Friday, December 31, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Hantu Kak Limah Balik Rumah

Minggu lepas, aku, anak jantan seorang aku dan orang rumah seorang aku itu menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah di Taiping Sentral.

Siapa kata aku tak menyokong industri perfileman Malaysia?

Panggung penuh! Tahniah kepada Mamat Khalid.

Jalan cerita? Pada aku bolehlah....

Sekurang-kurangnya banyak yang telah Mamat Khalid improve-kan jika dibandingkan dengan filem-filemnya sebelum ini. Jalan cerita dan suntingan lebih mantap dari Man Laksa. Jauh lebih baik dari Zombie Kampung Pisang. Cerita lain hasil Mamat Khalid aku tak tengok.

lukmanw@gmail.com
http://orangjecilorangbesar.blogspot.com/

Ramai yang bawa keluarga dan kanak-kanak. Ada couple tu bawa anak kecil sekitar 2 tahun. Meraung budak itu di pertengahan cerita. Siapa yang sebenarnya yang nak tengok? Mak bapak atau anak kecil tersebut?

Koleksi Indiana Jones


Koleksi Indiana Jones

Bagaikan tidak sah jika berada di Pulau Pinang, aku, anak jantan seorang dan orang rumah seorang aku itu tidak menjejakkan kaki ke Rope Walk Lorong Kulit di belakang Stadium itu. Biasanya untuk “memujuk” orang rumah seorang aku itu ke sini, kami akan ke Gurney Plaza kemudiannya.

Seperti biasa aku dan anak jantan seorang itu ada sahaja barangan terpakai atau baru yang dibeli.

Di Gurney Plaza pula kami terjumpa Indiana Jones Collection. Dijual dalam set yang terdiri 10 replika dengan harganya yang boleh dikatakan berpatutan juga. Sebenarnya hanya 3 replika yang kami berdua idamkan seperti gambar dalam posting ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Ais Kacang Swatow Lane Penang




Ais Kacang Swatow Lane Penang

Bagi pengemar Ais Batu Campur atau juga dikenali sebagai Ais Kacang, aku pantang dimaklumkan mengenai menu minuman ini. Malah aku pernah pergi sejauh Hua Hin (beberapa kali!) di Thailand semata-mata untuk menikmati Ais Kacang di Pasar Malam di sana.

Sudah lama aku tidak menikmati Ais Kacang Swatow Lane di Penang. Setelah ura-ura mengatakannya sudah berpindah ke tempat baru yang lebih selesa 2, 3 tahun lepas, aku langsung tidak tergerak hati hendak ke sini.

Disember tahun lepas (2009) rakan superbiker dari Singapura menelefon aku bertanyakan di mana letaknya “New World Park Food Court Penang”. Aku pernah mendengar lokasi tetapi tidak tahu di mana letaknya.

Minggu lepas kebetulan aku berada di Pulau, aku menelefon Kuan Meng Heng (anak Bulldog Kuan) bertanyakan di mana letaknya New World Park Food Court Penang.

Rupa-rupanya New World Park Food Court Penang ini terletak bersebelahan Swatow Lane dan hampir kesemua peniaga-peniaga di Swatow dahulanya telah dipindahkan ke sini.

Bagaimanapun mengecewakan kerana ianya sama seperti sebelum ini iaitu hampir kesemua gerai dimonopoli oleh peniaga Bangsa Cina kecuali 2 gerai Pasembur Mamak. Mungkin sedikit berbeza kini ramai pembantu gerai yang terdiri dari bangsa asing Bangladesh dan Myanmar.

Aku juga tidak pasti sama ada Gerai Ais Kacang Lee New World (Lee Brothers) dalam New World Park Food Court Penang adalah Gerai ABC yang sama iaitu Kedai Ais Kacang Sin Sen Kai yang masih beroperasi di Swatow Lane. Apapun rasanya masih sama. Untuk kali ini kami hanya mencuba menu biasa bukan special yang ditambah dengan buah-buahan.

