Wednesday, June 30, 2010

Namapun Mudah aleh!




Namapun Mudah aleh!

Saya ramai kenalan di sektor perhotelan ini dari yang berpangkat GM hinggalah Bellboy. Malah orang rumah saya seorang itu juga ramai saudara-maranya di Penang yang bekerja di hotel-hotel terkemuka di sana.

Menurut mereka, antara benda yang sering hilang sama ada salah letak atau dicuri ialah Pengendali Siaran Tv Mudah Aleh Tanpa Wayar (Wireless tv remote control). Patutlah ada hotel (terutama yang tidak berbintang!) hanya memberikan remote ini semasa check-in di kaunter dan kemudiannya mesti dipulangkan semasa check-out!

Kunjungan ke Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati pihak pengurusan hotel tersebut telah "manambahbaikan" remote ini. Bukan sahaja di "ikat" dengan kabel telefon malah penutup simpanan bateri juga di-skru-kan.

Mungkin tahap kesabaran pihak pengurusan hotel ini menangani masalah remote salah letak dan hilang telah sampai ke kemuncaknya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Malam Kesenian Islam 8 Julai 2010 Mini Stadium Keladi, Kulim

Makan-makan di Penang





Makan-makan di Penang

Sabtu dan Ahad lepas, seperti sebelum-sebelum ini aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu berada di Prai. Kebetulan pendaftaran pelajar baru hanya pada hari Sabtu, Ahadnya kami berlibur ke pulau.

Tengahari sabtu kami sempat ke
Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas ini. Dari jauh restoran ini umpama "rumah kenduri" dengan penghujung bertali-arus keluar masuk! Betul-betul 1 Malaysia! Melayu, China dan India saling berganti tempat duduk.

Pujian kepada pengusaha restoran ini kerana pekerjanya bukan sahaja ramai tetapi pengagihan pekerja pada "work station" amat cekap seperti kaunter, pemotong daging/ikan, penceduk nasi, pembungkus dan pengira. Itu tak termasuk pelayan yang sentiasa memeriksa meja.

Apa yang kurang selesa sikitpun hanyalah ruang makannya terlalu banyak meja dan sudah tentu semua meja penuh! Kini restoran ini juga menyediakan ruang tempat letak yang luas bersebelahan restoran.

Menu kami tiga beranak hari itu ialah Ikan Terbuk dan Keli Bakar, Daging Bakar, Telur Ikan, Pekasam, Kerabu Perut, Ulam-ulaman. Uh! Sampai hari ini terasa Air Asam dan Sambal Kicapnya!

Ahadnya kami ke pulau. Seperti biasa singgah di
Pasar Lambak Rope Walk Jalan Kulit. Banyak juga buku dan majalah terpakai yang kami bertiga memborongnya. Kemudian perkena Char Ketiaw dan Mee Hokien di Gerai Sinar Bintang berhampiran.

Selepas menjamu mata di Gurney Plaza, kami ke Warung Tauhu Rendang di Chow Rasta. Mungkin bukan rezeki kami, warung ini rupanya ditutup pada setiap hari Ahad. Rupa-rupanya kunjungan kami sebelum ini ke warung ini tidak pernah pada hari Ahad.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Tauhu Rendang Chow Rasta

Al Fatehah Datuk Ismail Shah Bodin (1939 - 2010)


Al Fatehah Datuk Ismail Shah Bodin (1939 - 2010)

Ahad 27 Jun 2010, Datuk Ismail Shah Bodin, mantan Datuk bandar Ipoh dan juga mantan YDP Majlis Perbandaran Taiping sebelum itu telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Hubungan peribadi saya dengan Allahyarham agak rapat sementelah aruah sangat berminat dalam bidang permotoran ini. Aruah juga merupakan penasihat tidak rasmi kepada Royal Perak Motor Club di mana saya sebagai penolong setiausahanya.

Aruah dan saya bersama-sama terlibat dalam banyak aktiviti permotoran ini termasuklah beberapa aktiviti peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Vintage/Classic Car Rally - London Sydney Marathon 2000 dan juga acara sokongan permotoran dalam LIMA di Langkawi hampir saban tahun.

Bagi saya, Perak kehilangan seorang lagi pengiat sukan permotoran ini.

Al Fatehah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, June 20, 2010

Menjamu hati selain mata dan perut




Menjamu hati selain mata dan perut.

