Military Bullet Box untuk dijual


Military Bullet Box untuk dijual

Pernah tengok siri tv realiti The Pickers di History Asia, Astro Channel 555?

Siri dengan judul asalnya American pickers ini berkisar 2 rakan, Mike Wolfe dan Frank Fritz mengembara seluruh Midwestern United State dengan van Mercedes Sprinter mereka mencari pelbagai barang “pengumpul” (collectibles) yang boleh dijual semula.

Ini adalah siri tv baru yang menjadi kegemaran aku dan anak jantan aku seorang itu. Sebenarnya dengan mempunyai minat dan hobi yang sama sebagai “pengumpul”, menjadi cita-cita kami 2 beranak untuk dikenali sebagai “Malaysian Pickers”.

Untuk kali ini, Pengurus Jualan saya ada memiliki 20 unit Military Bullet Box dalam keadaan baik untuk dijual. Kotak kedap udara yang tahan lasak ini amat sesuai dijadikan bekas menyimpan barangan peribadi atau dijadikan barangan “collectibles”.

Military Bullet Box untuk dijual. Ada 20 unit.
Saiz tinggi x panjang x lebar : 18 cm x 28 cm x 14 cm (7” x 11” x 5.5 ”)
Berat 2.75 kg.
Harga RM 30.00 net.
Cash & carry at specified date collection point KL, Ipoh & Prai. Atau di Taiping bila-bila masa.
Hubungi: muhammadnurhakim@gmail.com



lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Siri The Pickers bermula dengan kata-kata aluan berikut-

“I'm Mike Wolfe and I'm Frank Fritz, and we're pickers. We travel the back roads of America looking for rusty gold. We're looking for amazing things buried in people's garages and barns. What most people see as junk, we see as dollar signs. We'll buy anything we think we can make a buck on. Each item we pick has a history all its own and the people we meet are a breed all their own. We make a living telling the history of America...one piece at a time.”

Saturday, September 24, 2011

Teratai Lake Garden Taiping












Teratai Lake Garden Taiping

Walaupun telah dimaklumkan oleh pekerja taman MPT, Teratai “baru bersalin”, aku dan anak jantan aku seorang itu tidak melepaskan peluang tidak ke mana-mana minggu ini, dengan sesi “shooting” kami hari ini.

Berbekal kamera DSLR, lensa dan tele zoom serta juga beberapa compact digital camera, kami memulakan sesi “shooting” 2-beranak.

Bila Teratai kembang segar nanti, kami akan kembali lagi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Teratai Lake Garden Kamunting


Teratai Lake Garden Kamunting

Semasa pertama kali berkunjung ke sini dahulu aku tidak membawa tele zoom. Beberapa hari lepas aku hadir kembali untuk merakam gambar tumbuhan kegemaran aku ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/














Organisasi anda bila lagi?


Organisasi anda bila lagi?

Syabas kepada kakitangan Standard Chartered Bank Taiping yang mengambil bahagian dalam program membersihkan dan mengecat pagar Taman Tasek Taiping pada hari ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Friday, September 16, 2011

Menyemai rasa kemerdekaan


Inilah barisan kita…


Andai kata kami gugur semua…..


Jalur Gemilang, kami semua bersatu….


Merah membara, semangat waja……


Tanggal 31, bulan 8, 57…..


Menyemai rasa kemerdekaan

Semalam 15 September 2011, adalah tahun ke 12, Pertandingan Koir Kemerdekaan, Deklamasi Sajak Patriotik dan Poem Bahasa Inggeris Kanak-kanak Tabika Perpaduan Peringkat Zon Taiping dan Zon Kamunting telah diadakan.

Koir dan ada kala sajak diperdengarkan yang sama setiap tahun tapi peserta acara tahunan anjuran JPN dan Perpustakaan Awam Taiping pastinya berbeza. Peserta terawal pertandingan ini 12 tahun lepas mungkin sudah menjejak kaki ke IPT.

Walaupun dua tiga tahun kebelakangan ini banyak acara sambutan kemerdekaan lain sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan terpaksa saya mengundurkan diri disebabkan adanya komitmen lain, tetapi pertandingan yang melibatkan kanak-kanak yang baru berkenalan dengan pensil dan buku tidak boleh tidak saya mesti bersama. Sebagai pengasas acara ini, saya berharap ia akan berterusan pada masa-masa akan datang. Semoga kanak-kanak ini akan dapat disemai rasa kemerdekaan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/