Pasembur di sini bolehlah tahan dengan kuahnya agak kehitaman. Rasanya jauh beza dengan Tahu Rendang Chowrasta!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/













Tipah tidak tertipu lagi!


Tipah tidak tertipu lagi!

“Abang ini asyik nak komplen saja! Ada saja tak kena.”, itulah yang kerap ditegur oleh orang rumah seorang aku kebelakangan ini.

Sebenarnya bukan saja komplen negative tetapi pandangan positif juga aku suarakan melalui blog OKOB ini. Apapun semuanya dengan satu tujuan untuk penambahbaikan.

Posting aku bertajuk “Macam tak nak meniaga saja” pada sebuah Kedai Photostat di Bandar Baru Bangi umpamanya mungkin tepat pada tajuknya. Kedai tersebut kini tidak pasti sama statusnya ada sudah ditutup atau pindah ke tempat lain. Kalau berpindah, harap-harap pengusahanya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Begitu dengan kedai-kedai lain yang tertera di dinding hadapan menawarkan pelbagai perkhidmatan tetapi bila dikunjungi semuanya tiada sama perkhidmatan itu bermasalah (rosak) ataupun perkhidmatan tersebut telah lama berakhir. Mengapa tidak dimaklumkan (diiklankan) semula memberitahu bahawa tiada perkhidmatan seumpama itu yang ditawarkan.

Gambar di atas ialah di dinding kaca hadapan Kedai Seven-Eleven di Seberang Prai, bersebelahan Restoran Kassim Mustafa umpamanya siap memaklumkan bahawa tiada dua perkhidmatan yang sering dicari-cari.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Apa cerita
Restoran Cherita Kedai Kopi di Bertam Perdana?

Restoran Ayam Penyet Jusco Perda


Restoran Ayam Penyet Jusco Perda

Minggu lepas, selesai servis kereta di Proton Edar, Juru, aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu ke Jusco Perda.

Kali ini kami mencuba menu di Restoran Ayam Penyet dengan tag linenya Masakan Jawa Timur dan Minang. Untuk mengubat rindu Menu Lelapan di Miri, kami mengorder Ayam Penyet, Dendeng Daging Berlado, Terung Berlado dan Gad-gado. Ladonya warna Merah tiada Lado Hijau.

Semua setnya dihidangkan dalam piring tembikar bersaiz piring. Tidak seperti set menu di Miri di mana setnya dihidang dalam pinggan dan boleh dikongsi lebih seorang.

Pendapat kami 3 beranak, menu-menu di Restoran Simpang Tiga di Ipoh lagi menyelerakan.

Gambar-gambar hanya diambil menggunakan telefon bimbit kerana malas nak patah balik ke parking mengambil kamera DSLR ataupun compact. Gambar-gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini tidak menentu hasilnya. Kadang-kadang elok, kadang-kadang kurang memuaskan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Thursday, December 30, 2010

K. Rajagobal vs Kabir Khan


K. Rajagobal vs Kabir Khan

Menonton Filem Hindi bertajuk Chak De! India lakonan Sharukh Khan di TV 2, malam Selasa lepas seolah-olah menonton (mengikuti) 2 perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 (di Stadium Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno Jakarta).

"Bila pula abang mula syok tengok cerita Hindustan ini?", tegur orang rumah saya seorang itu bila saya hanya masuk tidur jam 1 pagi setelah selesai filem Chak De! India itu. Sememangnya saya langsung tidak meminati cerita Hindustan, malah langsung tidak meminati Sharukh Khan terutama apabila hero pujaan ramai ini brlakon lawak bodoh.

Bagaimanapun telah tersenarai dalam diari saya beberapa DVD filem Hindustan yang pasti akan menjadi koleksi saya iaitu;

(i) Taare Zameen Par (Arahan/lakonan Amir Khan) yang telahpun saya miliki CDnya.
(ii) Heroes: Why should you not join the Indian Army? (Lakonan Sohail Khan Vatsal Seth)
(iii) Slumdog Millionaire (Arahan Danny Boyle)

Mungkin disebabkan saya bukan peminat Sharukh Khan, saya menolak ajakan rakan untuk menonton filem lakonannya bertajuk My Name Is Khan yang dikatakan antara filem terbaik Sharukh Khan. Mungkin selepas ini (selepas tertarik dengan lakonan tanpa lawak bodoh dan tanpa adegan cintan-cintun dalam filem Chak De! India ini) saya akan cuba menonton filem My Name Is Khan pula.