Klik di sini untuk cerita selanjutnya.

lukmanw@gmail.com
http:/orangkecilorangbesar.blogspot.com

Saturday, June 19, 2010

No reservations End Part 15 - 18 Jun 2010










No reservations Part 6 KL Ipoh Kamunting 18 Jun 2010




No reservations Part 6 KL Ipoh Kamunting 18 Jun 2010

Cadangnya pagi ini kami ingin bersiar-siar di KL, mungkin kerana kerap ke KL kami memutuskan untuk berhenti di Ipoh sahaja sebelum menamatkan percutian kami kali ini.

Kami singgah di Restoran Nasi Beriani Gam Prima di Tanjung Malim untuk makan tengahari. Menu pilihan kami tiga beranak ialah Nasi Gam Ayam Merah dan Nasi Gam Kambing.

Kemudian kami singgah di Ipoh dan mengakhiri perjalanan hari ini di Jusco Ipoh untuk makan malam.

Setelah membeli beberapa buah buku bacaan, kami bergerak ke Kamunting. Tamatlah perjalanan No reservation kami di Kamunting tepat jam 10 malam 18 Jun 2010.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/









Friday, June 18, 2010

No reservations Part 5 Kuala Terengganu Beserah 17 Jun 2010





No reservations Part 5 Kuala Terengganu Beserah 17 Jun 2010

Malam semalam seperti di KB, KT juga direnjis hujan. Kami hanya makan malam di sebuah restoran berhampiran Hotel Seri Malaysia.

Pagi ini setelah bersarapan kami check-out dan terus ke Pasar Besar Kedai Payang. Hampir sejam aku melilau mencari parking. Terlalu banyak kereta terutama berplet luar Terengganu memenuhi kawasan Pasar Besar Kedai Payang ini.

Kami minum pagi dengan Nasi Dagang di atas Pasar Besar Kedai Payang ini. Ada juga kuih-muih tradisonal di atas meja tetapi tidak kami jamah kerana kesemuanya tidak bertutup dan dihurungi lalat!

Selepas membeli sedikit kain baju batik, keropok dan cenderahati serta menjamu mata kami bertolak keluar dari Bandar KT.

Seperti biasa kami singgah beberapa tempat di sepanjang jalan membeli apa jua yang terjual. Itupun terlepas juga Roti Paun dan Baulu!

Kami singgah di Temasik untuk makan tengahari lewat. Surau dan bilik air di Stesen Petronas di Temasik ini hebat sekali. Kami tidak pasti adakah kesemua Stesen Petronas yang banyak di sepanjang jalan KT ke Kuantan ini memiliki surau dan bilik air yang sama. Sepatutnya semua stesen menjadikan surau dan bilik air seperti di Stesen Petronas Temasik ini sebagai penanda aras (benchmark).

Kami makan tengahari di dalam Mesra Mart di Temasik. Mesra Mart ini walaupun luar dari kawasan Bandar Kuala Terengganu dan Kuantan, ianya seolah-olah seperti sebuah pusat membeli di bandaraya utama, besar dan lengkap dengan pelbagai kedai utama seperti Reject Shop, Toy R Us, Burger King dan sebagainya. Maklumlah di sini tempat “Warga Petronas” menetap!

Di Kijal kami berbelah bagi sama ada hendak berhenti atau tidak membeli Lemang Kijal yang terkenal itu. Mungkin kerana perut sudah sendat dan terlalu banyak kenderaan meneuhi sepanjang gerai-gerai menjual lemang di Kijal ini, kami meneruskan sahaja perjalanan.

Kami singgah di Beserah di rumah sepupu yang terlibat dalam perusahaan Keropok Lekor. Keluarga sepupu aku ini juga turut mempunyai gerai di Pasar Segar Beserah. Memang menjadi kebiasaan aku, kalau melalui Beserah mesti singgah untuk mendapatkan hasil laut segar yang baru dinaikkan ini.

Di Beserah juga seperti setiap perjalanan sebelum-sebelum ini, kami perkena Seafood di Restoran Pak Soo. Di restoran ini jugalah aku dan anak jantan aku seorang itu pernah bergambar dengan Ramli Sarip pada tahun 2003

Pukul 9 malam kami bertolak ke KL dan sampai di rumah kakak ipar aku di Taman Koperasi Polis, Gombak jam 11 malam. Sempat lagi “bersahur” beramai-ramai dengan Nasi Panas yang baru dimasak dan hasil-hasil lauk yang segar-bugar dan manis rasanya seperti Sotong Besar, Ikan Kembung dan Merah dari Laut Beserah ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com