Sunday, March 27, 2011

Bergelap di Dataran Merdeka sempena 60 Earth Hour

Bergelap di Dataran Merdeka sempena 60 Earth HourMalam tadi kami sekeluarga menyambut 60 Earth Hour di Dataran Merdeka. Tetapi bukan bergelap selama 30 minit dari 8.30 pm hingga 9.30 pm! Kami bergelap hanya 5 minit sekitar jam 9.30 pm bersama-sama ribuan penghujung yang hadir menyaksikan Konsert Terima Kasih Harian Metro. Kami juga masih mendapat cahaya dari Torchlight CSI Mac Lite saya yang boleh diubahsuai menjadi lilin! Kami sekeluarga hanya berada seketika di sini. Sempatlah mendengarkan nyanyian lagu pembukaan Ramli Sarip yang ditujukan khas kepada mangsa Tsunami Jepun. Ramli Sarip juga sempat berpesan agar semua penghujung dan manusia bersama-sama memulihara alam sekitar. Sebelum itu agak terkilan dengan celoteh Johan dan Zizan yang mengumumkan pemenang-pemenang beberapa hadiah lumayan (kereta, motosikal, percutian luar negara dan sebagainya) sempena 20 Tahun Harian Metro. Mereka berdua ini agak keterlaluan memainkan nama-nama pemenang, nama ayah pemenang serta saiz badan dan keterampilan mereka. Zizan sepatutnya mengambil iktibar terhadap peristiwa yang baru berlaku antaranya dengan Aznil Hj. Nawawi. Malah Zizan juga malam tadi seolah-olah memainkan beberapa isu agama seperti arah kiblat dan imam. lukmanw@gmail.com http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, March 26, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal


Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Antara ingat dan lupa, saya pernah melihat set rumah kayu rumah Mamat The Kampung Boy sebesar saiz sebenar di Mid Valley (kalau tak silap salah!) beberapa tahun dulu. Teruja sungguh melihat set rumah kayu ini walaupun hanya dalam bentuk 2D (bahagian hadapan sahaja). Hari ini di pentas Panggung Sari, Istana Budaya, set rumah kayu ini terdiri lagi dalam bentuk 3D! Malah turut terdiri beberapa set saiz sebenar untuk kelas sekolah rendah Kampung Baru, Pekan Ipoh, Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Pejabat NST, Rumah Sewa Lat di Kampung Baru dan Rumah Sewa Lat semasa berkeluarga.

Kalau ditanya saya, apakah elemen terbaik dalam teater Lat kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) ini, pasti jawab saya ialah reka bentuk set-set 3D dan 2Dnya!

Mungkin saya tidak belajar seni teater tetapi saya mula mengenali teater seawal pertengahan 80an semasa bergelandangan di KL. Ketika itu malah hingga kini saya masih mengagumi teater serius dan teater komedi. Antara idola teater saya Khalid Salleh, aruah Mustafa Noor, mendiang Datuk Krishen Jit, Ahmad Yatim, Leow Puay Ting, Zahim Al-Bakry, Rosminah Tahir dan Harith Iskander sendri. Entah mengapa saya tidak meminati teater muzikal.

Bagaimanapun LKBSM tidak dapat tidak bagaikan besi berani menarik saya sekeluarga dari Taiping untuk ke Istana Budaya hari ini. Cadangan asal untuk persembahan malam tetapi tiket kehabisan menyebabkan kami sekeluarga menonton persembahan jam 3 petang. Itu pun tiket termurah berharga RM 49.00 hanya tinggal 9 keping sahaja semasa membuat tempahan on-line. Kedudukan kerusi yang berbaki hanyalah barisan kedua terakhir dan bahagian kiri tepi sekali!

Tahniah kepada Hans Isaac sebagai penerbit dan pengarah. Harith Iskander sebagai pengarah bersama dan juga penulis skrip serta barisan produksi yang lain.