Bila pula produser Malaysia akan menghasilkan filem sukan? Asyik-asyik dengan lawak bodoh dan seram yang entah apa-apa. Filem Bola lakonan Dr Fadzley dan Linda Onn itupun entah apa-apa. Khabarnya ada yang berminat untuk filemkan kisah lagenda bolasepak SuperMokh. Apapun kisah pasukan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki ini juga menarik untuk diriwayatnkan semula sama ada dalam bentuk drama atau filem.

Syabas Kabir Khan K Rajagobal dan semua pemain serta pegawai sukan Pasukan Bolasepak Malaysia yang bertanding dalam Piala AFF Suzuki 2010.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, December 28, 2010

Kahwin dulu lain, kahwin sekarang lain



Kahwin dulu lain, kahwin sekarang lain

Dulu penunjuk jalan hanya buah betik muda bercucukkan lidi berbalut kertas warna berkelipan ataupun dipanggil bunga manggar.

Kini siap banner bercetak komputer malah ramai yang memgabadikan gambar pengantin untuk memudahkannya dicam.

(Majlis kenduri kahwin anak buah saya dua tahun lepas, di banner terpampang gambar ibubapa bukannya pengantin. Kata ibu pengantin, orang ramai lebih mengenali ibubapa pengantin jika dibandingkan dengan pengantin.)

Di Dewan MPT Taiping Ahad lepas, banner majlis perkahwinan direntang seawal di rumah tol! Menariknya juga terdapat lukisan ilustrasi pengantin.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Cukai Taksiran MPT - boleh pula bayar hari ini!


Cukai Taksiran MPT - boleh pula bayar hari ini!

Baru sebentar tadi Posman menghantar Bil Cukai Taksiran MPT (ada yang menyebutnya Cukai Pintu).

Di atas bil ada tertera nama pegawai dan no telefon untuk dihubungi. Aku terus menelefon bertanyakan bolehkah Bil Cukai Taksiran MPT ini dibayar hari ini, dibayar pada tahun ini?

Boleh pula dibayar hari ini! Itulah yang dimaklumkan oleh pegawai MPT dihubungi. Boleh pula sistem komputer di MPT ini memproses bayaran tahun 2011?

Bil Cukai Taksiran MPT ini pula kalau dijelaskan (pada tempoh tawaran) akan dapat door gift. So far dah 3, 4 biji mug aku dapat untuk setiap tahun aku bayar bil. Di samping itu ada lucky draw yang aku masih belum pernah berjaya mendapatkannya. Hadiahnya pun lumayan. Syabas MPT!

Pejabat DO tu jenguk-jenguklah sikit cara MPT kutip cukai ini. Pejabat DO inipun bersebelahan MPT saja.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Cukai Tanah Taiping - peringatan ada tapi ingatan tak ada!


Cukai Tanah Taiping - peringatan ada tapi ingatan tak ada!

Semalam seperti biasa kalau aku tak bekerja, aku akan settle semua bil-bil yang ada. Biasanya aku prefer bayar bil di Pejabat Pos Tesco Taiping. Kebetulan anak jantan seorang aku itu dan sepupu-sepupunya ke Taiping Sentra menonton Gulliver's Travel, aku yang merangkap pilot mengambil kesempatan membayar bil di Pejabat Pos Tesco Taiping.

Ada 1 bil lagi iaitu Bil Cukai Tanah dan Parit/Tali Air yang hanya boleh dibayar di Pejabat DO.

Pejabat DO Taiping inilah paling jarang dan malas aku pergi. Parkingnya memang terhad dan penjaga parkingnya pula tak user-friendly. Nasib baik ada pintu pagar kecil berhadapan Restoran A Rahman, bolehlah parking di luar pagar pejabat DO.

