Sumbangan Menambahbaik Pondok Ahmad Nahu
Program ini adalah kerjasama NGO Warga Kilang dengan pihak pengurusan Pondok Ahmad Nahu. Sumbangan boleh terus ke nombor akaun Sekolah Pondok Ahmad Nahu seperti dinyatakan dalam surat. Bagaimanapun harap penyumbang dapat memaklumkan secara email/sms/telefon kepada Sdr. Aznee, wakil Warga Kilang untuk tujuan penyelarasan kutipan.
Untuk mendapatkan nombor akaun bank lain, boleh berhubung dengan saya di email lukmanw@gmail.com.
Untuk salinan surat dalam file pdf, sila download di sini.
JJMK Warga Kilang Menjelang Aidilfitri 20 Ogos 2011
Insya-Allah, seperti Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, NGO Warga Kilang akan mengadakan sekali lagi Program Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) pada 20 Ogos 2011 Sabtu. Lokasi kali ini ialah perkampungan Belantik, Gulau dan Nami di Daerah Sik, Kedah.
Rancangan awal untuk singgah membuat sumbangan kepada 9 buah keluarga (seperti dalam gambar berikut) dan pada masa yang sama menyerahkan sumbangan kepada 41 buah keluarga lagi secara berkumpulan.
Kami mengalakkan penyumbang hadir bersama-sama kami membuat sumbangan barangan terutama untuk keperluan raya. Penyumbang digalakkan menyumbang terus kepada penerima sumbangan terutama jika sumbangan berbentuk wang ringgt.
Tempat pertemuan peserta JJMK ini akan diumumkan kelak.
Kepada mereka yang tidak dapat bersama pada 20 Ogos kelak dan ingin membuat sumbangan tidak kira di mana sahaja, bolehlah menghubungi saya secara email lukmanw@gmail.com dan saya akan maklumkan person-in-charge mengikut kawasan.
Berikut juga catatan sdr. Monier yang pergi membuat tinjauan sebelum ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Ramadhan
Seminggu dua ini, atas jawatan sebagai pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility) di tempat kerja, saya kerap menerima berbagai surat memohon sumbangan Ramadhan daripada berbagai pihak, baik dari rumah anak-anak yatim, tahfiz, pondok mahu pun daripada NGO dan juga syarikat-syarikat persendirian yang berusaha mencari dana untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel/resort dan sebagainya.
Bila tengok surat-surat itu, teringatlah saya, rupa-rupanya ramai yang nak tabur bakti, nak membantu insan-insan yang memerlukan di bulan ramadhan ini. Baguslah macam itu. Mungkin inilah yang orang alim selalu dok habag kata bulan ramadhan ini bulan yang mulia, bulan yang istimewa yang tak sama dengan bulan-bulan yang lain; bulan untuk kita semua pakat tambah pahala.
Baru-baru ini, bersama dengan kawan-kawan dari NGO Wargakilang, kami sekali lagi diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kg-kg di pedalaman, pi riki dan cari keluarga-keluarga susah yang tinggal jauh ke dalam, yang kami rasakan tak ramai orang yang sedar akan kewujudan mereka, lantas tak adalah pula ada orang atau pun pertubuhan dok pi hantar surat kat jabatan CSR mana-mana syarikat pi kutip dana atau pun anjurkan majlis berbuka posa kat resort atau pun hotel untuk depa-depa ini.
Berikut adalah sebahagian drpd kisah “depa-depa” ini untuk tazkirah dan renungan bersama.
Semua sekali ada 18 keluarga yang kami ziarah.
Rumah dlm gambar di bawah ini adalah yang paling terkesan sekali buat saya; pertamanya sebab rumah itu sendiri walaupun nampak ok tapi kelihatan agak daif sekali.
Keduanya, rumah ini dihuni oleh seorang Ibu Tunggal, Pn Rashidah 35 tahun bersama 2 orang anaknya (5 tahun & 14 tahun) yang baru saja kehilangan suami kira-kira 4 bulan yang lalu – meninggal disebabkan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Yang saya terasa agak emosi sikitnya, sebab 3 kali saya tanya berapa pendapatan beliau sebulan - nak bagi pasti - tiap kali beliau jawab RM150 sebulan. Tak logik haih, mana ada orang boleh survive dengan pendapatan banyak tu sebulan, tambah-tambah di zaman barang dok naik harga sekarang ini, dan lagi tak logik cuma dapat hanya RM150 sebulan.
