Monday, June 06, 2011

Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang


Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang

Seorang rakan (pengurus kilang pemasangan kereta) kerap kali mengesyorkan aku mencuba menu di sini. Malah dia turut menghantar email gambar "mengoda" Ayam Kampung Goreng Bawang dan Gulai Lemak Udang Galah ala Masakan Padang.

Hari ini aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu merancang untuk mencuba menu di Warung Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang ini. Sebenarnya warung ini tidak bernama!

Seperti yang disyorkan rakan tadi, seeloknya tiba di warung ini apabila jam menghampiri pukul 1.00 pm. Kami tiba 12.45pm, warung masih bertutup tetapi sudah kelihatan beberapa kenderaan di halamannya. Kami datang semula tepat pukul 1.00pm dan kelihatan pelanggan sudah mula beratur di hadapan warung yang masih bertutup dengan pintu roller shutter!

Pukul 1.15 pm, kami berbaris bersama dengan beberapa keluarga Melayu, 2 keluarga India dan 1 keluarga Cina. Hebat juga tarikan warung kecil ini dengan pelbagai bangsa pelanggannya.

Pukul 1.25 pm, pintu roller shutter dibuka dan kami berserta pelanggan lain meluru masuk untuk beratur sekali lagi memilih lauk. Mujurlah wanita pekedai ini cekap menceduk lauk. Manakala pelayan lain pula mengedarkan pinggan dan gelas bersertakan hanya 1 minuman standard iaitu Teh-O Ais yang hampir tidak terasa manis gulanya. Mungkin air minuman dihidangkan ala Padang juga.

Kami memilih Ayam Kampung Goreng Bawang, Gulai Lemak Sotong (hari ini tiada Udang Galah), Paru Goreng, Sambal Tumis Udang Petai, Terung Sambal, Ulam dan Sambal Belacan. Untuk 3 orang makan berserta 1 jag air minuman kami dikenakan bayaran RM 41.00.

Pandangan peribadi kami 3 beranak? Bolehlah :-)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com


Warung ini terletak bersebelahan (sebelum) Sek Men Khir Johari / flyover jika anda datang dari arah Behrang. Di sebelah kanan pula bersetentang Pam Minyak BHP.















12 comments:

lukmanw@gmail.com said...

Seorg rakan di Proton Tjh Malim memberitahu, gerai ini dipanggil "Gerai Pukul Satu" sbb dia hanya akan buka mulai pukul 1 tengahari.

hafiz said...

masa buat project KTM dulu pernah makan kat sini...

Kitty Perry said...

rindu dengan masakan melayu :(

theriderinblack said...

Aku mesti try makan di sini. InsyaAllah. TQ kerana membuat 'hebahan' ini.

lukmanw@gmail.com said...

Kedai (gerai) ini biasa saja tapi heran juga pelanggan bertaur menunggu jam 1.

Anonymous said...

'ade pkai kot'..huhuhuh
mmg sedap masakan nye..kedai buruk jer..
yg heran plak..kebanyakkan yg makan disitu golongan atasan
bukan calang2 kete yg pakir disitu..ferari,porsche biasa laa..
kedai pkai kipas lama..no aircond...

lukmanw@gmail.com said...

Saudara saya dan member orang rumah yg tinggal di Tanjung Malim kata - gerai ini orang luar shj suka makan. Org Tjg Malim jarang

Anonymous said...

korg terpikir x nape dia buka kul 1 je??? ha.. mesti ada pape kn.. aku org area cni.. restoran tu xsdap mana pn sbnrnya..tp mgkin sbb style biz dia tu yg org rmai dtg.. pastu kete smua besar2.. xcaya ce korg g sali.. yg parking byk kete mewah n org luar.. ktorg pn konfius sbb mknn nya biasa aje utk dpt customer smpi cmtu.. errrrrrrrr.....?????
??

Anonymous said...

Harga nya pun boleh tahan mahal.... dia buka kol 1 je sbb dia hidang utk makan tghari sahaja. Habis lauk kedai ttp la. Siyes mmg ramai. Dulu aku igt org tunggu bas kt situ hehuu....

Anonymous said...

Jgn berfkiran buruk...kedai tu mmg masak masakan padang kampung yg betul2 asli..kne tahu cili dan segala bahan yg dimasak adlh dipilih...bkn sbrangan..sbb tu mahal..nk thu tye tuan kedai..jgn branggapan sndri..sbb org yg fkir buruk ni la cetek pmikiran..air tu bukan teh o ais..tpi namanye teh padang..sbb minangkabau tk mkn mknan mnis..sehat...cube search molek sikit..

lukmanw@gmail.com said...

Sdr/sdri (?) Anonymous

(i) Posting saya tiada yang berfikiran buruk. Malah saya turut mencatat "Pandangan peribadi kami 3 beranak? Bolehlah" tanpa sebarang prajudis malah mempromosikan gerai dengan memberi landmark panduan.

(ii)Saya turut mencatatkan "Mungkin air minuman dihidangkan ala Padang juga". Mungkin sdr/sdri perlu membaca posting asal saya dengan teliti

Bagainanapun terima kasih atas pandangan sdr/sdri itu.

misspoetbox said...

Alhamdullillah dah cuba mkn tadi, terima kasih info blog ni.