Selesai masalah parking timbul pula masalah lain!

Terkejut beruk apabila aku menyua bil Cukai Tanah ini di kaunter bayaran.

Bayaran hanya boleh dibuat tahun depan - mulai 2 Januari 2011! Alasannya sistem komputer tak boleh proses pembayaran kerana beza tahun. Mana punya universiti graduate staf IT di pejabat DO ini.

Kalau tengok bil punyalah hebat dengan 3 peringatan atas, bawah dan kiri bil mengingatkan bayaran hendaklah dibuat sebelum 1 Jun dan jika lewat akan didenda. Kalau belek belakang bil lagi hebat, siap amaran (ugutan?) kegagalan menjelaskan bil, tindakan akan diambil yang mengakibatkan perampasan tanah.

Kalau boleh tulis peringatan suruh bayar ini atas, bawah dan kiri bil kenapalah "pengeluar bil" ini tak terfikir langsung dalam benak otaknya nak tambah satu lagi "ingatan" memaklumkan BIL HANYA BOLEH DIBAYAR MULAI 2 JANUARI 2011.

Nasib baiklah aku hanya duduk di Kamunting. Macamana kalau Maklong Huduh atau adik-beradik dia serta orang kampung yang duduk di Tukuro berpuluh batu nun. Sudahlah datang naik teksi berbelas ringgit, sampai-sampai pejabat DO tak boleh pula bayar. Mau nak kena maki hamun.

Harap sangat perkara yang sama tidak berulang lagi di tahun hadapan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, December 27, 2010

Flyover Kamunting


Flyover Kamunting

Saleng Maklong Huduh

Harap-harap Kak Hawa tolong baca surat email Man tu pada Maklong.

Bila Maklong nak mari Taiping? Kalau mari Taiping Mak Man pesan singgahlah rumah.

Kalau lajak ke Kamunting tu, mari le rumah Man. Bila mari Maklong tok sah lah short cut ikut Tokong Hindu Kampung Baru. Maklong ikut jalan besar Pam Minyak Petronas dan KFC tu.

Di sini dah siap dah flyover atas jalan keretapi tu Maklong. Flyover ini betui-betui start sebelah Pam Minyak Caltex dekat rumah Man tu. Flyover ini habis betui-betui depan Econsave.

Tapi kalau Maklong nak mari, Maklong telefon dulu. Takut-takut Man tak ada rumah.

Kalau ada Ubi Rebus tu molek sangat kalau Maklong bawa sekali!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Apa khabar Tan?




Apa khabar Tan?

Tiba-tiba teringatkan Tan - tinggal berapakah lagi nyawanya?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Taiping hari ini, ATV, Bowling, Apom Lenggang Cina, Popiah Ella dan Cendol Ansari










Taiping hari ini, ATV, Bowling, Apom Lenggang Cina, Popiah Ella dan Cendol Ansari

Aku masih bercuti – hingga habis tahun. Ada balance lagi 8 hari Cuti Ganti (cuti ganti kerana kerja/mengajar hujung minggu). Cuti Ganti tak boleh carry forward tahun depan. Lucu juga memikirkan peraturan jabatan yang menetapkan cuti ganti yang diperolehi pada bulan Disember kena dihabiskan pada bulan Disember juga sedangkan cuti ganti hanya boleh di-apply selepas kerja selesai! Nampak gayanya burn le 8 hari Cuti Ganti seperti tahun-tahun sebelum ini juga!

Tak tahu nak ke mana sudah hari ini! Esok lusa aku pula kena "jalan jauh" lagi! Kebetulan sepupu-sepupu anak jantan seorang aku balik ke Taiping (dari Melaka) aku mengajak mereka explore Bandar Taiping hari ini.

Jam Melayu Malaysia di ATV dan Bowling

Kami tiba jam 10.00 am di ATV Adventure Park Larut di Jalan Kaki Bukit Larut. First time aku ke sini. Tertera masa operasi bermula 10.00 am. Bolehlah kami mencuba ATV.