Tanya pi tanya mai, Pn Rashidah ini habag setelah kematian suaminya (seorang penoreh getah), beliau terus hilang punca pendapatan. Sekarang ini beliau membantu ibunya menoreh getah di pokok orang, dan hasilnya dibahagi 3 antara beliau, ibunya dan tauke kebun. Patutlah pun dapat RM150 sahaja sebab jumlah pokok getah kat kebun itu cuma sekitar 200 batang sahaja.
Saya tak mampu nak bercakap panjang dengan orang yang sedang diuji dengan kesusahan seperti Pn Rashidah ini, walau pun susah tapi tak menampakkan sangat susahnya itu. Orang macam inilah yang mengingatkan saya kepada kata-kata yang sering dihamburkan kpd saya dan rakan-rakan bila kami bercerita tentang kisah-kisah org miskin dan susah di pedalaman.
Kata sang penghambur itu, MANA ADA ORANG MISKIN DI MALAYSIA INI – orang malas adalah!
Bagi mereka, org-org miskin itu jadi miskin sebab malas, jadi tak payahlah nak susah-susah pi bantu org-org malas ini sebab depa sendiri yang pilih nak jadi malas dan miskin.
Sedangkan mereka yang bercakap itu lupa bahawa KAYA dan MISKIN ini adalah kerja TUHAN. Hari ini TUHAN jadikan kita KAYA, esok lusa dlm sekelip mata saja DIA boleh jadikan kita MISKIN pula.
Lantas itu, sementara kita ini masih kaya ada pendapatan lebih drpd RM150 sebulan, kalau ada rezeki lebih janganlah lupa bahagiannya untuk mereka yang sedang diuji dengan kemiskinan seperti Pn Rashidah ini. Mungkin sebab itulah gamaknya ISLAM wujudkan Fidyah dan Zakat Fitrah, sebab memang ada penerimanya.
Dalam perjalanan antara 18 buah rumah itu, kami singgah di sebuah rumah Ibu Tunggal yang tinggal bersama seorang anak perempuannya. Persinggahan yang seketika ini amat istimewa buat saya, kerana sepulangnya ke rumah, saya download gambar rumah ini ke lab top dan secara kebetulan adik perempuan saya dan suaminya bertandang ke rumah. Saya tunjukkan gambar rumah ini kepada adik saya dan berkata:
Adik saya cakap:
“Laaa – pelantar jemuran dan dinding buluh itu sebijik mcm rumah kita dulu, kat pelantar itulah kita ramai-ramai makan nasi dan saki bakinya kita lempar ke bawah bagi ayam dan itik makan”
Ya, sa-buah lagi kisah perjalanan merentas masa buat diri saya. Tak disangka, ada lagi insan yang masih terperangkap dlm suasana kemiskinan yang serupa.
Di rumah seterusnya, kami singgah di sebuah rumah yang begitu agak ke dalam di sebuah kaki bukit berhampiran sebuah kawasan air terjun – rumah sdra Che Ros. Antara ramai-ramai keluarga yang kami pergi itu, saya memilih untuk menulis kisah Che Ros sebagai penutup kisah perjalanan kami ini.
Kenapa? Kerana pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk, rasa terharu semacam melihat ketabahan Che Ros mengharungi hidup nun jauh di pedalaman; membesarkan 4 orang anak-anaknya dengan tiada pendapatan tetap, mencari rezeki dengan berbekalkan sumber hutan – mencari buluh untuk diraut dijual sebagai buluh pancang.
Waktu kami singgah di rumahnya, Che Ros sedang sibuk meraut buluh; bila ditanya kenapa betis keringnya berbalut, Che Ros cakap waktu leka mencari buluh, entah macam mana kakinya tercucuk buluh. Kesian Che Ros.
Yang bagusnya Che Ros ini, walau pun dia sendiri hidup susah, tapi di samping membela isteri dan 4 orang anaknya serta ibunya yang sudah tua, beliau juga ada memelihara seorang wanita tua sebatang kara yang tiada kaitan adik beradik atau pun saudara dengan beliau. Mulianya hati Che Ros.
