sini memang ada aircorn tapi apasai Kopiah Transformer ini harganya RM 19.90 saja ayah?"

Keheranan aku sambil membelek Kopiah Transformer di Mydin Penang Road petang sabtu lepas. Di merata tempat, di pasar malam, pasar pagi maupun gerai di lebuhraya, Kopiah Transformer ini dijual dengan harga paling rendah RM 45.00. Ada di sesetengah tempat itu dijual dengan harga lebih dari RN 50.00. Aleh-aleh di Mydin ni harganya hanya RM 19.90.

Apa yang membezakannya bukan lagi aircon. Malah di tempat aircorn inilah harganya dipotong sehingga mencecah 50 persen.

Apa yang membezakannya ialah di Mydin ini Kopiah Transformer ini dijual secara loose iaitu tiada kotak.

Tak kan harga atau kos satu kotak sampai melebihi RM 20.00!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com


Monday, April 26, 2010

Seni Ventriloquism

The Great Lester dengan Frank Byron Jr


Edgar Bergen dengan Charlie McCarthy




Stage Door Canteen 1943

Seni Ventriloquism

Penah mendengar Seni Ventriloquism? Atau Seni Bersuara Dari Dalam Perut (kerongkong?) ini?

Pengamal ventriloquism ini digelar Ventriloquist yang biasanya ditemani oleh patung yang dikenali sebagai “dummy” semasa membuat persembahan pentas. Ada ventriloquis yang mahir dengan pelbagai suara. Bagaimanapun kebanyakan ventriloquis yang terkenal hanya setia kepada satu jenis suara dan satu watak dummy sahaja.

Biasanya dummy adalah watak manusia. Ada juga dummy terdiri dari watak binatang dan sebagainya. Kebanyakan dummy direka dengan pengerakan kedua-dua bahagian atau satu bahagian bibir sahaja. Ada dummy yang lengkap dengan pergerakan anggota badan yang lain seperti tangan. Ada dummy yang bersaiz separa tangan dan dummy yang lengkap tubuh badan sehingga ke kaki.

Seni ini mula dipopularkan oleh Harry Lester (1878 – 1956), yang dilahirkan di Poland. Beliau dikenali di atas pentas sebagai The Great Lester. Dikenali sebagai "Grandfather of Modern-Day Ventriloquism", Lester mendakwa orang pertama yang beraksi sambil menghisap rokok dan meneguk air di samping dummy sedang bercakap. Lester juga terkenal dengan persembahan sambil berjalan mendekati penonton bersama-sama dummynya sedang bersiul.

Lester juga berkemahiran dengan pelbagai jenis suara tetapi beliau lebih menumpukan kepada satu suara untuk watak dummynya yang terkenal iaitu Frank Byron, Jr.

Lester juga dikenali ramai sebagai guru ventriloquism. Salah seorang anak muridnya yang terkenal ialah Edgar Bergen

Ventriloquist Edgar Bergen terkenal dengan dummynya Charlie McCarthy yang bersamanya dalam satu siri radio 1937-1956 dan juga dalam filem Stage Door Canteen (1943).

Bagaimanapun seni ventriloquism mula pudar apabila televisyen berwarna mula diperkenalkan. Kini dengan pelbagai media hiburan berteknologi tinggi seni ini mula dilupakan orang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Ventriloquist Malaysia, Mahadi dengan dummy Jalutnya (Gambar dari internet)

27-Apr-2010 Stop Press. Malam tadi saya dihubungi oleh Warga Emas kenalan saya ini dan beliau memaklumkan saya mengenai Ventriloquist Malaysia, Mahadi dengan dummy Jalutnya.


Ventriloquism Boxer Dummy

Seorang kenalan saya Warga Emas (bekas guru Bahasa Inggeris) yang terlantar uzur keseorangan di Ipoh menghubungi saya baru-baru ini. Beliau yang mendakwa sebelum ini seorang ventriloquist dan pernah membuat persembahan di beberapa kelab malam tahun 70an (tidak pasti sama ada di Ipoh atau tempat lain) ingin menghadiahkan atau menjual dummy ventriloquism yang terakhir yang dimilikinya kepada yang berminat.

Sebenarnya beliau berhasrat agar saya mewarisi bakat seni ventriloquism dan dummy-nya itu. Sementelah saya didapatinya berminat dan biasa membuat pelbagai (selain ventriloquism) persembahan kepada khalayak ramai terutamanya kepada kanak-kanak. Malangnya saya tidak berminat dengan seni Ventriloquist. Sementelah beliau juga berkeadaan yang uzur ketika ini menyukarkannya mengajar dan memahirkan saya untuk menguasai seni ventriloquism.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan atau membeli dummy boxer ventriloquism ini boleh berbuat seperti berikut:

1. Menulis essei 100 perkataan dalam Bahasa Inggeris mengapa anda layak mendapat dummy boxer ventriloquism ini secara percuma* (emailkan kepada lukmanw@gmail.com) ataupun,

2. Membelinya dengan harga RM 100.00* dan emailkan dahulu maksud anda kepada lukmanw@gmail.com untuk mendapat pengesahan pembelian dan juga cara-cara pembayaran.