Saya tidak pasting casting teater sama dengan casting pelakon filem. Ini kerana pemilihan pelakon LKBSM lebih kepada keupayaan menjiwai watak tetapi tidak “menzahirkan” karektor. Pemilihan Awie sebagai Lat semasa remaja dan Jalil Hamid sebagai bapa Lat serta Daniel sebagai Lat semasa kanak-kanak memang tepat dalam penjiwaan watak. Bagaimanapun saya tidak pasti mengapa Datuk Lat sendiri malah adiknya Mamat Khalid serta anak perempuannya Junaidah (yang sering hadir memberi nasihat) tidak mencadangkan agar “digemukkan” (dibulatkan?) lagi ketiga-ketiga watak utama ini? Semua orang tahu nama gelaran Lat itu sendiri berasal dari BULAT! Kalau Ben Kingsley sanggup menguruskan sehingga berkilo-kilo untuk melakonkan watak Mahatma Gandi. Begitu juga Afdlin Syauki yang sanggup mengemukkan badan untuk filem Sumolah, mengapa Awie, Jalil Hamid tidak cuba untuk mengemukkan sedikit badan mereka.

Bagaimanapun syabas kepada Omar Abdullah (Pak Samad) dan Sandra Sodhy (Mrs Hew) yang menghidupkan dua watak penting dalam karier Lat. Tidak lupa kepada Atilia (Faezah), Douglas Lim (Frankie) dan Pushpa Narayan (Cikgu Thamby)

Keseluruhan nya LKBSM ini adalah teater yang berjaya. Di samping terhibur dengan banyak dialog komedi, penonton juga terutama kami sekeluarga menitiskan mata kesedihan dalam beberapa adegan terutama sewaktu Lat menerima berita kematian bapanya.

Seperti pesanan Awie semasa penutup, “ce cerita, ce cerita” kepada mereka yang belum menonton LKBSM ini. Teater ini adalah berbaloi ditontoni.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/








Iklan lawak Pesona


Iklan lawak Pesona

Ada 4 soalan dan jawapan pilihan di dalam gambar iklan Pesona di atas.

(1) Bagaimana dengan tahap keselesaannya?

A. Sempit dan rapat
B. Luas dan selesa

(2) Bagaimana tahap keselamatan kereta ketika anda memandu?

A. Bergoyang-goyang dan kurang selamat
B. Memberi cengkaman pada jalan dan selamat

(3) Bagaimana pemanduannya?

A. Merbahaya
B. Lancar

(4) Apakah bunyi yang dihasilkan ketika menutup pintu kereta?

A. Bunyi pecah
B. Bunyi kemas dan kukuh

Berikut adalah posting lama saya bertarikh 26 Disember 2008.

Saya senaraikan kerosakannya semenjak dibeli pada penghujung September 2008.

1. Salur muncung tangki petrol bengkok. Untuk memenuhi satu tangki kena tunggu lebih ½ jam dan kena pegang pula trigger pam, tak boleh lepas. (Part kena tunggu dua minggu. Dua kali tukar part baru betul.. Sebelumnya foremen kata bukan salur muncung yang bengkok!)

2. Reverse alarm kadang-kadang berbunyi, selalunya tak berbunyi dan tiba-tiba berbunyi walaupun tiada sebarang halangan di belakang kereta semasa mengundur. (Mula-mula mekanik adjust saja. Problem lagi baru diganti. Part sampai problem pula sebab warna tak sama bumber dan kena hantar cat).

3. Pintu hadapan sebelah kiri tidak boleh dibuka menggunakan alarm kereta.

4. Bonet belakang sukar dibuka menggunakan kunci.

5. Bonet belakang sukar dibuka menggunakan tuil dari dalam kereta.

6. Air hujan masuk melalui celahan pintu belakang sebelah kanan.

7. Pintu hadapan sebelah kanan tidak boleh ditutup menggunakan alarm kereta.

8. Angin masuk melalui celahan pintu belakang sebelah kanan. (Selepas di-adjust kerana masalah no. 6)

9. Suis radio pada steering kereta tidak berfungsi sepenuhnya.

Alhamdulillah kini cuma masalah no. 4 yang masih tidak selesai-selesai walaupun setiap kali saya datang servis (kini masuk tahun ke 3) dan membuat aduan yang sama.

Manakala masalah no. 6 pula menimbulkan masalah baru iaitu pintu tersebut kini perlu ditutup dengan tolakan yang kuat jika tidak pintu tidak akan rapat. Ini bukan sahaja menghasilkan "bunyi pecah" tapi "bunyi bom" lagi.

Syor saya kepada Proton, kalau nak buat iklan kaji-kajilah dulu service record di pusat servis awak tu.

Jawapan saya kepada 4 soalan di dalam iklan lawak awak tu.