Yang sedih pasal Che Ros ini, si Amirul anak beliau yang sulung, umur 15 tahun, sepatutnya ambik PMR tahun ini, tapi disebabkan kemiskinan keluarga, cuma sekolah sampai habis darjah enam saja. Entahlah, kami pun tak tau nak kata apa, tapi itulah sebahagian drpd realiti kisah anak-anak bangsa yang masih terperangkap dalam orbit kemiskinan yang tak pernah kunjung reda ini.
Kami pun tak salahkan Che Ros bab anak beliau terkandas dlm perlajaran ini. Ya lah, di zaman Facebook dan Twitter sekarang ini, anak-anak belajar tinggi-tinggi pun kadang-kadang belum tentu boleh diharap untuk menjaga ibu bapa di kala tua.
Sekurang-kurangnya Che Ros ini, dengan ilmu BULUH yang beliau ada, mampulah juga beliau bina sebuah pondok berdinding buluh yang tak seberapa, untuk Ibunya berteduh di tepi rumahnya.
Adalah juga privacy buat ibunya yang sudah tua ini untuk hal-hal peribadi.
Waktu saya menjenguk ibunya di pondok usang ini tanpa pengetahuan Che Ros, bila dengar suara maknya bertanya siapa yang mai ini, dengan segera dalam keadaan kaki terhincut-hincut Che Ros terpa mai, mai explain kat mak dia tujuan kami mai.
Rasa sedih dan sebak pun ada bila tengok wajah Che Ros dan ibunya ini – dalam serba kepayahan yang ada, beliau cuba memberi yang terbaik untuk emaknya. Dinding buluh pun jadilah, janji itu yang selesa untuk mak dia.
Di atas keikhlasan beliau menjaga ibunya ini, didoakan moga ALLAH menggandakan Che Ros dengan balasan pahala yang berkali-kali ganda.
Sekian, antara beberapa paparan yang mampu kami kongsikan di sini sebagai tazkirah Ramadhan untuk kita semua. Sesungguhnya di luar sana, memang tersedia insan-insan lara yang begitu menanti dan mengharapkan sumbangan ramadhan buat mereka. Cerita Che Ros dan Puan Rashidah ini hanya secebis drpd kisah-kisah “depa-depa” ini.
Mohd Monier Mat Din, Warga Kilang.
Aduan dan Cadangan Penyelesaian
Agaknya kalau disemak nama-nama pengadu di MPT, nama saya boleh jadi di antara yang terbanyak membuat aduan.
Kali ini saya membuat satu lagi aduan yang sama, yang telah banyak sekian kalinya dibuat semenjak beberapa tahun lalu. Kali ini saya sertakan sekali cadangan penyelesaian. Kali ini juga saya print-creen-kan aduan saya untuk memantau bilakah pihak MPT akan acknowledge dan membuat susulan. Aduan saya sebelum ini dibuat acknowledge hanya setelah beberapa bulan. Tidak pasti sama ada pegawai yang menjaga aduan secara atas talian ini baru buka folder aduan tersebut ataupun sememangnya memang amat banyak aduan yang mereka terima. Apakah yang dimaksudkan "secepat mungkin" dalam surat cetakan komputer di atas?
Posting berkaitan di sini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Toyota Publica 700
Seorang rakan saya (pemilik koleksi kereta klasik dan vintaj) pernah menunjukkan sekeping gambar kereta (seperti gambar kedua paling bawah dalam posting ini) dan meminta saya meneka jenamanya. Saya menekanya Datsun tetapi salah. Jawapan yang betul ialah Toyota Publica 1969 K-Series 4-cylinder, water-cooled 993 cc. Rakan saya memberitahu ada sebuah model awal Toyota Publica ini iaitu Toyota Publica 700 1961 (air-cooled 697 cc), OHV 2-cylinder boxer atau lebih dikenali dengan Toyota U-engine, di Prai.
Semalam sewaktu di Bertam Golf Resort, saya terjumpa Toyota Publica 700 ini. Seperti yang pernah dimaklumkan oleh rakan saya, Publica ini mempunyai gaya Europah iaitu ala Morris Minor.
Mengikut sejarah pemotoran Toyota memperkenalkan kereta mini mereka yang pertama pada 1947 iaitu Toyopet.
