Sunday, January 29, 2012

Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik


Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik

Tahun lepas rasanya lima kali aku ada tugasan di Lumut. Seperti biasanya makan pagi dan tengahari aku menjamu selera di hotel yang disediakan untuk aku. Hanya di malam hari ada sahaja kenalan yang mengajak aku menjamu selera di luar terutamanya di Manjung.

Terlepaslah aku untuk menjamu selera makan tengahari di Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik ini. Kedai yang berhampiran persimpangan ke Teluk Batik ini penah aku kunjungi sebelum tahun 2010. Menu ala kampong dengan ulaman, ikan bakar dan makanan lautnya begitu menyelerakan. Pelanggannya ketika itu terpaksa menunggu meja kosong.

Minggu lepas dalam perjalanan ke tempat penginapan di Hotel Best Western Marina Island Resort, aku singgap sebentar di kedai ini. Jam ketika itu sudah menghampiri 5 petang, kelihatan ada beberapa pekerja yang sedang mengemaskan meja kerusi.

Tidak pasti bila aku berpeluang lagi menjamu selera makan tengahari di sini. Adakah keenakan menunya masih sama seperti dulu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Restoran Briyani di Manjung


Restoran Briyani di Manjung

Semasa cuti Raya Cina lepas, kami tiga beranak menjamu selera dengan Nasi Briyani di Restoran Briyani Manjung berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah. Sebenarnya acapkali aku bertugasan di Lumut di tahun lepas, ada sahaja kenalan yang membelanja aku makan malam di sini. Walaupun tekak aku kini agak kurang berselera dengan Menu Mamak, Nasi Briyani di sini agak enak! Lebih-lebih lagi Kari Kambing dan Acar Rampainya. Begitu juga Ayam Goreng Berempahnya. Kalau berpeluang makan di sini jangan lupa minta “keropok” ranggup tepung goreng Ayam Berempah ini!

Bahagian isi kambingnya dipotong kecil-kecil tidak seperti kebanyakan restoran lain menyediakannya dalam portion yang besar. Di sini ada Acar Rampai tidak seperti restoran lain yang lebih suka menyediakan jelatah.

Nasi Briyaninya pula masih panas dan lembut walaupun dimakan pada waktu malam! Nasi yang dibubuh dalam pinggan juga banyak jika dibandingkan dengan restoran mamak lain.

Rekomen? Bolehlah kalau anda minat Briyani!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Warung Sawit di Manjung


Warung Sawit di Manjung

Agak kurang aku membuat posting mengenai makanan. Hinggakan sudah ada yang bertanya. Kerap juga makan luar sama ada berkeluarga, berkawan ataupun bersendirian. Tapi keghairahan menulis mengenai makanan yang dijamah seolah hilang begitu sahaja. Terbaru (Disember lepas) berpeluang menjamah Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam tetapi rnenunya biasa-biasa saja. Ingatkan selera sudah mula betah tetapi geng makan Mus Speedrider juga berkongsi pendapat yang sama.

Cuti Raya Cina lepas, kami sekeluarga ke Lumut. Trip with no reservation! Pagi di Ipoh dan tengahari di Lumut. Mulanya bercadang ke Cameron tapi sudah terkena sebelum ini kalau berpergian ke Cameron di musim-musim cuti alamatnya kekenyangan makan “jem” dalam kereta sajalah mengesot di jalan raya tanah tinggi tersbut.

Rupa-rupanya di Lumut pun sama! Dari jauh lagi sudah ternampak deretan kenderaan yang mengesot di pekan Lumut itu. Hinggakan tiada ruang kereta untuk parking. Setelah hampir satu jam terperangkap di atas jalan raya, kami mengambil keputusan pulang ke Taiping.

Dalam perjalanan menghala ke Pantai Remis, berhampiran litar go-kart di persimpangan lampu isyarat, kami terpandang deretan kenderaan yang berhenti di tepi sebuah gerai kecil di bawah deretan pokok kelapa sawit. Dalam beberapa kali perjalanan tugasan aku ke Lumut tahun lepas, gerai ini sentiasa mengamit hati aku. Mungkin masih kekenyangan Briyani Kambing dan Acar Rampai di Restoran Briyani berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah, kami meneruskan perjalanan.

Minggu lepas dalam perjalanan tugasan di Lumut, aku singgah di gerai kecil ini. Menurut beberapa orang anggota polis yang ditemui di sini, gerai ini dikenali sebagai Warung Sawit memang terkenal di kalangan pemandu lori.

Atas syoran anggota polis ini aku mencuba Mee Rebus. Kuahnya sedikit cair tetapi cucur dan tauhu gorengnya melazatkan lagi Mee Rebus.

Lain kali aku nak cuba Laksa pula. Mungkin bersama dengan orang rumah seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Sunday, January 22, 2012

Taiping Pickers


Taiping Pickers

Blog bisnes anak-beranak dari Taiping. Klik sini.

Tuesday, January 10, 2012

Pulau Jerjak & Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara




Pulau Jerjak & Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara

Bulan lepas selama 2 hari aku berulang-alik menaiki bot ke Pulau Jerjak. Hari pertama naik bot berhawa dingin, hari kedua naik bot (ala feri) berhawa semula jadi. Mulanya aku ingat naik di jeti berhampiran Queens Bay itu tetapi rupa-rupa jeti di situ menghala ke resort. Assignment aku ke Penang Shipyard yang mana jetinya di Batu Maung.

