Keuzuran "Seorang Tua Di Kaki Gunung"
Oleh kerana aku adalah pelajar aliran Sains semasa Tingkatan 4 dan 5, aku tidak berpeluang mendalami novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung" secara formal. Tetapi itu tidak menghalang aku dari membaca hampir kesemua tulisan karya Azizi Hj Abdullah atau lebih dikenali sebagai "ustaz" di kalangan yang rapat denganya.
Aku dimaklumkan sekarang ini Ustaz masih di ICU dan keadaannya amat lemah. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan agar kembali pulih.
Amin
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Pada masa yang sama aku teringat Pak Mat yang seorang diri di rumah usang di kaki rimba Baling. Seorang rakan, Monier menyamakan Pak Mat sebagai "seorang Tua Di Kaki Bukit'. Sihat kah Pak Mat? Cerita Pak Mat boleh dirujuk di sini.
Pak Mat (tidak berbaju) di hadapan rumah usangnya.
Keturunan Tukuro
Orang-orang tua Tukuro (Batu Kurau) selalu berkata; mereka yang minum air Sungai Kurau adalah adik-beradik belaka. Mereka yang minum air Sungai Kurau ini juga akan kembali ke Tukuro walaupun sejauh mana pergi merantau.
Hj. Barat Hj. Abd Rauf, berdiri kanan sekali (bekas Naib Kadhi Batu 14) adalah Moyang aku. Hj. Barat ini bapa kepada emak bapa aku atau bapa kepada nenek aku (sebelah bapa).
Tidak pasti siapa pemilik asal gambar ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ Klik pada gambar di atas untuk saiz lebih besar bagi membaca nama waris keturunan mereka yang hebat-hebat sekarang ini
WARGAKILANG MALAYSIA
Insya-Allah Warga Kilang Utara akan berkembang menjadi WARGAKILANG MALAYSIA. Mesyuarat penubuhan akan diadakan pada 17 Mei 2011 (Selasa / Cuti Hari Wesak) di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Perkembangan ini sejajar dengan susulan beberapa program dan aktiviti yang kini diadakan di luar kawasan Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) seperti di KL, Johor (semasa banjir) dan lain-lain lagi.
Mereka yang berminat menyertai kegiatan amal dan sebagainya dipelawa menyertai WARGAKILANG MALAYSIA ini. Dijemput hadir ke mesyuarat penubuhan ini. Penyertaan terbuka kepada semua dan tidak semestinya Warga Kilang (pekerja kilang).
Berikut adalah surat jemputan.
Assalamualaikum,
Mesyuarat penubuhan pertubuhan amal WARGAKILANG MALAYSIA akan diadakan pada 17 Mei 2011, jam 11 pagi bersamaan hari wesak bertempat di:
Innovative Mgmt Consultancy,
216B, Jalan Negara 2,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tuan/Puan dijemput hadir.
Sila war-warkan kepada rakan-rakan yang berminat, tidak semestinya bekerja kilang, asalkan minat dengan kerja-kerja amal.
Selamat Hari Guru kepada guru-guru (cikgu dan pensyarah) yang pernah mengajar aku di institusi berikut;
Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 1), 1974
Sekolah Rendah Jalan Shaw, KL (Darjah 1 – 3) 1975 - 1976
Sekolah Rendah Si Rusa, PD (Darjah 4), 1977
Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 5 – 6), 1978 - 1979
Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh (Tkt,. 1- 3), 1980 - 1982
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (Tkt. 4 – 5), 1983 - 1984
Universiti Malaya, KL (Asasi Sains), 1985 – 1986
Institusi Tanpa Nama, 1987 - 1994
USM, Penang (Sains Permulihan), 1995 – 1996
USM, Tronoh (Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal), 1997 – 2000
USM, Transkrian (Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal), 2001 – 2002
UKM, Bangi (Master, Keselamatan Industri), 2003 - 2004
UKM (PhD, Pengurusan Persekitaran), 2007 –
Juga Ustaz/ustazah Fardhu Ain, Mengaji Muqadam/Al Quran, Guru Silat, Jurulatih Sukan (Bola, Hoki, Rugbi, dll), Guru Sekolah Memandu, Guru-guru Kursus lain (Kursus Kahwin, First Aid, OSH, Motivasi, dll)
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Mee Combat Taiping
Generasi 4 Series dan 5 Series tentu masih ingat dengan siri TV; Combat yang mengisahkan tentera Amerika yang diketuai oleg Sgt. "Chip" Saunders (atau/dan Lt. Gil Hanley) menentang tentera Jerman.
Kerana kepopulariti siri TV pada tahun 70an ini, seorang pemilik warung mee di Bangunan Larut Matang (ketika itu Supermarket Larut Matang) menamakan warungnya dengan nama Gerai Makanan Mee Combat. Nama itu kekal sehingga hari ini.
Menu di sini? Bolehlah kalau nak try Mee Goreng ala Mamaknya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Keluarga B06 Adik Azwan
Oleh sebab rumah keluarga Adik Azwan agak jauh dari laluan JJMK WK Hari Pekerja 1 Mei 2011 selising semalam, kami mewakili Ust. Azahar untuk menyampaikan sumbang. Berikut adalah email Ust. Azahar;
Assalamualaikum. Man, kami dah hantar barang-barang JJMK 1 Mei kepada adik Azwan Jemain. Kesian bila tengok suasana kehidupannya bersama seorang ibu,seorang kakak dan seorang nenek (agak uzur). Kehidupan dhaif...rumah serba ada aje,
Maknya nampak kurus.. macam sakit penat @ asma. Maknya jadi ketua keluarga yang terpaksa berdikari tanpa suami, tak mampu (mungkin malu)nak minta tolong orang lain. Bila dia tahu kami datang, dia hanya mengadu esok nak balik ke sekolah tak tau dengan siapa. Rumah jauh ke dalam tebuk (kampung), mak tak ada motor apa lagi kereta. Baru ni balik dari asrama (cuti 1 Mei) maknya terpaksa naik bas dari Alor Pongsu ke Kuala Kurau dan berjalan kaki ke asrama SABK Al-Hidayah Kuala Kurau sejauh 2km ( pergi balik 4km ).
Entahlah "orang rumah aku" masuk kereta meleleh air mata...kesian dan terharu dalam suasana dhaif, sakit, kekurangan dan tanpa tempat pergantungan ( tanpa ayah dan mak yang lemah sahaja yang mengurus ) masih mampu mengecapi 5A UPSR tahun lalu.
Man, Azwan seorang pendiam dan kurang ceria (sikit pemalu / kurang senyum ) mungkin sebab kehidupannya yang susah. (gambar Azwan disertakan)
Man barang-barang lebihan akan aku agihkan kepada semua yang berkelayakkan (asnaf utama).
Terima kasih banyak-banyak dari kami "orang Kampung Selinsing".