Publica ini adalah hasil dari kereta konsep selaras dengan ketetapan Japan Ministry of International Trade and Industry (MITI), pada tahun 1955. Ketetapan konsep tersebut ialah kelajuan maksimum 100 km/j, berat kurang 400 kg, penggunaan bahan bakar tidak melebihi 1 liter per 30 km pada kelajuan purata 60 km/j. Paling penting kereta tersebut tidak memerlukan pembaikan besar sekurang-kurang dalam tempoh perjalanan 100,000 km.
Hasilnya pada Jun 1961, Publica mula dijual dengan harga asas 389,000 yen (RM 14,000) tanpa radio dan pemanas. Model truck dan convertible diperkenalkan kemudiannya sebelum digantikan oleh model serba baru K-series, 4-silinder penyejukan air 993 cc. Model baru ini sebenarnya asas kepada enjin 1077 cc yang digunakan kemudiannya dalam kereta popular Toyota iaitu Corolla.
Saya cuba mendapatkan pemilik Publica ini tetapi dimaklumkan oleh Pengawal Keselamatan, beliau baru memasuki padang golf.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Bolehkah pihak berkuasa Malaysia (MITI?) menetapkan konsep kereta sebegini?
1963 Toyota Publica untuk dijual. Klik di sini.
Buang sajalah Log Book tu!
Kalau sekali bolehlah dianggap "over looked" tetapi ini kali kedua dan sudah dipesan mungkin dekat 10 kali. Kedai hebat! Kedai baru, ada air corn, pekerja perempuan segak berpakaian uniform dan susunan dalam kedai menarik tapi servisnya hampess....
Ceritanya begini beberapa bulan lalu kami 2 beranak; aku dan anak jantan seorang aku ini berkunjung ke Kedai Pakaian Uniform di Jalan Kamunting Lama ini. Hajat hendak beli Baju Seragam Pertahanan Awam. Baju ada tetapi seluar dengan saiz yang dikehendaki telah kehabisan stok. Kata Gadis Kaunter di situ, kena order dan kena tulis nama dan no. telefon dalam Log Book dan akan dihubungi jika seluar sudah sampai.
Tunggu sampai sebulan lebih siapapun tak hubungi. Kami 2 beranak mengunjungi semula kedai. Rupa-rupanya sudah lama seluar tersebut ada dalam stock. Bila tanya kenapa nak hubungi, dijawab Gadis Kaunter itu - hari itu orang lain yang tulis dalam Log Book.
Pangkat pula kehabisan. kata Gadis Kaunter di situ - terpaksa diorder dan kena tulis nama dan no. telefon dalam Log Book dan akan dihubungi jika pangkat sudah sampai. Sebijik sama seperti ayat sebelum ini. Kali ini aku berpesan - agaknya dekat 10 kali aku berpesan; tolong hubungi kalau sudah sampai!
Kamipun menunggu lagi. Petang tadi setelah hampir sebulan setengah, kami kunjungi semula kedai ini. Terkejut beruk kami dapati sudah lama sampai pangkat ini. Bila ditanya kenapa tak hubungi - dijawab Gadis Kaunter itu - hari itu orang lain yang tulis dalam Log Book. Sekali lagi sebijik sama seperti ayat sebelum ini.
Memang boleh panas telingalah Gadis Kaunter tu kena kuliah senja aku tadi. Mujurlah dia meminta maaf bagi pihak rakannya beberapa kali, sejuk sikit hati aku kalau tidak boleh aku sambung lagi bagi kuliah magrib.
Betul-betul tak ada customer service oriented punya company. Lain kali aku sanggup pergi balik ke Bazar Cina di Taiping kalau nak beli Pakaian Uniform walaupun kedai di situ hanya berdinding papan, beratap zink, tiada aircorn, susunan bersesak dan apek penjualnya hanya berseluar pendek dan bersinglet! Kalau janji nak call mesti apek tu call! Dan sebelum ini memang dia pernah call pun.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Guru kepada anak sendiri
Ramai yang berkata seorang guru boleh mengajar ribuan anak murid tetapi tidak boleh mengajar anaknya sendiri. Mungkin disebabkan itu aku tidak menghantar anak jantan seorang aku itu bertabika di sekolah tabika yang diajar oleh orang rumah seorang aku itu.
Aku juga kini seorang “guru” dengan lebih tepat guru kelas dewasa! Alhamdulillah aku masih juga boleh mengajar anak jantan seorang aku itu terutama berkaitan dengan kenderaan dan enjin.
