High Mobility Tactical Vehicle VAMTAC 4X4
Dalam sebulan dua ini aku kerap terserempak di Taiping beberapa buah kenderaan 4x4 tentera yang menyerupai Hummer atau High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle (HMMWV lebih dikenali dengan Hum-Vee). Tetapi ada kemusykilan pada aku kerana bentuknya sedikit kecil dari Humvee.
Menyangkakan mungkin ianya “light model” atau cc rendah dari Humvee sebenar, aku tidak begitu mmpedulikannya.
Pagi tadi semasa keluar rumah dalam perjalanan hendak berjogging ke Lake Garden aku ternampak kenderaan 4x4 ini sedang berhenti mengisi minyak. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Rupa-rupanya ianya High Mobility Tactical Vehicle VAMTAC 4X4 yang diperbuat dari Sepanyol.
Aku pernah membaca sebelum ini (2009) Kerajaan Malaysia akan membeli 85 buah Vamtac bernilai RM60 juta setelah ianya didapari sesuai sebagai Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) Batalion Infrantri Standard melalui pengujian pada tahun 2007.
Aku pernah melihat beberapa kenderaan 4x4 mirip American Jeep membawa senjata dan menyangkakan ianya Vamtac. Rupa-rupanya kenderaan yang aku pernah lihat di atas lebuhraya itu adalah Mercedes G-Wagon yang kini banyak ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
Vamtac dipilih kerana kenderaan ini telah diujinilai oleh Tentera Darat Malaysia pada tahun 2007 dan mendapati ianya memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk digunakan sebagai KPS.
Terdapat 3 model Vamtac iaitu S3 dan I3. Versi S3 lebih lasak dari I3. Spesifikasinya seperti berikut.
Diesel 3200 cc. 6-silinder . Auto gear 5 speed. Full time 4x4. Gandar (axles) depan belakang double reduction dan 100% differential lock. Pneumatic brake dengan hydraulic double circuit. Tyre 37”.
Berat 3.5T. Kelegaan tanah (gandar) 440 mm, (badan) 490 mm. Side slope 50%. Fuel tank 110 liter. Dengan 17 liter / 100 km. Max speed 135 km/j.
Pemandu Vamtac yang aku temui ini memaklumkan ada lebih 60 buah Vamtac di Malaysia dengan 15 buah di Taiping.
Aku berpeluang menjenguk ruang dalaman Vamtac. Menurut pemandu tersebut, Vamtac ini lebih lasak dari Defender. Cuma masalahnya ia tidak begitu sesuai untuk pemanduan di tempat awam kerana tempat duduk pemandunya terlalu rendah dan terlalu banyak “blind spot” terutama di sebelah sisi kiri kenderaan.
Masalah ini sama seperti Humvee (seperti yang aku baca), yang direka-khas untuk kawasan tempur lapang seperti gurun atau padang pasir, mungkin Vamtac ini dengan saiznya (lebar dan panjang) kecil sedikit dari Humvee membolehkannya menyesuaikan diri untuk persekitaran Malaysia.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blosgpot.com
*Selagi aku tidak mencuba mengendalinya di off-road, LR Defender 110 masih menjadi pilihan utama aku.
4 comments:
Actually we've bought more than 85. 2nd purchase was made last year for 18 VAMTACS (during DSA'10) as trailer for towing the 105mm pack howitzer. Another 4 vehicles was bought few weeks back (as tendered out), as war reserves. So current total (incl order) is 107.
Hi
Thanks for the info.
Approx. RM705k sebuah...Hmmmm....
705K maybe siap masuk maintannce kot
Post a Comment