Kari Sembilang Bonda
Menu ini dipilih menjadi johan dalam satu pertandingan memasak Ahad lepas. Pandai juga orang rumah seorang aku itu masak ye!
Nota: Gambar sedang memasak tak sempat diambil sebab sibuk. Manakala gambar kari pula tak sempat diambil sebab habis dimakan oleh pengadil acara!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Malam Busker 24 Jun 2011 Jumaat, 8.30 mlm KL
Malam tadi aku aku dapat sms dari Meor Pesta Jiwa (Meor Yusof Aziddin Meor Hassan). Sudah lama tidak berhelo-helo dan bersms-sms dengan Meor. Sementelah rancangan aku hendak membawa dia dan Pyanhabib ke Sintok tergendala. Tan Sri Nordin (mantan VC UUM) sudah bersetuju tapi ada sahaja halangan yang muncul.
Sms Meor -
Assalam Bro, 24hb ni Jumaat malam kita bikin 'MALAM BUSKER'S' dan sesi pradengar album single Society di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa KL. Jam 8.30 malam. Datanglah meraikannya. Tq.
Kalau aku ada di KL ataupun tiada apa-apa hujung minggu ini pasti aku menghadirinya. Minggu ini aku dijadualkan mengajar di Prai (Sabtu) di Langkawi (Ahad dan Isnin). Hanya doa dari aku agar majlis beliau berlangsung dengan jayanya. Amin.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Menu tengahari - Pisang Salai & Epal Hijau
(Sepatutnya ini posting tengahari Rabu lepas!)
Rabu lepas aku kembali semula ke Sintok setelah hampir 1 1/2 bulan! Dari awal pagi hingga menjelang petang aku berkurung dalam bilik pejabat. Seperti biasa kalau di pejabat Sintok aku tidak keluar untuk makan tengahari. Apa yang ada di dalam bilik sama ada di dalam laci atau di dalam peti ais itulah menjadi hidangan. Rasanya boleh kaya kalau aku berterusan bekerja di Sintok ini!
Buka peti ais cuma ada sebotol Air Mineral, sebotol Ubat Batuk dan sebekas Planta. Tak kan aku nak makan tengahari dengan Ubat Batuk. Teringatkan bekal yang ada dalam beg disiapkan oleh orang rumah seorang aku itu pagi tadi. Ada sebungkus Pisang Salai (dibeli di Air Itam 2 minggu lepas) dan sebiji Epal Hijau.
Bermakan tengaharilah aku dengan Pisang Salai dan Epal Hijau.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai - revisited
Tengahari tadi mulanya aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu bercadang hendak makan tengahari bermenukan ikan bakar di Warung Z-J Bahagia di Permatang Tok Kandu, Seberang Prai. Memandangkan panas tengahari yang terik dan Warung Z-J ini agak kurang selesa dengan limpahan pelanggannya, kami menuju ke Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai.
Paling akhir aku ke Warung Permai Tepian ini ialah pertengahan tahun 2009. Seperti dulu juga, tengahari tadi pelanggannya melimpah ruah dengan kereta bersusun di tepi jalan seolah-olah majlis kenduri kahwin.
Di sini agak selesa dengan suasana sawah bendang menyejukkan mata. Susunan mejanya juga tidaklah sepadat Warung Z-J, mungkin ruangannya lebih luas.
Kualiti makanan dan harganya?
Masih tidak berbeza seperti tahun 2009 dahulu. Untuk tengahari tadi kami bermenukan (makan ala Nasi Kandar bukan hidang); aku - Gulai Ikan Bawal Bendi (semangkuk), 2 Sotong Janggut dan seketul Tauhu Sambal Tumis (sebenarnya sebelah saja); orang rumah - Gulai Ikan Pari Bendi dan Sayur Lemak Sohun (semangkuk); anak - Ayam Masak Madu dan Telur Goreng Dadar. Kami juga mengambil 2 piring ulaman bersertakan Sambal Belacan dan 2 Teh-O-Ais dan 2 Ais Kosong. Dan 1 pinggan Nasi Tambah :-) Untuk kesemuanya ini kami dikenakan bayaran RM 18.50 sahaja.
Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang
Seorang rakan (pengurus kilang pemasangan kereta) kerap kali mengesyorkan aku mencuba menu di sini. Malah dia turut menghantar email gambar "mengoda" Ayam Kampung Goreng Bawang dan Gulai Lemak Udang Galah ala Masakan Padang.
Hari ini aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu merancang untuk mencuba menu di Warung Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang ini. Sebenarnya warung ini tidak bernama!
Seperti yang disyorkan rakan tadi, seeloknya tiba di warung ini apabila jam menghampiri pukul 1.00 pm. Kami tiba 12.45pm, warung masih bertutup tetapi sudah kelihatan beberapa kenderaan di halamannya. Kami datang semula tepat pukul 1.00pm dan kelihatan pelanggan sudah mula beratur di hadapan warung yang masih bertutup dengan pintu roller shutter!
Pukul 1.15 pm, kami berbaris bersama dengan beberapa keluarga Melayu, 2 keluarga India dan 1 keluarga Cina. Hebat juga tarikan warung kecil ini dengan pelbagai bangsa pelanggannya.
Pukul 1.25 pm, pintu roller shutter dibuka dan kami berserta pelanggan lain meluru masuk untuk beratur sekali lagi memilih lauk. Mujurlah wanita pekedai ini cekap menceduk lauk. Manakala pelayan lain pula mengedarkan pinggan dan gelas bersertakan hanya 1 minuman standard iaitu Teh-O Ais yang hampir tidak terasa manis gulanya. Mungkin air minuman dihidangkan ala Padang juga.
Kami memilih Ayam Kampung Goreng Bawang, Gulai Lemak Sotong (hari ini tiada Udang Galah), Paru Goreng, Sambal Tumis Udang Petai, Terung Sambal, Ulam dan Sambal Belacan. Untuk 3 orang makan berserta 1 jag air minuman kami dikenakan bayaran RM 41.00.
Pandangan peribadi kami 3 beranak? Bolehlah :-)
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.comWarung ini terletak bersebelahan (sebelum) Sek Men Khir Johari / flyover jika anda datang dari arah Behrang. Di sebelah kanan pula bersetentang Pam Minyak BHP.
Keluar dari highway!
Dalam perjalanan KL ke JB baru-baru ini, seperti biasa, aku, orang rumah seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu kerap beberapa kali keluar dari highway semata-mata untuk menikmati juadah ataupun hanya untuk mencuci mata.
Maka berhentilah kami di Air Hitam untuk membeli Pisang Salai, berhenti di Muar untuk Mee Bandung (Mee Bandung Central, Tanjung Agas), bungkus Donut Pedas di gerai depan Petronas Bukit Pasir, Pagoh, belek kain dan langsir raya di Tangkak (tak beli pun!), perkena Cendol Sawit, Nasi Arab dan Gulai Itik di Masjid Tanah dan Seafood Village di Port Dickson. Cuma terlepas Kacang Pol di Johor Baru!
Malangnya di mana silapnya gambar Mee Bandung, Nasi Arab dan Gulai Itik ter-delete! Inilah terasa nak pergi sekali lagi – semata-mata untuk mengambil gambar dan sudah tentu kena menjamu selera semula!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com