Aku tidak mahu berulangnya episod hitam bagaimana semasa remaja, aku belajar secara curi-curi menunggang motosikal dan juga memandu kereta. Mungkin ketika itu orang tua aku tidak mampu memiliki kenderaan berenjin ini. Banyak kesilapan dan kesalahan yang timbul akibat pengajaran tidak sepatutnya ini.
Alhamdulillah, semenjak berusia empat, lima tahun aku mula membawa anak jantan seorang itu mencuba Go Kart. Seterusnya aku mengajarnya membawa motosikal, dari gear automatik hinggalah gear manual. Tahun ini aku mengajarnya membawa motosikal menggunakan manual clutch.
Di samping itu aku turut mengajarnya asas-asas enjin 2-stroke, 4-stroke, rotary, serta petrol/diesel combustion. Malah juga serba sedikit asas-asas penyenggaraan dan perbaikan minor breakdown.
Sekarang ini walaupun berat hati, aku sudah mengizinkannya keluar “ride” bersama-sama rakannya. Selain dari kelengkapan keselamatan, aku pastikan juga anak jantan seorang aku itu membawa Ring Spanner No. 15 untuk front/rear axle nut dan Box Spanner No. 14 untuk paddle nut serta tyre crow bar, tube spare dan pam angin.
Sekurang-kurangnya anak jantan seorang aku itu tidak bergurukan dari guru yang salah ajaran!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Fixie tanpa brek bukan untuk jalan raya
Dari awal tahun lagi, anak jantan seorang aku itu sudah kerap kali menyebut keinginannya untuk memiliki Fixie. Tambahan sepupu-sepupunya sudah pun memiliki.
Untuk makluman, Fixie adalah basikal bergear tetap dan tiada freewheel yang mana pengayuhnya (paddle) sentiasa bergerak bersama dengan roda.
Fixie asalnya sukan Basikal Trek dan diadakan dalam Velodrom. Fixie dalam sukan Basikal Trek ini mirip Perlumbaan Motosikal Speedway yang berlumba dalam litar berbentuk bujur (oval) yang menggunakan hanya satu gear kelajuan dan tanpa sistem brek. Samalah dengan Fixie dalam Velodrom yang berlumba dengan hanya satu gear kelajuan dan tanpa sistem brek. Untuk memberhentikan pergerakan roda (membrek), pengguna perlu menggunakan kekuatan kaki menahan pergerakan pengayuh.
Oleh sebab itu aku amat berat hati dan mungkin tidak akan membeli Fixie ini kecuali dipasang dengan brek.
Dalam beberapa forum internet ada yang mencadangkan untuk keselamatan agar Fixie ini dipasang dengan brek. Bagaimanapun ramai pemiliknya enggan berbuat demikian dengan alasan tidak nampak “cool”
Berikut adalah beberapa penguatkuasaan peraturan berkaitan brek di negara-negara maju. Harap pihak berkuasa Malaysia mencontohinya demi keselamatan pengguna jalan raya.
Agak amat ketara sekarang ini penjualannya dan penggunaan di atas jalan raya tanpa pemasangan brek amat berluasa.
United States — The use of any bike without brakes on public roads is illegal in many places, but the wording is often similar to "...must be equipped with a brake that will enable the person operating the cycle to make the braked wheels skid on dry, level and clean pavement..." which some have argued allows the use of the legs and gears. The retail sale of bikes without brakes is banned by the U.S. Consumer Product Safety Commission – but with an exception for the "track bicycle" (...a bicycle designed and intended for sale as a competitive machine having tubular tires, single crank-to-wheel ratio, and no free-wheeling feature between the rear wheel and the crank....).
UK — The Pedal Cycles Construction and Use Regulations 1983 require pedal cycles "with a saddle height over 635 mm to have two independent braking systems, with one acting on the front wheel(s) and one on the rear". It is commonly thought that a front brake and a fixed rear wheel satisfies this requirement .
Germany — All bicycles are required to have working brakes on both wheels, as well as reflectors and bells. In Bonn a local court accepted that the fixed-gear mechanism was suitable back brake, but high-profile crackdowns specifically targeted fixies in Berlin, in an attempt to control what police described as a "dangerous trend"
Australia — In every state, bicycles are regarded as vehicles under the Road Rules. By law, a bike is required to have at least one functioning brake.