(1) Awak nak bandingkan dengan kereta size engine yang sama ka atau awak nak bandingkan dengan Viva? Apple to apple? (Rear seat to rear seat?)

(2) Cengkaman pada jalan? Bila pula awak buat tayar? Awak cuma pasang kereta?

(3) Pemanduan? Merbahaya bukan lawannya lancar? Apa kena-mengena merbahaya dengan lancar?

(4) Ini boleh rujuk service record Pesona saya di Pusat Servis Proton Edar Juru.

Siapalah Copy Writer iklan lawak ini?

Wednesday, March 23, 2011

Sabtu ini 26 Mac 2011 8.30 pm - 9.30 pm


Sabtu ini 26 Mac 2011 8.30 pm - 9.30 pm

Berita lanjut di sini

Ada masanya naik dan ada masanya turun


Ada masanya naik dan ada masanya turun

Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.

Bagaimanapun penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu (pertengahan Mac 2011) apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Antara punca penurunan ini ialah pengeluaran berlebihan akibat dari kenaikan harga yang mendadak sebelum ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Jom jumpa di sana!

Tuesday, March 22, 2011

Duit lebih bayaran dari Income Tax



Duit lebih bayaran dari Income Tax

Ada RM 900.00 iaitu duit lebih bayaran dari Income Tax!

Cerita selanjutnya
di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Friday, March 18, 2011

Belajar lagi aku hari ini!




Belajar lagi aku hari ini!

Jawapan yang selalu aku terima ialah; kursus ini untuk student aja Cik ataupun kursus ini untuk kakitangan pentadbiran office aja cik! Tak kan cik nak join sekali dengan budak-budak tu!

Macam selalu aku tak akan putus asa, memujuk hinggalah kadangkala terus jumpa pihak atasan atau ketua jabatan yang terbabit.

Sebut saja apa saja kursus-kursus (walaupun asas) seperti memasang dan menyenggara PC, protokol majlis, adab meja makan, imej dan personaliti, bertutur dan menulis dalam Arab (dan juga English), tertib solat, mandi jenazah, menyembelih ayam dan kambing, dan terbaru hari ini Comprehensive DSLR Workshop, jika ada masa terluang pasti aku akan sertai.

Seawal 5 pagi aku sudah keluar rumah dari Taiping ke Sintok. Semasa pendaftaran aku sudah dapat membayangkan hanya aku sajalah peserta yang memiliki Kad Pengenalan dengan angka awal nombor enam. Malah angka awal nombor tujuh pun tidak kelihatan! Kalau dikira jumlah rambut, rasanya akulah peserta lelaki yang paling kurang jumlah rambut!

Kursus sehari pada hari ini bermula 8 pagi dengan Slot 1 iaitu teori dan selepas minum pagi 10.30 pagi Slot 2 iaitu Indoor Shooting Practical dengan penggunaan studio flash, built in flash dan speedlite. Turut diajar penggunaan kertas photostat sebagai diffurser.

Slot ke 3 bermula jam 3 petang iaitu Outdoor Shooting Practical. Manakala slot terakhir bermula 8 malam hingga 11.30 malam iaitu Night Shooting Practical dan Image Editing.

Aku hanya sempat menyertai seketika slot ke 3 dan beredar balik ke Taiping apabila hujan mulai turun. Aku tidak berupaya menunggu hingga slot malam kerana esok akan memulakan perjalanan untuk kelas hujung minggu aku. Lagipun kalau pukul 11.30 malam dari Sintok, pukul berapa akan sampai Taiping? Terlepas le malam Jumaat aku!

Walaupun hanya seketika, merasa jugalah aku “menembak” DSLR aku dengan butang MANUAL. Kalau tidak sebelum ini semuanya dalam mode AUTO.

Satu yang menjadi tandatanya kepada aku ialah mengapa dalam kursus photografi sebegini tiada model lelaki semasa practical? Apa pun tahniah kepada penganjur workshop ini iaitu persatuan pelajar lebih-lebih lagi semua model-modelnya masih malu-malu bak kata-kata Sohaimi Meor Hassan dan Ana Raffali iatu;

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







Wednesday, March 16, 2011

Makan tengahari 4.30 pm di Tasek Raban



Makan tengahari 4.30 pm di Tasek Raban

Kami (aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu) keluar dari KB jam 11.00 am. Disebabkan kekenyangan bersarapan di Hotel Renaissance, kami tidak jadi singgah untuk Sup Perut di Pasar Khadijah seperti selalu. Kedai Kopi White House memang sudah tak masuk dalam list kami! Bukit Bunga pun kami lalu sahaja.