Persekitaran begitu adventure! Pekerja tinggal dalam khemah dan ada yang masih lena semasa kami sampai.

Ada 4 ATV (2 Suzuki dan 2 Econ) tapi dimaklumkan hanya 1 tersedia untuk dicuba manakala yang lain perlu disenggara dahulu. Memandangkan kami berenam (tak kan lah nak buat akrobatik naik 1 ATV dengan 6 orang), kami menukar plan (masing-masing merunggut!) untuk bermain bowling.

Sebelah ATV ini ada Taiping Ekuine Park dan khabarnya ada beberapa ekor kuda lumba pencen. Bila dimaklumkan hanya mereka yang kurang dari 70 kg dibenarkan mencuba, kami membatalkan hajat untuk mencuba maklumlah “tauke dan anak tauke” penganjur lawatan hari beratnya melebihi 70 kg!

Tertera di dinding Plaza Perbandaran menyatakan masa operasi pusat Bowling bermula 10.30 am. Kami tiba hampir jam 11.00 am dan dimaklumkan line masih dicuci. Tak apalah! Dah mengah naik tangga sampai atas sekali biarlah kami tunggu.

Betul-betul Jam Melayu Malaysia!

















Apom Lenggang Cina Plaza Perbandaran

Di Plaza Perbandaran ini di paras bawah sekali terdapat banyak gerai-gerai buah, aksesori wanita, permainan dan kueh-mueh. Hampir kesemuanya dimonopoli oleh Penjaja Cina. Kalau belah petang hingga ke malam baru ada seorang dua Penjaja Makanan Melayu dan India.

Di sini terkenal dengan Apom Lenggang Cina. Bezanya Apom Lenggang Cina apabila sudah siap akan digulung. Manakala Apom Lenggang India (dikenali juga dengan Apom Manis) tidak digulung.

Penjaja Apom ini dulunya menjual di Hawker Center di bawah Bangunan Larut Matang (dahulunya Supermarket Larut Matang). Apabila siap Plaza Perbandaran dan kesemua gerai buah berpindah, Penjual Apom ini turut berpindah.











Popiah Ella dan Pasembur Kadir Bangunan Larut Matang

Menunggukan anak dan sepupunya bermain bowling, aku melangkah ke Bangunan Larut Matang. Alas perut dengan 2 ketul Popiah Basah Ella yang sememangnya favourite aku. Siap beli 20 ketul lagi untuk dibawa-pulang.

Pasembur Kadir baru dalam proses mengoreng tauhu dan cucur. Terserempak dengan anak saudara Kadir yang pernah menjalani practical di bawah aku semasa aku bekerja di kilang tayar dahulu. Anak saudaranya yang berkelulusan diploma kejuruteraan mekanikal ini mengambil keputusan untuk membantu Kadir membesarkan perniagaan pasemburnya yang kini meluas ke Tesco Taiping, Tesco Sungai Petani, Tesco Ipoh (2 cawangan), Slim River dan beberapa tempat lagi. Malah di Taiping, Kadir juga membuka sebuah Kopitiam yang dikenali sebagai Mamak Kopitiam Pasembur Kadir di Tupai sebaris dengan Bank Islam. Di Mamak Kopitiam ini terdapat menu Western di samping Pasembur dan Rojak Kangkung Sotong.
























Cendol Ansari sudah ada Service Drive Thru!

Lepas main bowling kami ke Cendol Ansari. Nasib baik waktu kami tiba masih ada meja kosong. Kemudiannya pelanggan bersesak dan terpaksa berbaris menunggu meja kosong.

Baru aku perasan rupa-rupanya Cendol Ansari ini sudah ada Service Drive Thru! Seorang Pakcik mengorder cendol terus dari Toyota Rush-nya. Kata Pakcik ini, dia selalu order direct dari dalam kereta kalau tempat duduk penuh.

Lain kali kalau tempat duduk penuh, aku juga akan guna Service Drive Thru ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/