Dari Queens Bay berenangpun boleh kalau hendak ke Pulau Jerjak ini. Kalau dari Batu Maung, bot akan berpusing meredah laut melalui bawah projek pembinaan jambatan kedua yang sedang dibina sebelum sampai ke jeti Pulau Jerjak.

Selepas habis assignment hari kedua dan terakhr aku terperangkap hampir 2 jam di dalam kesesakan lalulintas dari Batu Maung dan Jambatan Pulau Pinang. Rupa-rupanya begitulah keadaan setiap petang Jumaat. Hujan pula menambahkan kesesakan lagi.

Malamnya aku ke Kampung Pelek bersama orang rumah aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu. Memang sudah lama aku ingin mencuba menu di Restoran Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam ini. Ada pelbagai menu dari kambing, ayam kampung, burung unta, rusa, dan sebagainya. Terdapat juga menu barat dan ala Thai di sini.

Apapun (pada pandangan peribadi aku) menu yang kami cuba biasa-biasanya. Mungkin aku sudah hilang semangat makan-makan dek cerita Man vs. Food.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Monday, January 09, 2012

Pondok Tanjung







Pondok Tanjung

Aku terjumpa gambar-gambar "perjalanan" aku yang bertarikh Julai 2004. Sebenarnya ketika itu aku bekerja di Kulim Hi-Tech. Setiap pagi seawal 6.00am aku akan keluar rumah di Kamunting, memasuki highway di interchange Kamunting dan keluar semula highway di interchange Bandar Baru. Kemudiannya melalui Serdang dan Sungai Ular sebelum sampai ke Kulim. Itulah laluan aku hampir 3 tahun setiap hari.

Sebelah petang pula aku ikut mood di hati. Kadang kala aku ikut Karangan, Sungai Dingin Estate kemudiannya ikut Selama. Ataupun aku ikut Pondok Tanjung. Semuanya bergantung kepada cuaca, kalau langit cerah - lagi jauh perjalanan pulang aku.

Pondok Tanjung pekan sepi. Di sini lahir dan bersekolah awalnya arwah Syed Alwi, tokoh teater yang terkenal itu. Ramai yang tahu atau pernah melihat drama (dan juga teater) Tok Perak dan Alang Rentak Seribu tetapi tidak mengetahu penulisnya ialah arwah Syed Alwi.

Karai, Sempeneh atau Pondok Tanjung? Banyak tempat nak kena re-visit ini!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sungai Sempeneh



Sungai Sempeneh

Masih lagi dalam project house keeping tahun baru, aku terjumpa gambar-gambar Sungai Sempeneh di Batu Kurau. Sudah tak ingat bila kali terakhir aku mandi sungai dan langsung tak ingat bila kali terakhir aku mandi di Sungai Sempeneh ini.

Sabtu lepas rancangan ke Karai terpaksa dibatalkan kerana anak jantan aku seorang itu ada gotong-royong mengecat sekolah. Tak pasti lagi hendak ke mana Sabtu ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sejarah oh sejarah!.


Gambar ini diambil daripada peperiksaan SPM 2011 bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 2, soalan nombor 8. Perhatikan bulatan berwarna merah


Gambar asal dari Muzium Negara

Sejarah oh sejarah!

Cerita penuh
di sini.

Tuesday, January 03, 2012

Karai – Jambatan Besi



Karai – Jambatan Besi

Sesiapa yang pertama-kali menaiki bas loncat (dahulu Bas Reliance- Ipoh Kuala Kangsar Green Bus) dari Kuala Kangsar ke Ipoh pasti tertanya-tanya mengapa bas ini membelok ke kiri ke satu simpang menghala ke Enggor sebaik sahaja melepasi Jambatan Iskandar.

Laluan bas ini semakin sempit hinggalah sampai ke pekan kecil Karai yang kemudiannya bas ini membuat u-turn kembali ke jalan utama menghala ke Ipoh.

Bagi mereka yang biasa ke Karai pasti mengetahui di sinilah terletak jambatan besi keretapi yang dikenali Jambatan Victoria.

Semasa kecil, aku pernah dibawa oleh orang tua aku ke Karai mengujungi rumah datuk aku sebelah ibu di sebuah kampong bernama Jamuan yang terletak di penghujung jambatan besi ini. Pengalaman berjalan kaki atau menaiki basikal di laluan sisi jambatan besi ini begitu mengujakan aku yang ketika itu berusia sekitar 5 atau 6 tahun. Selepas datuk meninggal (semasa aku darjah 1 rasanya), kami mula terputus hubungan dengan sanak-saudara di sana.

Tadi sewaktu mengemas-kini folder-folder lama dalam hard-disk, aku terjumpa kembali gambar-gambar yang aku ambil sekitar awal tahun 2005. Kini sudah ada jambatan baru menggantikan jambatan besi ini.

Cuti hujung minggu ini terasa dipanggil-panggil untuk mengunjungi semula jambatan besi ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Jambatan Victoria

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my/victoria