Keadaan dummy boxer ventriloquism adalah seperti dalam gambarajah. Dummy ini boleh mengerakkan lehernya secara spring mechanism dan pergerakkan kedua-dua belah tangannya dikawal oleh dua jari dalam badan. Dummy jenis ini tidak boleh mengerakkan bibir.

Setakat ini hanya ada sepasang pakaian (agak lusuh) pada dummy ini. Pemilik asal cuba mencari beberapa pakaian lain (jika masih ada dalam simpanannya). Pemilik juga cuba mencari sebuah lagi dummy dalam simpanannya yang didakwa boleh mengerakkan bibir.

*Bayaran RM 10.00 untuk kiriman pos secara courier atau anda datang sendiri ke Ipoh untuk mengambilnya.







Sunday, April 25, 2010

On line Businessman in making!




On line Businessman in making!

Berminat!
Klik di sini.

VCD Taare Zameen Par akhirnya menjadi milik aku!



VCD Taare Zameen Par akhirnya menjadi milik aku!

Kunjungan di Chow Rasta semalam juga berlarutan ke Tauhu Rendang dan Air Sarbat. Bersambung kemudian ke Mydin.

Tak disangka-sangka di Mydin ada terjual VCD Taare Zameen Par ini. Itupun tinggal satu salinan terakhir.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Bapa borek anak rintik


Bapa borek anak rintik

Pasti ramai yang menyangkakan dek pengelibatan aku dalam motorsport, banyak kelonggaran menggunakan kenderaan ber-engin ini aku berikan kepada anak jantan seorang aku itu. Sememangnya dari kecil lagi aku telah memperkenalkan aktiviti motorsport ini kepadanya tetapi kelonggaran itu sama sekali tidak.

Tahun ini umurnya sudah meningkat ke alam sekolah menengah. Hanya Disember tahun lepas aku membenarkannya sebenarnya lebih tepat mengajarnya cara-cara menunggang motosikal itupun dengan pelbagai syarat dikenakan. Pada masa yang sama anak jantan aku seorang itu masih belum dibenarkan membawa motosikal walaupun hanya bersiar-siar di kawasan perumahan!

Aku bukan sahaja mengajarnya cara-cara menunggang tetapi aku juga memperkenalkan teknologi engin kepadanya. Alhamdulillah setakat ini beliau memahami prinsip 4-stroke dan 2-stroke dan mengetahui dengan jelas mengenai chassis, internal combustion, carburetor, injection system dan exhaust system. Pada masa yang sama aku juga terapkan asas-asas menyenggara kenderaan ber-engin ini.

Sebenarnya aku dan orang rumah seorang aku itu pernah dikejutkan dengan hasratnya untk menjadi pelumba motosikal! Lebih-lebih lagi anak jantan aku seorang itu sering diceritakan oleh kenalan-kenalan lama aku bagaimana satu ketika dahulu aku juga pernah menceburi bidang ini. Sukar juga aku member jawapan di atas permintaan ini. Bagaimanapun rasanya aku Berjaya menyakinkannya bahawa pelumba motosikal di Malaysia ini masih belum lagi dianggap sebagai kerjaya.

Pagi tadi bersama-sama anak jantan aku seorang itu, kami membuat “housekeeping” di loteng rumah aku di Kamunting ini. Banyak khazanah zaman pertualangan aku dengan motosikal terutama di KL dahulu yang bakal diwariskan kepadanya. Fullface helmet, racing suit, glove dan racing boot yang masih tersimpan dengan elok, sentiasa ber-kiwi dan dikilatkan dengan rasminya bertukar tangan hari ini.

Bagaimanapun tepat seperti dikatakan orang-orang tuan dahulu; bapa borek anak rintik. Anak aku mewarisi “gen kaki besar” dari aku! Antara banyak khazanah-khazanah yang ada, racing boot Kushitani Hamamatsu tidak muat kakinya.

Paling akhir aku menyarung racing boot pada tahun 2001 apabila diperlawa oleh Shell untuk menguji petrol birunya itu di Litar F1 Sepang. Secara kebetulan Suzuki pula ketika itu baru memperkenalkan FXRnya dan menpelawa aku untuk mengujinya. Semenjak dari itu racing boot ini hanya tersimpan dalam kotak khas di loteng rumah aku.

Agak-agak apa yang hendak aku buat dengan Racing Boot Kushitani Hamatsu ini? Ada sesiapa yang hendak bertukar Casual Riding Boot yang saiznya paling besar untuk aku ataupun untuk anak jantan aku seorang itu?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/