Tuesday, February 22, 2011

Cikgu minta duit yuran RM 29.00! Bayar lambat tak apa


Cikgu minta duit yuran RM 29.00! Lambatpun tak apa

Pagi semalam, sebelum ke sekolah, anak jantan seorang aku itu minta RM 2.00. Katanya untuk tabung pengawas. Pagi ini dia minta lagi RM 2.00 untuk beli buku rampaian. Setiap kali permintaannya aku hanya mengambil dompet duit dan memberikannya.

Tiba-tiba aku teringat tulisan Monier dalam salah satu siri-siri Jalan-jalan Masuk Kampung. Boleh dirujuk
di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, February 21, 2011

Pelapis pendokong kerja amal


Pelapis pendokong kerja amal

Sekerap yang boleh, aku memang ingin anak jantan seorang aku menyertai setiap program kerja amal yang disertai, tidak kiralah sama ada melalui Warga Kilang ataupun pertubuhan lain maupun secara individual.

Sabtu lepas semasa hendak bertolak dari KHTP ke Sik, seorang kenalan baru meminta menumpangkan anak lelakinya dan rakan sebayanya untuk program Sehari di Sekolah Pondok ini. Beliau yang kerap juga mengikuti program Warga Kilang sebelum ini tidak dapat bersama kami kali ini.

Amat membanggakan lagi apabila aku mendapat tahu dua orang remaja yang sedang menunggu keputusan SPM ini baru sahaja kembali dari Kemboja pada bulan Januari 2011 lalu untuk satu program keluarga angkat dan kerja amal di sana.

Semoga ini mereka ini termasuk anak jantan seorang aku itu akan menjadi pelapis pendokong kerja amal di masa mendatang.

Pada masa yang sama keletah seorang anak kecil dengan bantalnya menarik perhatian semua peserta yang hadir terutama pelajar-pelajar perempuan UUM. Anak kecil ini mengikuti ayah (dari Dell Penang) dan ibunya bersama –sama membawa sumbangan dan juga menyertai gotong-royong.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Sehari bersama Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua Sik Kedah 19 Feb 2011





















Sehari bersama Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua Sik Kedah 19 Feb 2011

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar seperti dirancang.

Seawal 7.30 pagi aku dan anak jantan seorang aku itu telah sampai di KHTP. Kami menunggu peserta lain sebelum meneruskan perjalanan dengan 9 buah buah kenderaan ke Sik pada jam 8.30 pagi. Sementara itu beberapa buah kenderaan milik Warga Kilang termasuk sebuah lori telah lebih awal bertolak ke sana.

Setibanya di Sekolah Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, Sik, rombongan UUM yan terdiri dari 40 orang pelajar dan ahli Persatuan Kerja Sosial bersama 4 orang pensyarah mereka telahpun sampai. Rombongan UUM ini juga disertai oleh beberapa buah kenderaan 4x4 dari Sungai Petani dan Serdang yang membawa barangan sumbangan dan alatan gotong-royong. Pada masa yang sama juga turut hadir Pembela, NGO dari Sungai Petani bersama-sama dengan 6 orang penunggang mosikal dari Nusantara Biker Club. Selain dari itu terdapat juga persatuan-persatuan dari kilang dan juga orang-orang perseorangan yang turut sama. Ada yang turut membawa keluarga.

Selepas minum pagi dan taklimat ringkas serta bacaan doa, kami memulakan gotong royong. Rancangan asal selain dari gotong royong dan mengecat, kami juga akan membersihkan bilik air dan tandas. Bagaimanapun bilik air dan tandas telah dibersihkan sendiri oleh pelajar-pelajar pondok sebelum kedatangan kami.

Semasa kami bergotong royong, beberapa orang dari Warga Kilang bertungkus lumus menyediakan makan tengahari. Menunya ringkas sahaja iaitu Nasi Belacan, Gulai Kawah Daging dan Batang Pisang, Ikan Tamban Kiat Goreng Bawang, Sambal Belacan dan Ulam-ulaman.

Makan tengahari siap untuk dinikmati semua peserta sebelum Zohor.

Selepas Zohor, sesi tazkirah untuk semua peserta gotong-royong dengan tajuk berkaitan apa itu sekolah pondok dan kepentingannya.

Selepas tazkirah, satu sesi motivasi diikuti oleh sesi LDK untuk pelajar-pelajar sekolah pondok dikendalikan oleh Warga Kilang.

Selepas Asar, majlis penyerahan sumbangan diadakan sebelum program sehari ini tamat.

Melalui ruangan ini, saya mewakili Warga Kilang ingin merakamkan ribuan kasih kepada semua yang hadir dan juga yang telah membuat sumbangan termasuklah kepada mereka yang membuat sumbangan tetapi tidak dapat hadir bersama. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com






















Aktiviti dalam surau













Penyerahan Sumbangan