New Zealand — By law all bicycles must have a minimum of "...a good rear brake..."—and those made since 1 January 1988 must also have "...a good front brake..."
France — To be approved for road traffic, a bike must have 2 brakes, 2 lights, numerous reflectors, and a ringer. However the laws are rarely enforced, and the sight of all kinds of non officially approved bikes is quite common.
Denmark — All bicycles are required to have working brakes on both wheels, as well as reflectors and bells.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Paa
Semalam air mata aku mengalir lagi. Turut mengalir ialah air mata orang rumah seorang aku itu. Anak jantan aku seorang itu pula hanya kedengaran dengkuran keletihannya dari atas sofa, baru balik dari “ride” bersama rakan.
Sementara menunggu masa bertolak ke Airport Penang untuk mengejar penerbangan jam 7.00 pm ke Langkawi, aku secara tidak sengaja ‘tertonton” dari mula filem Paa di TV2 RTM lakonan anak-beranak Amitabh Bachchan dan Abhishek Bachchan.
Aku pernah membaca liputan film Paa (terbitan 2009) ini yang mengisahkan tentang penyakit genetik yang amat jarang berlaku iaitu Progeria. Dikatakan kurang dari 50 orang kanak-kanak di dunia yang mengidapnya. Tubuh badan penghidap Progeria akan berumur (aging) lima kali pantas dari umur sebenar.
Sebelum ini aku tidak begitu berminat untuk menontonnya kerana anggapan Paa meniru filem Jack (1996 arahan Francis Ford Coppola yang sinonim dengan The God Father) lakonan Robin Williams bersama-sama beberapa pelakon hebat lain seperti Bill Cosby dan Jennifer Lopez. Walaupun Jack bukan penghidap Progeria tetapi kelahirannya pra matang menyebabkan beliau mempunyai simptom Progeria.
Dalam filem Paa ini, Amitabh Bachchan sebagai Auro, 12 tahun pengidap Progeria tinggal bersama ibunya Vidya (lakonan Vidya Balan) dan neneknya Bum (lakonan Arundhati Nag). Tanpa disedari Auro bertemu bapa kandungnya iaitu Amol Artee (lakonan Abhishek Bachchan), seorang Ahli Parlimen muda yang jujur semasa majlis penerimaan hadiah di sekolahnya.
Berbeza dengan filem Jack yang lebih menumpukan kisah Jack dengan rakan sekolah dan persekitarannya, filem Paa masih dengan elemen tradisi Hindustannya iaitu; percintaan ibu bapa semasa belajar dan juga pergolakan politik dengan isu setinggan di India.
Bagaimanapun filem Paa ini berjaya mengelakkan sinonim lawak bodoh Hindustan.
Lakonan ini membolehkan Amitabh menjulang Award Pelakon Terbaik dan pada masa yang sama juga filem ini mendapat Award Filem Terbaik. Lakonan Arundhati Nag sebagai nenek Auro (Bum) yang tabah memelihara cucunya itu yang lahir tanpa pengetahuan ayahnya juga berjaya meraih Award Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Antara kekuatan filem Paa ini solekan prosthetic Auro, seorang kanak-kanak 12 tahun yang berwajah dan bertubuh seorang dewasa 80 tahun hasil tangan Christein Tinsley and Dominie Till, pereka solek artis yang terkenal di Hollywood. Antara hasil tangan mereka ialah The Passion of the Christ, Catwoman, trilogy The Lord of the Rings.
Apa pun aku masih menganggap filem Taare Zameen Par masih tiada tandingan jika dibandingkan dengan filem Paa ini.
Turut membanggakan aku (tanpa pengetahuan aku), adegan Auro bersekolah difilemkan di Sekolah King Edward VII Taiping.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Kedekut tahi hidung masin!
Ha, ha, ha, ingatkan rumah tumpangan sahaja yang minta balik Kad Kunci Plastik ini. Hotel standard ini pun sama.
Tadi aku suruh anak jantan seorang aku itu kira dalam koleksi dia sudah ada berapa Kad Kunci Plastik ini. Rupa-rupanya dah dekat 100 keping! Nanti aku ambil gambar!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Posting berkaitan sebelum ini boleh dilihat di sini.