Sepanjang perjalanan hujan on-off!

Kami sampai Restoran Tasek Raban jam 4.30 pm. Hujan masih rintik-rintik. Apabila masuk sahaja ke dalam restoran, hujan turun dengan lebatnya dan diselang-seli sabungan kilat guruh.

Restoran ini berdekatan jambatan yang menyeberangi Tasek Raban Lenggong.

Menu hanya bersisa 2 ekor Jelawat dan 1 ekor Telapia di atas dapur pembakar. Menu atas meja hanya tinggal Sayur Kacang Panjang dan Ikan Masin Tenggiri serta Sambal Tempoyak dan Ulam Timun.

Kami ambil 1 ekor Jelawat sederhana besarnya dan kaut semua Timun campur Sambal Tempoyak serta Ikan Masin.

Semasa mengunyah nasi, beberapa kali black-out! Takut juga terlekat tulang Jelawat.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Kalau singgah awal, menunya sama dengan Restoran Tasek Raban
di Ipoh.

Roti Canai 50 sen di KB!


Roti Canai 50 sen di KB!

Ingat aku salah dengar. Tiga keping Roti Canai bungkus Kuah Dal harganya RM 1.50. Ini bermakna sekeping hanya 50 sen!

Malam tadi setelah tersesat sekali di perkarangan stadium yang sesak dengan kenderaan (ada perlawanan antara Kelantan dan Felda), aku tersesat kali kedua ke dalam kawasan hospital. Hajat hendak beli Nasi Kukus Zaeman tetapi akhirnya aku singgah di sebuah warung berhampiran yang di dalamnya kelihatan ramai pelanggan.

Dari luar terbentang pelbagai menu masakan Thai tetapi di dalamnya hanya ada peniaga Pakistan menjual Roti Tempayan dan Roti Canai.

Aku minta bungkus tiga keping Roti Canai dan Kuah Dal. Terkejut apabila hendak membayarnya apabila peniaga menyebut RM 1.50! Saiz sekepingnya lagi besar harga sekeping Roti Canai yang kadang kala mencecah 70 sen dan 80 sen.

Di mana lokasi warung? Aku sendiri tak pasti!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, March 15, 2011

Penarik yang menarik


Penarik yang menarik

Pantai Penarik atau lebih tepat laluan dari Kuala Terengganu ke Bandar Permaisuri adalah laluan wajib aku semenjak pertengahan 80an lagi. Bermula dengan menumpang kenderaan (hitch-hike), motosikal hinggalah kebelakangan ini dengan kereta, inilah laluan wajib aku sama ada dari KB ke KT atau sebaliknya.

Laluan Penarik hari ini jauh berbeza dengan laluan pada 10 tahun sebelum ini tetapi pemandangannya terutama pantainya masih menarik.

Hari ini aku melaluinya buat sekian kalinya. Malangnya hari ini sepanjang perjalanan dari KT, aku, isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu bertemankan curahan hujan yang mengila dan sekali-sekala hampir menyukarkan pandangan.

Tiada peluang untuk bergambar di Pantai Penarik seperti selalunya ataupun singgah sebentar melihatkan ikan-ikan segar di sebuah pasar mini di sini.

matahari kembali menyinar sebaik sahaja kami sampai di Bandar Permaisuri seolah-olah mengalukan kedatangan (kepulangan?) kami ke Kelantan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Lemang Kijal dan Roti Paung Mercang




Lemang Kijal dan Roti Paung Mercang

Lima, enam tahun sebelum ini setiap kali dalam perjalanan KB - KL, aku selalu sahaja terlepas peluang untuk singgah membeli Roti Paung Mercang (40 km dari KT) ataupun Lemang Kijal.

Hari ini aku pastikan kami, aku, isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu akan dapat mencicipi juadah yang sering aku ceritakan kepada mereka berdua sebelum ini.

Roti Paung berharga RM 2.50 seberkas dengan 4 perasa iaitu Kaya, Kacang, Kelapa dan Planta. Manakala Lemang berharga RM 10.00 untuk 3 batang, Serunding Daging RM 5.00 satu bekas plastik kecil dan Sata/Otak-otak berharga RM 3.00 secucuk.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/